Monday, September 12, 2011

Dia

Epul memejam mata. Bukan matanya yang di rasakan berat saat itu tetapi hatinya. Ada perkara yang dia rasa pelik tapi dia sendiri kurang pasti.


acid dah meninggal. kena bunuh semalam. malam ni lepak tempat biasa.


Pesanan ringkas yang cukup ringkas baru di terimanya. Tapi hatinya seakan rusuh, ada sesuatu yang dia rasa tidak kena. Acid. Bagaimana Acid boleh meninggal? Sakit? Tidak pula sahabatnya itu sakit. Kemalangan, jauh sekali. Baru semalam dia menghantar Acid ke rumah sewanya dari bengkel kerana keretanya rosak. Masak benar dia dengan perangai Acid yang takkan keluar dari rumah kecuali kereta kesayangannya sudah pulih. 

Apa sebenarnya yang berlaku?


*******************************************************************************

"Macam mana boleh jadi macam ni?", asap rokok di hembus perlahan. Asapnya bertebaran, dan hilang. masing-masing hanya beku. 

"Aku dah tanya kawan aku semalam. Dia yang kendalikan kes ni..tapi.. ". Atan. tak sanggup rasanya dia untuk mengulangi kata-kata Inspektor Razak semalam. Kawan yang di kenalinya dari zaman sekolah. 

"Tapi apa?". Epul mula tak sabar. Dada berdebar. Di pandang Razif di sebelahnya. Diam. Tidak berkutik. 

"Tapi kes ni amat rumit...cara dia mati pun susah mau cakap.."

"Maksud kau?", soal Razif.

"Dia..kena bunuh..tapi dengan cara yang pelik.".

Epul dan Razif serentak merenung Atan yang duduk di hadapan mereka berdua. Kebisingan kedai mamak itu masih belum boleh melarikan rasa sesak dalam dada mereka. Acid, sahabat mereka sejak kolej. Menerima pesanan ringkas dari Atan membuatkan ianya seperti mesej untuk April Fool saja. Masing-masing masih belum percaya berita kematian seorang lelaki yang di bunuh dengan tragis di dalam tv semalam itu ialah sahabat mereka.


****************************************************************************

"Kau nak join tak?".

"Aku malas la Pul..kau tau kan, kalau bini aku rosak, malas aku nak keluar..korang jelah lepak"

"Sure?"

Acid mengangguk. Sekilas mata Epul merenuag wajah rakannya yang lesu. Muka macam mati bini walhal kereta kesayangan yang rosak. Punca kerosakan dia sendiri tak tau. Malas mahu tanya banyak pada kawan yang seolah sudah mati untuk bercakap.  Keretanya meluncur lagu ke Apartmen Bayu. Sunyi.

Dia sekadar mengangkat tangan pada pengawal yang sudah kenal benar dengan mukanya. Dia memberhentikan kerata di basement. Betul-betul di hadapan pintu masuk ke arah lif.

"Thanks bro..aku cau dulu"

"Pa pe hal call".

Masuk. Hanya beberapa minit saja dia sudah berada di dalam rumah. Lesu. Lengan di letak di atas dahi. Tiada mood mahu ikut sahabatnya lepak di mapley Seksyen 7. 'Bini' kesayangan rosak. Sofa empuk tu masih belum dapat menenangkan hatinya. Dia bangun. Pantas membuka laptop yang kebetulan berada di atas meja kopi di hadapannya.

YM. Sign in.

Dia hanya approve semua yang mahu menjadi kawannya. Tiba-tiba matanya buntang pada friend list YMnya. Mayamanja. Gambar kecil yang menampakkan seorang gadis berdada besar tanpa kepala. Jelas kelihatan lurah pada gambar.

Tidak buang masa, Acid klik pada nama tersebut.

+ hai awak. cantik pic. seksi. hehe

- hai..ye ke? thanks. hehe

+ nak tengok muka u boleh tak sayang?

- webcam ke?

+ yup. boleh?

- ok.

Sejenak dia ternganga. Di kelip mata berkali-kali. Beku. Matanya tidak dapat lari dari wajah yang ada di skrin.

- u nak tengok yang lebih best tak?

+ nak!

Peluh di dahinya di kesat. Matanya tidak berkelip dan seperti menembusi skrin di depan. Seorang gadis manis. Seksi. Hanya memakai singklet putih. Tidak disangka malamnya tidak sunyi malam ini. Hilang segala kelesuan tentang kereta yang rosak.

Pergerakan gadis itu tidak sekelip pun hilang di depan matanya. Dadanya berdebar dan dia dapat merasakan badannya menjadi panas. Saliran darahnya mula deras berkumpul di daerah yang sensitif.

- u suka i buat macam ni? u nak apa lagi?

Senyuman dan gerak tangan gadis itu melalaikan.

+ i tak tahan tengok u..boleh tak kalau?...

- i datang rumah u boleh? pass i alamat u.

Hatinya seakan tidak percaya. Pucuk di cita, awek yang datang! Pelbagai imaginasi sudah bermain di kepalanya. Dia benar-benar bersyukur kerana keretanya rosak. Kalau tidak, mesti dia akan terlepas peluang bersenggama dengan gadis malam itu!

Setelah di lihatnya gadis itu offline, bergegas dia ke bilik tidur. Bilik yang sedikit bersepah di kemasnya. Semua baju-baju kotor di simpan ke dalam bakul. Katil empuk di tarik-tarik cadar, biar kemas.

"Kemas-kemas pun nanti, gempa bumi jugak. hehe".

Berpuas hati dengan bilik, di sembur pewangi memenuhi ruang bilik. Kakinya pantas ke bilik air. Mahu mandi. Biar segar dan bertenaga.

*******************************************************************************

Lipstick di oles di bibirnya. Matanya tidak lari dari cermin kereta, mahu memastikan bibir yang mungil itu tampak seksi dan lelaki yang memandang geram. Di tarik sedikit dress ketat di tubuh ke atas. Melekat. seakan-akan dress itu melekat pada badannya yang seksi. Dia tersenyum.

"Mesti dia suka lingerie ni nanti...". senyum.

Beg tangan yang sebesar kamus itu di genggam erat. Dia membaca sekali lagi kertas yang tertulis alamat dan nombor telefon lelaki tadi.

"Hello", di lunakkan suaranya.

"Err..hello..sapa ni?". bergegas dia keluar dari bilik mandi bila telefon bimbitnya nyaring.

"Hehe..i lah..Maya..i dah kat basement ni..kejap lagi i naik..."

"Oh..ohh..hahaha ok ok i tunggu".

'Celaka, dengar suara pun dah naik!'. bisiknya dalam hati. Dia tunduk, cepat-cepat dia memakai boxer.

TING TONG!

" Haii...".

Mulutnya melongo. gadis seksi di sepan mata jauh lebih seksi dan mengghairahkan berbanding di dalam webcam. Kepala memutar ingatan kepada gaya gadis tadi melarikan tangannya di tubuh, menggoda. Matanya terhenti pada dada yang berlurah dan tampak besar.

"Eh..apa tu?", Maya lurus menuding ke belakang Acid.

Lelaki itu menoleh ke belakang. Pantas saja tangan kirinya mengait leher Acid dari belakang. Terdorong Acid ke belakang dan dalam keadaan yang tidak bersedia dia terasa ada sapu tangan yang di tekap ke mulut dan hidungnya. Belum sempat dia melawan, betisnya di tendang membuatkan dia tersungkur melutut. Pening, lalu pitam.

Gadis itu menutup pintu. Kerjanya belum selesai.

*******************************************************************************

Di rasakan badannya bergoyang, dihenjut. Empuk. Dia cuba menggosok matanya. Gagal. Tangannya seolah-olah terikat pada sesuatu. kabur. Semakin lama pandangannya jelas.

"Lamanya u pengsan sayang?...letih i tunggu...", manja.

Acid masih blur. Dia sudah ada di atas katil empuknya. Tangannya bergari di kepala katil. Gadis seksi yang mengghairahkan itu sudah tidak memakai dress ketat paras paha, tapi lingerie hitam! Jelas kelihatan, tiada apa yang melapisi lingerie itu.

Mata Acid tembus ke seluruh tubuh. Dia mula berasa badannya panas dan aliran darahnya tiba-tiba laju. Gadis tadi masih tersenyum manja, duduk di atas alat sulitnya yang masih berboxer! Acid tersenyum. Ternyata gadis tadi mahu 'bermain' dengannya.

"Lama i tunggu u yang....", mengusap dada bogel Acid lembut.

"Ye?..u yang buat i pengsan..nakal u ek..".

"Saje..ni je cara nak kalahkan u"....kenyit mata. 'Ah..mahu main dulu. Baru best'.

Perlahan-lahan Maya turun memeluk Acid. Bibir Seksi Maya sudah mula memainkan peranan. Telinga, leher, dada. Naik semula ke pipi dan mula mencari bibir Acid yang sudah mula terbuka sedikit. Kaki halus Maya di gesel-gesel pada kaki Acid yang berbulu.

' Ni kaki orang ke kaki gorilla?' desisnya di dalam hati.

Bibir di lepaskan. Maya senyum menggoda pada Acid yang sudah mula garang nafasnya. Maya bangun. Bangun dari badan Acid, bangun dari katil.

"I ada suprise tuk u sayang..harap u rela..ihik...". Ya, dia memang penggoda.

"Im yours sayang...buat je apa-apa kat i...". deras. Nafsunya kini deras. Tidak sabar menanti apa yang bakal di lakukan gadis seksi di depannya.

Maya mengusap-usap badannya. Tangannya ke belakang. Acid kegeramman. matanya tidak lari dari panties merah di sebalik lingerie labuh maya.

Maya kelihatan seperti menyelak belakang badannya. Seakan-akan ada sesuatu yang di pegang, Acid berdebar.

BAMMM!!!!  BAMMMM!!

Tidak sampai satu minit, tembakan tepat di lepaskan pada zakar Acid yang tegang dan halkum.


Tiada jeritan. Tiada laungan.

Hanya mulut Acid yang melopong, dan darah yang tidak putus-putus berlumba keluar dari dua tempat yang di tembak. Badannya sesikit mengelupur.

Senyum.

"Tinggal 3". halus suaranya. Seakan-akan berbisik dengan diri sendiri.

Perlahan, tubuh yang mula lemah rentak jantungnya di dekati. Mata itu masih terbeliak. Masih ada sisa-sisa nafas.

Di ambil beg tangan kecilnya. Pisau nipis yang hanya berharga 20 sen itu di keluarkan. Balang kecil bekas jem kacang di keluarkan sekali. Dia mula melakukan tugas.

Bibir tebal dan hitam milik Acid di renungnya. Senyum sinis.





bersambung....


p/s : Z..ni epi 1. hehe, kalau tak suka gitau k. inbox fb. :D


7 comments:

lavender harum wangi said...

wow

Ayu Ikhwani said...

Wahhh.. akak suke bace citer.. sambung² ☺

± said...

ada lagi tak cara mati yg lebih tragedik-gedik?

Melissa Ray said...

Gua mohon aksi ranjang yang lebih ghairah dan aksi bunuh manja-manja yang menginzalkan. HAHA.

@DARK
bunuh lu lah paling tragedik-gedik.

Lee Zha said...

lav : wow

kak ayu : tengs cikgu! hahaha

dark & mel : aku risau sbnarnya, takut kwn aku tak selesa dengan cara penulisan aku sebab dia bukan penah baca aku tulis camana. ni pun kira pembunuhan ala2 sopan, sebab takut dia tak suka or xselesa.

sebab aku tunggu dia approve lu. n dia dah approve skang, baru lah Dia 2 tragedik-gedik sikit. hahaha soon bebeh. soon.

Anonymous said...

Aku hanya menambahkan halaman web Anda ke favorit saya. Saya suka membaca posting Anda. Terima kasih!

HEROICzero said...

ni mesti revenge ni ! huwaaah ~