Wednesday, February 23, 2011

Mentaliti Yang Murah : Part 4

lelaki itu jantan. punya tulang lebih dari perempuan. untuk buat kerja berat2.

wanita itu betina. punya lemak lebih dari lelaki. untuk menjadi pendamping dan membuatkan lelaki selesa bila bersama.

..................................................................................................................................................

"kau buat apa nak cat2 ni ha??! ni kerja lelaki! kau tu perempuan! pergi tolong mak buat biskut raya! menyibuk betul!"

"apa yang kau cuba buktikan dengan buat kerja2 berat tu? tu kerja lelaki za..kau tu perempuan..tak kena..."

..................................................................................................................................................

bila seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk membesarkan dan mendidiknya.

bila ibu ayah sudah tua, menjadi tanggungjawab anak untuk menjaga dan memelihara mereka.

iya. tahu.

aku perempuan. aku betina. aku wanita.

Ya, aku cucu Hawa. Ya, aku perlukan mempunyai ciri2 cucu Hawa. Ya, aku perlu tunjuk aku anak gadis.

..................................................................................................................................................

zaman sekarang. oh, lebih baik guna zaman akhir zaman. ya..akhir zaman.

ramai manusia mahu jadi Tuhan. ramai manusia keluarkan fatwa masing2. ramai yang merasakan dirinya BETUL BENAR. ramai. sungguh ramai.


masuk kumpulan itu kau masuk neraka. masuk kumpulan ini kau masuk syurga. 

menjadi ahli kami kau ahli syurga. menjadi ahli mereka kau ahli neraka. 

kau masuk puak itu, puak itu kafir laknatullah! balasannya neraka! kerana kau taksub cucu kekasihNya. 

jangan kau dengar lagunya! dia ahli neraka. kau dengar lagu si dia ini! dia ahli syurga. 

kau pakai tudung lilit2, kau masuk neraka!

.......................................................................................................................................

kau mahu tahu?

aku pegang teguh pada rukun iman dan rukun islamku. fatwa akhir zaman banyaknya fitnah semata. bagaimana seorang manusia yang bukan kekasihNya berani berkata orang itu ini masuk neraka? dia ada melihat senarai nama-nama golongan nerakakah?

dalam rukun imanku, ada disuruh aku beriman pada kitabNya.

iya. kitabNya. Al-Quran.

kau mahu tahu? dalam kitabNya ada tertulis...

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”
(Surah al-Nisaa’ ayat 36)


 ya.

dalam kata2 Allah ku, tiada pun ia mengatakan aku perlu menjadi 'anak gadis' sebenar untuk membantu orang tuaku.

tiada dalam kata2 Allah ku, membantu ayahmu melakukan kerja lelaki sedangkan kau perempuan itu satu dosa.

berserah pada Nya

hey. dengar sini.

aku buat semua, sebab aku sedar erti tanggungjawab! aku tak perlu mahu buktikan pada kau apa2. aku tak perlu mahu dabik dada bangga dan bersorak pada kau bahawa taraf kau lelaki dan taraf aku wanita sama saja! TIDAK! aku tahu, kau di cipta untuk menjadi kalifah! aku bukan tolol.

kalau kau terasa tercabar, bila gadis memegang tukul, sedang kau memegang rokok dan memandang orang tuamu melakukan kerja berat dengan sebelah mata, ITU TERPULANG!

aku tak perlu buktikan apa2 pada kau!

kau bukan Tuhan-ku!

kau tak berhak untuk keluar fatwa seperti orang2 bodoh di luar sana! dan kau mahu tahu?

tanggungjawab tidak pernah ada garis dalam jantina. fikir. kunyah, hadam!

nah. ambil balik taikmu dulu yang kau berak. yang kau berak bila kau pandang sinis aku. calitkan pada muka.

mungkin itu saja ubat mahu sedarkan kau, kau sebagai anak, ada tanggungjawab. tak kira apa jantina.


egois itu bodoh. egois itu buruk. tolol. ptffff!






...

No comments: