Monday, August 30, 2010

CSI vs BOSS

hari minggu aku habiskan ngan duk depan tv. hehe..sebab aku jarang tengok tv. kalau hari kerja, lepas kemas2 dapo aku lepak lam bilik, main game kat lappy, tros tido. bosan? MEMANG! so lepas jadi jakun ngadap Bread, Love and Dreams aku tengok cita len lak. Sape2 dak hantu cinta korea tau la cite BL&D tu tentang hape. Then aku rasa boring balik. tetiba aku TERtekan chanel 8tv. cita BOSS. jujur, aku tak tau cita tentang hape. penah bulan lepas aku tengok kejap, p aku ta paham pon! sebab masa aku tengok tu scene dalam dewan skolah an sorang ma cik kai kostum ayam duk atas pentas. so kali ni, sebab da terlalu boring, aku layan je...

 
oooooooooooo~~ ala2 CSI rupanya..aku memang ska kalau cita bab siasat menyiasat kes2 mati o misteri. kes2 macam jiran kawen lain, anak dara hujung kampung kawin ekpress aku ta hambek tau. ta menarik napsu aku nak siasat. then aku jadi jakun balik bila tengok cita ni. best SAHNGAT! tapi apa yang aku prasan, cita dia lagi best dari CSI! siyes! best. even skang ni aku da jarang tengok CSI (mungkin sebab aku lebih suka tengok tengok Kimora an Kim K buatkan aku tak tengok CSI da).

Saturday, August 28, 2010

31 ogos + Raya

err.....aku rasa macam nak gi holiday....sebab...dua2 benda di atas aku tak rasa nak celeb...


Friday, August 27, 2010

Lelaki.Kawin&Harta.

 
n3 Miss Zara ni wat aku tertarik..aku da lama terfikir akan benda ni..since secondry school g..gila ah! budak2 ms skolah nak busy cari pakwe, nak bli barang tip top, nak masuk Uni..nak shopping hand beg la..liptip la..gosip artis pujaan lagi..p aku?? aku fikir sal kawin & harta. tapi bukan bermaksud aku di situ, aku gatai nak menikah. langsung tak. tapi apa yang aku terfikir ialah tentang masa depan. tak faham?? meh aku gtau satu2.

Thursday, August 26, 2010

Jom Jalan2 :D wink* wink*

haa~ kalau korang dekat ley la aku ajak jalan2 skali na. tapi ni xley la, jalan2 lam blog je cukup. n3 aku tu..xde kena mengena an coti2 mesia pun..tapi aku agak tension skang ni bila orang persoalkan cara aku berjalan...aku normal je la, takde tempang ke..menyeret sluar atas lantai ke..just kalau aku jalan...memang...memang automatik mata aku ni tak tengok orang sekeliling.

Wednesday, August 25, 2010

Kerana Dendam

 
aku ngah blogwalking bila tetiba aku jumpa sumthing tadi. sumthing yang aku rasa "sum1" penah bagi aku link benda tu, dan suroh aku baca. Bila aku ingat balik..ye..lama dulu.."dia" ada bagi aku link tu. masa tu aku tak ada fb..tak da blog..yang aku ada..just ym. itu cara kitorang berhubung. sebab masa tu..aku ada frenster, tapi da delete..tagged pun aku delete..kenapa? sebab aku amat malas nak main suma benda cam tu dah..

Monday, August 23, 2010

Ye..aku sedang merapu skang

n3 aku xda kna mgena an pilem ni..tp aku ska poster ni...:)

hujung minggu aku tak ada yang best. apa yang aku buat?? duk fikir masalah hidup. tapi bila fikir2 balik, nasib baik aku ada blog, tempat aku luah apa yang aku rasa. tak kisah la orang suka ke tak apa aku post, janji bukan aku mintak duit ko kan?? so?? duduk diam2. huhu.. aku tak ada tempat nak ngadu kan, so ngadu lam blog je la. memang la orang akan kata.."kau ngadu kat Allah..Dia Maha Mendengar"...ye aku tau tu. tapi tipu la kalau aku sebagai perempuan ni kata itu dah memadai. mesti korang nak ada manusia yang dengar masalah korang, tol tak? lebih2 lagi kalau orang tu orang yang korang sayang, makin la korang rasa...di lindungi, ryte?

Saturday, August 21, 2010

Meh Layan Jiwang

 Ungu - Cinta Dalam Hati
 
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


nak tgk bidio ek?..TEKAN cini k. :) njoy~~


  • Kode lirik lagu "Cinta Dalam Hati" untuk dipasang di frie

  • Perlu ke Mekap??

    Pepagi ni, otw nk g koje, ujan. Kebetulan aku g kai moto, sebab bapak aku kata, mak tak kasi nek keta. haha..kena la gak ujan, tang tetiba aku TERsentoh mata ku, ada hitam di jari ku. Tang tetiba lak datang idea nak buat pos sal mekap or in proper english MAKE-UP.


     Tentang mekap ni, macam2 dah versi yang aku dengar dari mulut orang. ada yang kata "ahh..wat apa mekap, leceh!"  ada juga gadis2 yang kata " i xley la lau x mekap klua rumah...malu la i..xde standart..." dan ada la hamba Allah yang cakap "pakai simple sudah!" tapi..mak aku kata lak..." tak boleh lau xkai mekap walau ko  lam rumah, nanti nampak macam orang sakit..tak kemas". yee..itu mak aku ye. dan ye..mak aku sentiasa ber-mekap even kat umah. tak caya?? xcaya sudah. p men jaoh2. hehe..

    Bagi aku la, secara dalaman dan luaran, zahir dan batin, tak salah pun kalau lau pakai mekap. terpulang kepada cita rasa masing2, nak tambah gula o garam o lau tak nak secukup rasa pun tak apa. tapi..biar bersesuaian la an tempat. dan ini yang paling aku nak tekankan, kadang2 lau nak mekap,kita kena jugak tanya pendapat yang pakar, seswai ke x nyah mekap i? jangan rasa diri ni da pandai sangat sampai suma kaler ko nak tenyeh kat muka. tanya la orang2 yang pakar, even soklan ko tuh nampak macam bongok, bahlul dan bingai, TAK APA! bia nampak bodoh untok 1 minit dari ko nampak bodoh untok selama2nya. mana yang auda (bahasa brunei, anda = auda) mahu??




    TEBAL ATAU NIPIS??
    yang ni buat aku tringat kat member 1 umah aku masa dip dulu. boleh lak housemate aku si M gelar sorang budak teater ni "hantu".. aku pelik la kan..apa yang hantu nya?? nak kata dia ada latihan watak hantu takde lak. nak kata rambut macam hantu pun tak jugak. rambut dia gunakan jari pon boleh je. comel je budak nya, body cantek la kan. tang mana yang "hantu" aku tak la tau sampai la sesuatu kejadian berlaku kat umah aku...jeng..jeng..jeng....

    masa tu aku an geng2 umah suma ada kat rumah. malam. tetiba da sorang makhluk kecik molek masuk umah aku. dia nak pinjam water heater. kawan2 aku yang tergolek2 kat ruang tamu sroh tanya aku, sebab benda tu aku yang punya...bukan ahmad albab yang punya...hahaha. ok2 siyes2. hehe.."liza..pinjam heater ko babe, boleh? aku nak masak meggi la..." aku pun sroh dia p ambek kat dapoq. tapi aku heran bin pelik, sape ntah minah tu! tak pernah tengok pun, tapi tau nama aku pulak..lepas je minah tu blah..aku tanya la M ni tadi,...sape tu?? Si M ley lak gelak2 n kata..tu la hantu...HANTU??? 




    dan...rupa2nya..yang tadi tu budak teater yang comel tadi...hahaha..di sebabkan mekap dia pakai tebal, dan bila tak pakai mekap muka jaoh lain dari yang asal...sebab tu si M gelar dia hantu. macam bangang! tapi aku suka budak comel ni, sebab dia tak sombong. memang agak stylo, p tak bajet HOWTT!

    MURAH ATAU MAHAL???
    trus trang, barang mekap aku suma yang murah2. tade gi yang cecah...rm30++. tade2. kcuali perfume. ehh...perfume barang mekap gak ke??? gasakk..sebab bagi aku, aku tak suka nak tengok brand tapi aku suka tengok benda tu seswai ke tak an warna kulit aku, tu yang penting. dan paling penting, di jamin HALAL..tapi bukan bermakna aku avoid benda mahal2 o branded ni...tak..jangan salah faham, cuma aku lebih concern an benda yang aku nak tempek kat muka je. Tak yah nak bangga an mekap mahal kau kalau kandungan dia ada minyak babi. nampak babi kau lari, tapi babi yang kau tenyeh kat muka tak lari pulak? so, beware ye cik adik..cek dulu benda2 tu di buat dari apa, halal ke tak..then baru cita kat aku barang kau. ok?


    KENAL FUNGSI
    pernah aku keluar an some1, gi tempat barang mekap la kan..dia cakap la dia ska revlon..lam hati aku kata..ada aku kisah ke babe?...siap cerita macam2 la pasal revlon ni. itu ini. boom baam boom baam. aku diam je la..then tangan aku capai satu benda dari rak revlon...tetiba dia tanya...eh..ape benda tu ek?... aku da macam nak nganga je..sebab terang2 dia ley nampak tulisan kat benda tu...

    REVLON COLORSTAY CONCEALER...aku an wat2 muka bodoh pun cakap...benda ni untuk tempek bawah mata..tutup dark circle tu..tak la nampak macam zombie...huuuu..dia angguk2 je..


    SESUAI DENGAN WARNA KULIT
    yeap! ini untok gadis2 Uni, tolong amek perhatian ye yang. terlalu banyak aku nampak, yang salah pilih compact o..hape nama menatang tuh. alamak..da lupa! aisey..lupa lak. HAA! FOUNDATION. yess..foundation. cari yang sesuai an kaler kulit anda. kalau hitam macam kulit aku, jangan ar pakai yang untok gadis2 berkulit snow white cik kak..mekap kau akan nampak FAKE! y? sebab diri da itam, (macam aku), pakai yang senada an kaler kulit anda. contoh? la..artis2 negro kan banyak..dorang nampak natural sebab tau nak cari yang ngam an kulit. jangan set kepala korang an kata...ala..lau nampak cerah sikit baru cantek....yee...memang cantik..cantik macam tepong komak tempek kat muka wat apa?...meh tengok contoh2 akak2 selebriti di bawah...


    ye..aku tau..messti korang akan kata..dia ada mekap artis..boleh la cantik..kitorang mekap sendiri....dah tau ilmu sal mekap tu cetek..pesal tak kaji n blaja dulu b4 pakai?? yang men tarah kat muka pesal?? ha..pk sendiri ye..tak payah buku..youtube o blog2 mekap artis belambak kot. just ko nak ke tak blaja?? tapi kalau kau EGO, rasa mekap ko cantik and betol, terpulang..




    Secara peribadi, aku suka tengok mekap yang looks natural. tak nampak tebal. lagi cantik apa...natural beauty. tapi kalau nak nampak lagi natural, tak yah pakai pun tak pe..just letak gloss kat bibir dah cukup. supaya tak la nampak pucat sangat. nak lipstick merah menyala?? terpulang...ikut cita rasa memasing..tapi kita kena ingat..kita ber-mekap sebab nak nampak cantik di mata kita dan orang. tapi kalau mata kita je nampak cantik, mata orang nampak burok cam ne?? hahaha ikut suka kau la kan..nak ikut pendapat orang ke tak...tapi yang paling penting, kecantikan datang dari hati..lau ko baik, ko cantik la..lau jahat?? mekap macam artis hollywood pun kau tetap nampak burok babe...so..fikir2kan lah ye...weeeeeeeeeee~~~

    Friday, August 20, 2010

    FB sabo FB aku

    aisey......xley nk login lak!! kua error sengal nih !

    Account Unavailable

    Your account is temporarily unavailable due to site maintenance. It should be available again within a few hours. We apologize for the inconvenience.


    macam sengal ye puan2. nak report..report kat sape?? polis?? aaaaaaaaaaa~~~ (da macam sin chan da rupa aku)

    Wednesday, August 18, 2010

    Cita2 & Tanggungjawab

    Aishh..susah kan kalau tersepit antara dua benda camtu? memang susah..macam rasa nak pergi lari je. nyorok mana2, pastu muncul 10-20 tahun kemudian. aiyak...macam keterlaluan lak ek. nak melepaskan salah satu dari benda di atas, ko kena fikir banyak2. betol ke tak apa yang kau pilih..risiko lagi..macam2. kadang2 aku respek la jugak pada manusia2 yang aku kenal yang berani buat keputusan sendiri tanpa fikir tentang orang lain. memang la bunyi macam pentingkan diri, tapi bagi aku orang macam tu berani. y? sebab dia berani nak tempuh pa pe je risiko dari keputusan yang dia buat! tak kira, apa nak jadi, jadilah. 

    kebanyakan orang yang macam tu aku jumpa lelaki, perempuan..hmm..belum lagi la. ini perbezaan ketara antara boys n girls. boys suka fikir simple, tak suka semak kepala. apa dorang nak, dorang akan buat sampai dapat. lain an girls. girls memang akan fikir banyak! complicated, yes! that's the word. complicated. nak kena fikir hati dan perasaan orang lain lagi. tapi  rasanya ada girls yang jenis kepala, tapi tak banyak la. benda tu pun ganggu hidup aku skang ni. biol bingong l jugak kan. tapi aku malas nak menyesakkan kepala, aku ikut je la turutan. sebab tanggungjawab yang aku kena buat tu belum pasti dan cita2 pun belum pasti. jadi..tunggu dan lihat je lagi. huuuuuu~~ 

    pg2 b4 koje tgk ni! trussssssss smgt! huhuuhuh~

    Wednesday, August 11, 2010

    Salam Ramadhan..

    hari ni 1st hari posa..hmm..lapa..tapi feel o aura posa tak sampai lagi nih..hmm..tringat kat sum1..terlalu banyak wat silap kat dia..aishh..dia sihat ke x ek? mesti lam kelas skang..sahur tadi dia makan apa?..kepala ni asyik ingat dia je..aduii..harap2 bulan posa ni ley ubat hati ni..bukan dia yang lukakan, tapi sendiri buat pasal..hmm.. segan nak mintak maaf da..sebab da banyak kali dia maafkan..hmm..doakan perjalanan hidup dia mudah..segala cita2 tercapai..tak ada halangan yang berat lam hidup...amin...

    Tuesday, August 10, 2010

    Kenapa Buat Blog?

    ramai yang tetiba tanya soklan di atas. pesal?? xley? gipun ni bukan 1st blog aku..da banyak da blog aku wat, p setiap kali baru 1 n3, pastu memang lupa da email an paswed blog. thanks to Uncle sebab membuatkan saiya jeles tengok blog kamu lalu saya refresh buat baby baru. hehe..sepanjang aku idop ni la kan, macam2 blog aku jumpa. blog personel - macam blog aku la, cerita perkembangan idop, blog bisness - ni yang korang gadis2 biasa tengok sebab nak shopping, blog sekolah - sekolah aku takdak blog lagi and macam2 lagi. malah ada orang yang ngadap blog 24 hours even dia takdak koje tetap. aik?? boleh dapat duit ke? YES! anda boleh kaya kalau betol2 menyelami dunia blog. tujuan aku buat blog lak..sebab nak kongsi apa yang jadi lam hidup and make frenzzzzzzzzs.


    bebalik pada yang buat duit tadi, macam mana nak dapat duit? bunyi nya macam senang la kan, buat blog, teros dapat duit. sebenarnya, perjalanan dia tak macam tu la..tapi apa yang aku tau, dari orang2 yang pakar, korang kena jatuh cinta an dunia blog dulu baru la boleh dapat riban2. macam tanam buah, buat semaian, tanam benih, jaga jangan bagi rumput tumbuh, bagi baja then baru pat hasil yang membanggakan. hasil pun terpulang pada cara korang jaga tanaman korang tu. macam tu jugak blog. kalau korang dah set mind nak dapat duit an buat blog lam masa singkat tapi bukan jatuh cinta terlebih dulu, memang korang akan cepat putus asa la. tu lebih kurang macam..tak ikhlas je koje ye dak.

    aku tak tau ngan lebih detail macam mana benda tu, tapi im still in learning proses macam mana nak...hm..cm ne ye..menggeledah every single detail about blog. mungkin 1 day aku akan tukar blog jadi mesin duit (insyaAllah lau aku terbuka hati..tapi wat masa skang..nope!)..sebab aku jenis tak ley duk diam dan bukan sorang yang ley tunggu sambil duk diam2.hehe..tapi tak salah lau nak tau detail, yela, nanti tak la bebal sangat lau aku baca benda2 o n3 taiko2 blog. tak la bengap sangat. at least i noe sumthing! :)

    so..buatlah blog ikut suka korang janji korang happy..pa pe pon, happy blogging! :D

    Monday, August 9, 2010

    Slow~~

    ngah meng'gledah' macam mana perjalanan blog. hehe...baru blajar maa~~

    Saturday, August 7, 2010

    Kepoh

    pagi2, aku sampai ofis, trus cek fb. then ntah napa, dan macam biasa, mesti aku nampak fb 'dia'. aisshh..cuba tanak nampak tapi da mata ni sensitif sangat lau nampak nam dia di situ. sapa "dia". hehe..nanti2 aku cerita ek, itupun KALAU rajin. hahaha.

    tak lama pas tu aku chat an kawan aku, kawan sama sekolah menengah dulu. kalau nak di ikutkan, zaman skool dulu kitorang tak..hmm..cam ne nak cakap ek...tak.."mesra sangat". setakat bebalas senyum je la. gurau2 pun tak pernah. mungkin sebab masa tu, aku cloz an member jantan je, sebab peel aku yang kasar! boyish. kawan aku ni plak boleh di kategorikan..awek menggoda. hahaha, sebab apa? aku tengok dia jalan pun lengang2..lentok2 bila bercakap. so aku tak ley masok langsung (xley nak geng la) hehe..borak punye borak, aku nampak sumthing. dari chat pun aku tau dia de masalah. aku mula rapat an dia sejak kitorang saling ber-FB. dari situ aku tau masalah dia dari A-Z. tapi terfikir pulak aku, aku ni lam kategori kepoh ke? busy body? sebab suma masalah kawan2 aku, aku tau, just dorang je tak tau masalah aku.



    selalunya aku tau masalah dorang dari sok sek sok sek geng2 kitorang bila lepak la. tapi aku just tanya apa yang dorang tau, then diam. aku memang akan tanya geng2 yang kira rapat an kawan aku yang di maksdukan tu. tapi aku tak la percaya seratus peratus apa yang dorang gosip kan sebab tak semestinya orang yang rapat an ko tau apa ko alami kecuali tuan punya badan. so bila ada kesempatan, line clear, aku akan tanya tuan punya diri. feedback yang aku dapat?? mesti dorang akan tanya aku "eh...cam ne ko tau?" "sape gitau ko?"

    jawapan ARTIS (jawapan standart yang aku akan cakap la..hehe ) aku..."aku sentiasa tau apa yang jadi an kawan2 aku just kawan2 aku je xtau pasal apa jadi kat aku..." tapi bukan bermakna aku salahkan kawan2 aku yang dorang kurang 'amek tau' tentang aku. aku memang susah nak cerita masalah sendiri kat kawan2 sebab bagi aku, masing2 ada masalah masing2. jadi aku tanak bebankan dorang dengan masalah aku, tapi aku sentiasa mendepakan tangan kalau dorang datang nak mengadu...hey..manusia perlu seseorang tempat meluah, betul tak? just cara aku, aku tak suka paksa..tapi de perkara2 lain kadang2 sikap pemaksa aku ni timbul! hehe..soryy~~

    jadi rasanya tak salah kalau kita kepoh dalam situasi dan niat yang baik..aku just nak tengok suma kawan2 aku hidup happy. even dorang dah kawen ke tak, aku tetap nak amek tau..sebab hidup ni tak selalunya apa yang kita nak kita dapat...aku tak mampu nak tolong lebih, pi harap jadi tempat ngadu pun cukup la. at least dorang tak rasa sorang2.

    paling penting, aib orang kita jaga..apa yang orang kongsi an kita, kita diam je. buat2 bodoh. walaupun kadang2 kita nak je bagitau kebenaran pada semua orang, tapi lebih baik diam dari bagitau. manelah tau..orang tu tak suka kan??..last2..orang dah tak percaya lagi..tu yang paling xbest...


    Friday, August 6, 2010

    Antara 2

    ehh..ni bukan lagu adam an farah yang antara dua tu..tapi kali ni aku nak borak sal...pilihan yang kadang2 korang kena buat lam hidup korang..(BUKAN PILIH BOIPEN YE..hehe). pilihan yang buat korang fikir mana satu nak pilih. antara keluarga dan cita2. Dulu, masa aku mula2 dapat tawaran g U, aku lam keadaan yang macam ni la. Aku nak sangat sambung dip, tapi mak aku nak sangat aku sambung form 6. masa tu otak aku ni just fikir nak keluar dari rumah je, bukan bermaksud lari dari rumah..tapi nak tengok negeri orang. Alasan yang mak aku guna untuk putar belitkn keputusan aku ialah seperti berikut :


    1. Jauh dari famly (sebab, aku tak pernah tinggal jauh dari rumah buat masa yang lama. paling jauh pernah aku pegi ke Kuching, kursus pengawas tahun 2004, tu pun 4 hari je).

    2. aku tak pernah tinggal kat asrama.
    3. kampus jauh dari umah. (memang la jauh, umah aku kat Miri, kampus kat puncak perdana, s.alam.)
    4. Lau sakit takde orang jaga.

    macam2 lagi la, aku dah tak ingat. tapi jujur aku tak marah mak aku, tapi masa tu, untuk pertama kali dalam hidup aku, kepala batu aku ni keluar! Apa yang orang cakap aku dah tak dengar. sebab, yang aku tau aku NAK JUGAK pergi jauh. nak rasa tinggal asmara (ma cik tak jauh umah aku sebut asrama tu asmara :D), nak blaja hidup jauh, nak blaja hidup berdikari. aku siap merayu gi an mak aku, aku ingat gi kata2 aku masa tu " mak..lam hidup ni aku tak pernah mintak apa2, tapi ni je yang aku mintak, benarkan aku pergi".. cehh... ayat macam apa, tapi takde la aku cakap camtu an mak aku, opkoz aku cakap dialek sarawak an dia. kang korang ta paham lak lau SAWAK aku ni klua. hahaha..

    at last, mak aku kasi jugak walaupun dia berat hati dan aku pun berat hati. sebab??aku risau mak aku sunyi tanpa aku. hahaha, tapi betol la..mak aku memang sunyi  tanpa aku! sebab takde geng borak benti gosip bila kat umah. dan skang, kerana kedegilan aku memilih cita2, alhamdulillah aku dah ada diploma..tapi degree?? haa..ni yang nak habaq mai ni..skang ni aku da bebalik macam dulu da. bak kata Newboyz, Sejarah mungkin berulang..tapi memang berulang la skang ni. aku da pening. nak sambung degree ke x? sebab masih ada komitmen an famly..

    tapi rasanya kali ni aku bekorban la pulak..mungkin aku akan sambung study..tapi mungkin cara dan tempat lain..lau ikutkan hati aku nak sambung degree kat s.alam...sebab geng2 lama suma kat situ. tapi bila aku fikir2 balik, aku nak study ke aku nak bekepit an member2 kat sana? akhirnya, aku kutuk diri aku sendiri. yeap, aku bukan saje nak study tapi aku nak bekepit an geng2 diploma yang dah sambung degree kat situ. banyak kenangan tempat tu. jadi..aku kena alter balik kapla aku ni, ajar dia untuk terima keadaan, tak semua yang aku nak aku ley dapat.

    untuk korang, yang rasa2 kisah aku ni sama macam korang, buatla keputusan yang korang betul2 dah pikir masak memasak! dan jangan penah nak nyesal lepas korang buat pilihan. fikir baik buruk. Andai, pilihan korang satu masa nanti SALAH, jangan nyesal lak..sebab setiap kesilapan ni ada hikmah yang ko kena fikir sendiri. sebelum buat keputusan, fikirkan kemungkinan2 yang akan terjadi kalau korang pilih antara dua perkara yang merunsingkan korang. bukan apa, untuk persediaan masa depan. kalau rasa bersedia dengan apa jugak yang bakal terjadi, so, buatla pilihan. tepat x tepat, korang yang rasa. bukan orang lain..

