Thursday, January 11, 2024

hello single!

hujung tahun 2023 dah peluk title single. Hubungan paling lama dalam hidup aku. Betol-betol sebulan sebelum genap setahun bersama, putus jua. Sayang itu masih ada. Rindu itu makin kerap. Tapi cinta bukan untuk dipaksa. Doakan Tuhan temukan di dengan yang lebih menjaga dan lebih cinta. Aku? Penat. Mungkin memang sudah takdirnya hidup seorang hadap rindu paling seksa, rindu pada yang telah pergi. Mak. Bapak. I miss u. Dulu bertiga. Sekarang seorang. Ga adil.

Wednesday, August 2, 2023

...

'kau dah berubah' aku hanya mampu senyum aku penah "mati" kawan, 2 kali. kali pertama waktu mak aku meninggal. kali kedua waktu bapak aku meninggal. jadi kau kira aku masih orang yang sama? takut dah bukan sesuatu yang ada pada diri aku. dulu apa orang cakap aku senyum dan iya. sekarang? tak. dengan lantang aku lawan. mungkin bila dah 2 kali mati, hanya ketakutan pada Allah yang tersisa. semua benda aku nak langgar. semua benda aku nak marah. semua benda aku nak amukkan. tapi itu pun kalau orang kacau akulah. sebab jarang sekali setiap kegilaan aku, datang dari aku sendiri kalau bukan orang yang 'sentuh' aku dulu. dunia kerja aku sekarang agak gila. gila sebab aku banyak belajar tentang realiti manusia. segalanya Tuhan telanjangkan. seolah-olah Allah nak aku sedar "inilah Manusia sebenar" gilanya manusia sekarang seperti kiamat takkan wujud. seperti perhitungan tidak wujud. bebas menyakiti demi kepuasan sendiri. dan aku masih dalam dunia yang cuba menelan satu demi satu dan caranya aku sengaja sibukkan diri dengan kerja. tenggelam dalam kesibukan. sentiasa mencari benda baru untuk aku hadap. cabaran baru. orang baru. pengalaman baru. aku penat. sungguh. sampai kadang demam. tapi aku puas. seakan-akan kesibukan tu terapi buat aku. sampai 1 tahap, aku rasa nak mengamuk bila ada orang cuba menghalang aku dari sengaja tambah kerja. sengaja mengundang kesibukan. sengaja sengaja dan sengaja. tapi.. apa yang orang tak nampak.. aku terpaksa sibuk. kalau tak.. aku boleh jadi gila.. 30 tahun menempel dengan orang tua 30 tahun kemana-mana bertiga 30 tahun hidup bawah bumbung yang sama kau rasa? 30 tahun segenap ceruk rumah akan ada memori 30 tahun segala ruang tanah akan ada memori 30 tahun segenap ruang memori penuh di setiap pusingan badan aku sampai membayangkan aku berdiri di hadapan hospital memohon pertolongan duduk di segala ruang sendiri, dulu bertiga kini seorang, peritnya Tuhan saja yang tahu aku tak kata aku kuat aku tak kata aku hebat aku tak kata aku kebal cuma aku terpaksa terpaksa melawan sebab aku sayang diri aku dan aku taknak tengok diri sendiri terlantar di atas katil menunggu doktor nurse menjenguk setiap waktu.. sebab menyusahkan orang benda yang paling aku tak suka membayangkan aku sakit dan menuntut bantuan orang pun aku dah tak ingin apatah lagi kalau jadi realiti..

Saturday, June 17, 2023

mak, im home..

mak..im happy now..since the day you and bapak left me, i thought i wont be happy again..but then Allah send this 1 guy that taught me that i can be happy again like i used to be.. there's a big hole in my life when u and bapak left me..and it will always be there and when he came, he taught me that that whole can be decorate with flowers..make it beautiful..the hole will always be there till the day we meet again he taught me many things mak..and the funny things was, he is younger than me! 12 years younger. Its funny how i always avoided younger guys and always treat them like my own younger brothers but end up with someone that too matured but younger than me. he treat me like a princess mak..i never taught that someone will treat me carefully like im the most fragile priceless thing that he ever own..for the first time i felt like..im a girl.. maybe i used to do all the things by myself..so im more like a boy but sometimes i do felt that people around me forgot that i am still a girl and suprisingly i never told him how i felt but from the beginning even way before we both realise that we fall for each other, he treat me like im his girl and it is his responsibility to protect me from harm.. i miss u and bapak so much.. i miss u both all the time..

Monday, December 27, 2021

AlFatihah

Mak... i hope Bapak told you that.. i took a lot from you.. nowdays and it makes me happy when ever i heard this, "kau dah jadi macam arwah mak kau jugak..suka bunga.." the first n last time, Bapak puji.. "kau ni dah jadi macam arwah mak kau jugak..pandai gubah bunga.." i know im not that good mak..but deep down i was happy but at the same time it breaks my heart when i know..Bapak is missing you badly.. i hope u both happy there, in Allah arms..playing with your cucu and your beloved cats.. i miss you so much..its hurt Mak..the fact that you no longer here with me..i went shopping for groceries alone nowdays..it used to be me you n bapak but now im alone.. its hurt..all things i did now..is only to makes Allah happy..so that if 1 day i die, He will let me meet you as soon as possible.. im jealous of Bapak..he left me to be with you..but its okay, i know he is happy with you now.. there is nothing else i want..i just want to be with you Mak..always and forever..

Thursday, September 23, 2021

2021

27 mac 2021. tarikh yang aku rasa aku takkan boleh nak hilangkan dari kepala. 6 Mei 2020 mak pergi. 27 Mac 2021 pulak giliran bapak di jemput Allah. Atau mungkin di jemput Mak? 26 Mac 2021, Jumaat. Dalam kereta cuma ada aku, kakak dan bapak yang lemah. Baru keluar dari klinik untuk cuci luka pada kaki kanan dia. Doktor pesan, tunggu malam. Kalau masih lemah, bawak ke Hospital. Aku paksa kakak, jangan tunggu malam. Direct pergi Hospital masa tu jugak. Sebab butir percakapan bapak dah bunyi macam orang lalok. Tak jelas. Dalam pada kakak busy pegang erat tangan bapak ingatkan untuk mengucap dan zikir, aku bukak youtube untuk pasang zikir nak bagi bapak dengar dan ikut, tangan bapak tak berhenti terawang-awangan. Kakak masih sambut tangan bapak, ingatkan zikir, dan mungkin..mungkin. Bila tengok tangan bapak yang bagai nak menggapai sesuatu, kakak fikir bapak nak gapai pemegang atas pintu. Walhal kerusi dah dalam keadaan baring. Bapak dah baring. Kenapa dia nak capai benda alah tu? Dia rasa tak selesa nak jatuh ke apa? Sebab kakak bawak kereta laju? Sampai Traffic Light. Kakak lepaskan tangan bapak, nak pusing stering. Masa tu jugak aku tak pasti, telinga aku berfungsi dengan baik ke atau aku memang salah dengar? Dengan tangan yang masih nak menggapai sesuatu, suara bapak yang tak jelas dan halus, aku cuma mampu dengar "Mak kau..." Aku diam. Aku tunggu reaksi kakak, tak ada. Aku salah dengar ke? Tuhan..kalau betul apa yang aku dengar, aku cuma boleh kata terima kasih. Mungkin aku tak mampu nak nampak, tapi kalau betul kau izinkan Mak jemput Bapak, tak ada perasaan lain selain gembira. Lelaki, susah nak tunjuk apa dia rasa. Aku tau bapak rindukan mak. Walau setiap kali aku tanya ada mimpi mak ke tak jawapan bapak cuma tak ada. Walau bila aku tanya tak boleh tido malam sebab ingatkan mak ke tak masih jugak jawapan yang aku terima - tak ada.. Suami Isteri. Hilangnya tak sama macam hilang mak bapak. Sakitnya tak sama macam hilang anak. Takkan pernah sama. Tak ada lain yang aku harapkan, cuma biarlah Tuhan bahagiakan Mak & Bapak di alam sana bersama berdua. Sebab aku tau, dorang dua sama-sama sakit menanggung rindu.

Friday, February 5, 2021

Tuhan

Tuhan.. Sakitnya.. 2 hari lepas..masa kat supermarket..ternampak sorang perempuan duk busy tolak troli sambil mak dia kat belakang cari barang. Sama kan Tuhan? Macam aku dengan mak dulu. Aku ingatkan kalau aku spend banyak masa dengan mak..aku akan kurang rasa sakit bila dia dah takda..dan konon aku tak nak menyesal and start 'what if..' Tapi Tuhan..mana2 aku pergi aku sakit..sebab nampak memori kitorang kat mana-mana..nampak sangat aku seret dia sana sini teman aku bila kawan2 sibuk..kan? Skang baru aku faham kenapa ramai pereka fesyen yang bunuh diri lepas mak dorang mati..sakitnya Tuhan.. Tapi..kalau aku buat macam dorang aku takkan jumpa mak kan? Terima kasih Tuhan sebab lahirkan aku islam..aku cuba tahan sakit yang kau bagi. Aku nak jumpa mak.. Tolong Tuhan..ampunkan semua dosa2 Mak..haramkan api neraka sentuh dia..harankan seksa kubur atas dia..lapang dan luaskan liangnya..terangi kuburnya..hantarkan AlQuran yang dia baca setiap hari untuk teman dia..dan Ya Allah..jadikan kubur Mak taman-taman syurga...aammmiiinnnn

Thursday, January 28, 2021

...

Aku skang dah malas nak amek tau group whatsapp..kadang berhari baru aku check. Kalau dulu setiap saat check. Aku just check cepat kalau adik beradik aku mesej or anak buah mesej. Dan paling aku semak bila mesej tu semata nak suh aku buat itu ini. Hello. Yang hadap semua ni aku. Kalau kau tak penah lalui ujian macam aku, instead of borak gebang macam kau lebih tau, baik diam. Plus, aku takda mintak pendapat ke nasihat kan? Hidup aku skang lagi penat, jadi tak perlu tambah. Dan aku TAK BERMINAT nak share sebab serik. Orang macam kau just end up bagi nasihat yang bagai kau lagi faham. Macam mana kau boleh faham, kalau kau tak lalui ujian tu? Macam kata kawan aku dulu "Kadang kita just perlukan telinga yang nak dengar, bukan mulut yang membalas"