Thursday, March 3, 2011

Lemas 2

kau : aku dah tak tau nak buat macam mana lagi.

aku : kau tak cuba, macam mana nak jadi?

kau : aku dah cuba..tapi masih ingatkat dia..kau senanglah, kecewa terus lupa. lagipun kau bercinta cuma 3 bulan. aku ni? bertahun kau tau!

aku : kau rasa aku bercinta main2?

kau : aku tak adalah sampai kata macam tu..

aku : dah tu, cara kau cakap macam aku main2..bercinta 3 bulan, nak lupa 2 tahun.

kau : kau senanglah..jaoh. aku ni pusing2 jumpa. macam mana nak lupa?

aku : jangan bagi banyak alasan boleh? hari2 cakap pada hati, kau boleh, benda tu akan jadi boleh! kalau dah awal2 kau kata tak boleh, jangan harap nak jadi.

kau : kau ingat senang ke?

aku : senang kalau kau buat benda tu senang, susah bila kau bagi banyak alasan.

kau : kau tak pernah rasa sakit yang aku rasa..

aku : sebab aku tak pernah rasa apa yang kau alami, sepatutnya kau lagi kuat dari aku.

kau : kau takkan faham..


sakit... kalau kau sendiri masih mahu rasa sakitnya...
*hembus nafas kasar*

kau tau, rasa berat bila nak lepas nafas. aku serba salah. nak tolong kau, nasihat kau, tapi sudahnya apa? kau bagi banyak alasan.

bila aku buat bodoh, tolol, tuli, kau cari aku separuh mati.sebab kau bersandar pada aku seorang. kau kata kau perlukan aku di saat kau perlukan nasihat dan tempat mengadu.

letih. kau tahu letih.

bila aku cuba bukakkan pemikiran kau, kau akan bagi sejuta dalih. ahh..sampai bila kawan? aku tahu apa yang aku pernah lalui tak seteruk kau.

tapi perlu ke kau bagi alasan kononnya aku pecinta yang mudah jatuh dan mudah lupa? heh. bercinta 3 bulan, tapi nak lupa 2 tahun. kau rasa itu apa? cinta anak2 monyet ya?

tolonglah. keluarkan diri sendiri dari ruang yang kau sendiri masuk. keluar.

memang dia cinta pertama. memang kau sayang dia.

tapi sampai bila kau mahu melayan manusia gila itu? yang sudah buat taik pada kau berpuluh2 kali. Allah tunjukkan bukti di mata kau kawan, bukan di mata orang lain. itu yang Allah tunjuk berpuluh kali, yang dia sembunyi?

mungkin lagi sakit kalau kau tahu.

aku sudah bilang. setiap yang jadi ada hikmah. ada sebab musabab mengapa Allah temukan kau dengan dia di dalam keadaan dia terang2 curang. bukan sekali. banyak kali.

tapi kenapa kau seolah2 mahu jadi angel yang menganggap segalanya 'baik2 saja'? manusia takkan pernah berubah kalau dirinya sendiri tidak pernah mahu memberi ruang ke arah itu.

membaca tulisan Cikgu Zara..

lemas macam ni boleh mati..kan?
 buat aku rasa dunia kini makin melemaskan dengan manusia2 yang semacam ini.

mahu saja aku kata " kalau tak mahu dengar aku membebel, jangan datang minta pendapat. boleh? sebab aku malas mahu nasihat manusia yang suka bagi alasan bodoh".




.: bila bercinta, terapkan "kalau ada jodoh ada..kalau tak ada, tak apa", supaya kau didik hati kau bahawa kau berpijak di bumi yang nyata dan bukan syurga-Nya. :.




...

2 comments:

HEROICzero said...

"jangan pernah kata kau faham, kalau kau tak pernah berada dalam itu. atau sekurang2 nya, cuba untuk berada di dalam itu.

tapi,

jangan pernah kata aku tak faham, hanya kerana kau pernah berada di dalam itu. Ingat, bukan kau saja yang pernah berada dalam itu. beza nya, aku terus, kau masih lemas di dalam itu."

=)

L said...

nak wat penapasan mulut ke mulut tak bang? :D