    Wednesday, August 4, 2010

    bisu

    pernah tak korang tak becakap sepatah haram an sorang manusia yang korang jumpa hari2 lam masa hampir setahun? itu yang aku buat sekarang ni. bunyi macam tak logik je kan, tapi memang terjadi pun. aku da letih la nak cakap an dia. even 1 perkataan skalipun. aku tak bisu, tapi aku sengaja jadi bisu bla jalan depan dia. kenapa? sebab dia manusia paling pelik aku pernah jumpa. bila aku baik, borak2 dengan dia, dengar apa yang dia bebelkan, dia akan main kotor kat aku. macam mana? dia akan kutuk aku depan2 muka aku bila ada orang datang bertandang lepak ngan dia. tapi sejak dua menjak (betol ke ayat aku ni?) aku tak keluarkn sebutir ayat pun dari mulut bila berdepan dengan dia, dia tak kutuk aku pun! pelik ke tak pelik tu? padahal kadang2 ape yang dia kutuk tu tak betol pun! tapi biasala, orang kita ni kalau da dengar orang lain cerita, mau je caya membabi buta. babi pun tak buta macam tu. agak2 la, ingat aku takde perasaan apa?? benda ni bukan perkara baru aku alami. aku alami sejak aku kecik gi babe! huh, bayangkan, skang aku 22 tahun. tahun lepas aku last cakap an dia. part yang paling best pagi tadi. dia bising2 tanya aku pesal aku da tanak cakap an dia. aku macam biasa, jalan macam dia tak wujud depan aku. then dia siap cakap gi, kalau dia ada salah bagitau, jangan diam je. aku pun masih bebalkan telinga, bisukan mulut. tak lama pas tu aku dengar de orang sound aku ( macam la aku tak dengar kan) konon pesalla aku wat perangai an tak becakap an orang tu. siap kata lagi, macam mana orang tu tak bising lau bawak cakap pun, macam cakap an dinding sebab aku tak menjawab. haram aku nak becakap an dia. tak lama pas tu aku dengar lak dia masih membebel konon nak mintak maaf p last2 hentak krusi an barang atas meja lak. 


    aikk??? macam tu ke cara nak mintak maaf?? ikhlas ke maaf ko tu?? kalau jadi pelakon, komfom dapat anugerah pelakon utama terbaik festival filem! belakon konon dia yang mangsa an aku ni la orang jahat. podah. kalau aku tak sabar mau aku sound dia tadi. tapi aku malas lak, kang tetiba dia gol depan aku macam mana?? tak ke naya? kalau korang kat tempat aku, korang tahan tak nak lepak an manusia macam tu yang tau nak mengumpat, mengutuk orang sepanjang zaman?? nampak je anak orang, kutuk. sok sek sok sek. lau suara tu pelan tak pe gak. ni orang yang ko umpat seberang jalan tu pun ley dengar! padahal, benda yang dia umpat tu, anak dia sendiri buat. tapi ada dia tau?? tak de..jangan harap. anak2 dia baik2 belaka, konon! aku pun da malas nak dengar orang sound2 aku supaya borak an dia even an sepatah ayat sekalipun. bosan babe. ko nasihat dia selautan laut borneo skalipun, tak de dia nak dengar. dia nangis2 depan ko (belakon lagi), last2 dia ungkit balik crita lama zaman jepon berperang. aduii..bosan aku. kalau orang nak cop aku kurang ajar, cop la pa pe pun. yang penting aku malas nak kotorkan mulut aku ni an sumpah seranah lau borak an dia. sebab hujuang pangkal pun, syurga aku bawah tapak kaki mak an bapak aku. so tak kisahla lau aku tak layan dia pun. de pahala lagi. telinga aku tak dengar nyanyian umpatan dia.

    Lama dulu

    rasanya aku da buat tajuk yang sama pi pesal lak dia tak muncul?? 


    memang da merapu macam aku jugak blog ni. aishh..

    Tuesday, August 3, 2010

    blur

    masa blur aku da sampai. keja jangan cakap la, memang aku tak sentuh. aku sentuh pagi tadi je. ni kepala aku tiba2 ringan semacam. nak pengsan ke? tak nak la pengsan, bukan best pun (even aku tak pernah pengsan).