Friday, February 25, 2011

Lemas 1

manusia ni kadang2 suka menembak dengan apa yang dorang lihat...

kadang2 melihat wajah sendiri hanya mengundang luka..kan?
dia : aku jeles tengok ko. apa ko nak, ko selalu dapat. tak macam aku, apa yang aku betul2 nak tulah aku tak dapat. 


aku : apa yang kau betul2 nak tu?


dia : sambung studylah. jelesla..kau apply skali je, terus dapat pergi. apply je dapat.


aku : pernah tak dalam hidup kau, apa yang kau nak, kau dapat?


dia : emmm..sepanjang hidup aku, apa yang aku nak, semua dapat, kecuali sambung study je. jadi macam kau kan senang. mesti dapat.


aku : kau nak tau tak?


dia : apa?


aku : dalam hidup aku, banyak benda yang aku nak..tapi aku dapat satu je. hanya satu yang tertunai.


dia : apa dia?


aku : sambung study.


kawan..hidup kau sentiasa dapat apa yang kau mahu. jangan tamak boleh? takkan satu2nya 'harta' yang aku ada pun kau mahu?

kalau boleh di rampas, agaknya kau mahu rampas jugakah?

kau tak tahu apa aku lalui untuk perjuangkan keinginan yang satu cuma. banyak air mata. banyak tohmahan yang aku terima kau tahu?


kau ni degillah za..dengarlah kata mak kau..sambung form 6 saja..dasar degil...


itu kali pertama aku berkeras mahukan sesuatu. lalu aku terus dicop anak yang degil hanya kerana permintaan yang pertama dalam hidupku yang berusia 18 tahun? kawan. kau sahabat. kau kenal aku. tapi hanya sekali kau lihat aku berkeras, lalu aku sememangnya anak degil? tak sayangkan ibu? ingkar? begitu?

anak degil. iya, bunyinya tidak kasar. tapi bila kau letak aku sebagai anak yang degil pada orang tua, rasa seperti hatiku di hiris. rasa seperti aku meneriak dan menyumpah ibu bapaku. kau tahu bagaimana rasanya itu?

kau tahu? di saat hati aku remuk melihat orang tua yang tak gembira anaknya ke menara, aku perlukan sokonganmu sahabat, bukan tohmahan.


kau untung dapat masuk U..macam aku ni..dengar orang cakap sajalah...


ahh..mungkin kau jarang lihat air mata, kau sudah letak aku sebagai anak bertuah? kalaulah betul tempat boleh di tukar, kau jadi aku, aku jadi kau, aku rasa, kau takkan mahu merasa bagaimana menjadi 'aku' walau seminit...

aku mudah lemas dengan ayat 'bestnya kalau aku kat tempat kau...'


manusia memang suka menembak tanpa mengkaji......kan?...





...

No comments: