Friday, September 30, 2011

kongsi

 Bakal lahir...

sudah jadi artis

lawak, masing-masing mahu tunjuk pandai menulis...


dari saat ayat itu lahir, ada satu tembok yang sudah aku tulis dalam diri. tembok di mana kau bukan lagi manusia pertama  yang akan aku kongsi kegilaan aku. bukan. kau terasa? maaf..hati aku lebih remuk bila ayat itu yang aku dengar dulu..

kau tau..aku sunyi..aku tak punya sapa-sapa yang mahu hulur tangan, tanya apa khabar hati kamu hari ni? aku tak punya. sekatan masa selalu membuat aku terkurung dari cuba lari dari kotak sunyi. 

dan ya..aku dah temui jalan aku. aku dah temui cara aku. cara untuk aku lepas bebas dari segala dendam yang aku simpan. sedikit demki sedikit ia hilang. dan ya, bila mana aku sudah mulka rasa bebas dari kegilaan yang mengongkong, kau manusia pertama yang aku mahu kongsi. kau. 

tapi kau tau apa?...hati aku pecah bila mana lain yang kau lontarkan. iya. cakaplah banyak kata lain untuk pujuk aku, tapi maaf. kau dah pahat awal-awal kata-kata yang menyakitkan. sampai bila-bila aku takkan lupa.  dan jangan tanya lagi kenapa aku diam. 

sebab aku tidak akan pernah lagi kongsi apa-apa. takkan. 

aku kira..kau paling kenal aku siapa..aku bukan cari nama...tidak pernah terdetik waima sekuman...ktapi itu yang kau nampak dulu? benar kau kenal aku? benar? aku sudah mula sangsi...rasanya kau masih belum kenal benar aku siapa...

maaf. 

pujuklah dengan kata apapun...aku tidak akan pernah lagi kongsi apa-apa...


....

7 comments:

AIDA said...

buukan semua mampu faham,

PK said...

errkkk. apakah ini? jawab smigol...jawab..

(the naked writer) said...

wowww...

ghost writer said...

takkan kau nak mengaku kalah dengan itu.selama ini kau sudah cukup kuat.pergunakan.

Lucifer said...

siapa yang cakap ni?

Lee Zha said...

aida : kadang2 walau kita tak faham orang. cukup sekadar kita hormati apa yang dia buat selagi dia bahgia. itu yang aku pingin. tapi lain yang aku dapat.

pk : mau jawab camana pun aku dah xtau dah ni..:)

ghost : ada masa, awan mendung datang dengan guruh dentum dan kilat ghost.. mana mampu kau berlindung dengan payung waima payung kau sebesar kereta. tetap ada kelemahan.

luc : sum1..sum1 that i tot he knew me better that any1else.

Pencari Cinta Sejati said...

Teruskan usaha. Kau mempunyai karier yang berbeza dari mereka. Sebab itu, mereka cemburu tidak boleh menjadi seperti kau. Kongsi kepada yang mampu memahami bukan berlagak bagus.. :(