Friday, September 23, 2011

bosan

kadang-kadang,

orang lebih suka tuding jari dan buat andaian sendiri dari cuba cari jawapan.

kenapa? bagaimana? apakah?

soalan-soalan tu perlu di bawa setiap ke mana tapak kaki melangkah. sebab hidup manusia ni tak sama. perjalanan hidup masing-masing dah di takdirkan lain-lain.

kalaupun dia ada kembar, waima sepuluh, Allah dah tentukan pasti ada perbezaan antara satu sama lain. mungkin pada rupa tampak sama. tapi hati?

hanya Allah yang tahu.

aku skang jadi anak yang cepat terasa. beban di pundak aku perlahan-lahan cuba untuk buang. sungguh, beban tu semakin hari semakin berat. tak pernah rasa kurang.

dan aku kalau boleh mahu elak dari lihat apa yang akan/bakal terjadi dalam hidup. tapi entah mcam mana, dalam kelima-lima orang, Allah selalu tunjukkan pada aku semuanya. tidak ada yang tertinggal. pasti aku yang lihat semua.

aku memang makhluk hina. sebab sejujurnya tidak pernah tidak persoalkan,

"kenapa Allah kau tunjukkan pada aku seorang?..kenapa?"

ya..soalan yang kurang hajar. tapi itu kerap kali dalam kepala otak. aku tak boleh nak elak. kalau aku menafikan, tampak aku macam hipokrit.

tapi aku percaya dengan teguh, setiap yang jadi ada hikmah yang mungkin aku takkan nampak atau aku takkan sedar.

jadi,

untuk kurangkan apa yang ada pada pundak, aku menulis. mungkin gaya aku menulis bagi sesetengah orang agak melampau. tapi aku peduli apa.

aku perlu sumber untuk padam sedikit demi sedikit apa yang aku rasa. rasa yang aku tak mahu kongsi pada orang. bukan aku tak pernah cuba luahkan dan kongsi. pernah saja.

tapi mungkin aku tampak seperti kotak permasalahan lalu orang-orang sekeliling aku lebih selesa meluah rasa dan masalah pada aku. lalu mereka tidak tampak aku juga manusia biasa yang punya masalah sendiri dan punya emosi.

bila aku cuba meluah, aku bakal di pandang senget. seakan-akan apa yang aku rasa tidak penting. apa yang aku rasa tidak berat. apa yang aku rasa terlalu ringan mahu dibualkan.

celaka. ya celaka. celaka bila orang itu rasa kisah 'kekasih' atau lelaki yang dia suka lebih berat dari masalah aku yang antara hidup dan mati.

sungguh celaka.

mungkin sebab terlalu rasa celaka aku mula sinis bila mana orang-orang itu mula mencari aku untuk meluah masalah yang sama. LELAKI. ahh aku bosan. bukan bermakna aku sudah tidak percaya pada cinta. cuma aku rasa, untuk memikir ke arah lelaki dalam hidup aku kala ini mungkin jatuh nombor 10.

sebab aku sedar, belum wujud lagi seorang Lelaki yang mengangankan aku jadi surinya. aku sedar itu belum wujud. lalu membuang masa memikir benda yang belum tentu wujud amat memualkan dan melemaskan. aku berpijak di bumi yang nyata. bukan lagi fairytale.

lalu ku biarkan orang menuding.

aku biarkan orang berbisik.

aku biarkan orang membina dinding.

sebab kamu yang hanya tahu dunia kamu, tidak penting. bukan kamu yang kongsi rasa aku. bukan kamu yang kongsi hiba aku. tentunya bukan. dan barangkali tak akan.



....

3 comments:

HEROICzero said...

dan kamu hidup dengan diri kamu juga kan .

biarkan .


mereka takkan pernah faham .


sebagaimana kamu tak faham mereka .

manusia itu da bagian lain2 kan .



=)

Lee Zha said...

aku faham mereka sejak aku kenal mereka. sebab tu bila ada ruang luahan masalah, aku kerap kali sisih ruang diri sendiri, dan buka seluas-luas ruang untuk mereka.

hidup manusia yang tak pernah hidup susah, bukan payah kau mahu paham bukan?

tapi hidup susah yang tak pernah kau alami, amat payah untuk kita paham tanpa rasa.

mungkin kau akan kata aku saja mencari ruang, supaya tampak aku mangsa keadaan.

terpulang. cuma aku pingin manusia sekeliling aku lebih matang dan tahu apa yang perlu difkir. tidak perlu di ajar baru mahu fikir.

HEROICzero said...

seperti aku kata , kita ada bagian masing2 .

bukan aku mahu kata kau nampak seperti mangsa keadaan .

bukan .

cuma nya , aku tafsir mengikut bagian aku .

dulu nya aku rasa mereka tak faham aku , hingga aku sedar yang apa beda nya aku , tak faham mereka ?

untuk apa kau tulis , itu bagian kau , dan aku hormat itu .


peace . =)