Di mata manusia..tanahku yang permai ini tanah bertuah..tiada peperangan.. rakyatnya bebas..tiada darah yang di limpahkan..anak2 bebas bermain dan belajar..
Tuhan…
Di mata manusia, tanah Palestin itu malang ya amat..darah mengalir di sana sini, anak2 kecil yang tidak sempat mengenal alif ba ta terputus nyawa..isteri menjadi balu..orang tua kehilangan anaknya..
Semalam..25 februari 2011..kau bukakan mataku tentang sesuatu yang aku alpa..
Tuhan..
Betapa sayangnya kau dengan umat Palestinmu..lebih dari kasih sayangmu pada kami..
Tuhan..
Aku tak pernah anggap kau berat sebelah cuma aku yang selalu alpa dan lupa..
Tuhan..
betapa senangnya..
Ya tuhan..
Lahirnya aku di bumi bertuah ini, tiada apa yang aku inginkan selain mendapat permainan yang aku lihat di kaca tv..
Ya Tuhan..
Dunia menggebang kepada semua, bumi malang itu bumi Palestin. Bumi yang setiap saat bajanya ialah darah.
Tapi Tuhan, kau membuat aku sadar bahawa umat di Tanah itu umat bertuah.
Ya Tuhan.
Dunia menggebang kepada semua, tanah airku bumi bertuah. Bumi yang dibajai dengan gelak ketawa manusia, tanda mereka gembira.
Tuhan..
Tidakkah itu jelas Tuhan? Bila mana umatmu bebas, mereka bukan sahaja bebas dalam berjalan ke mana saja, tapi bebas dari segala2nya. Mereka rasa mereka Tuhan manusia.
Ya Tuhan,
bukan selangkah, tetapi syahid itu sudah beribu langkah dari anak bumi bertuah ini Tuhan.
Ya tuhan..
Betapa bertuahnya anak Palestin
Ya tuhan..
Betapa pemikiranku telah menyimpang dari pemikiran yang serba moden katanya..
Ya Tuhan..
Tolong sedarkan aku dari mimpi2 yang aku sendiri bina, mimpi2 yang membuat aku terbuai seolah2 neraka itu tidak wujud..
mimpi2 yang membuat aku leka bahwa hidup kini syurga dunia.
Bangunkan aku bila setiap kali aku tertidur…
Aku tak layak ke syurgaMu..
Tapi aku takut nerakaMu…
No comments:
Post a Comment