Saturday, March 26, 2011

Burung Unta

kisah dolu2.

kata orang, burung unta kalau takut, dia masukkan kepala dalam tanah. tapi bila aku baca wikipedia, katanya belum pernah ada rekod burung unta bersifat sedemikian. hahaha lawak.




tapi, aku rasa skang ni aku macam burung unta. tapi bezanya aku bukan takut, tapi aku tak nak orang nampak muka aku langsung.

bila aku dalam fasa stress ya amat, memang akan keluar lagi satu perangai pelik aku. tak nak orang nampak muka aku waima bayang aku sendiri. dengan lebih tepat, teperuk dalam rumah walhal benya yang membuatkan aku stress ialah perkara dalam rumah.

aku ingatkan kawan2 aku semua akan faham dengan keadaan aku yang bila dorang ajak lepak even depan rumah pun aku seakan mengelak dan bagi banyak alasan.

aku bukan nak sembunyi dalam jangka masa yang lama..tapi aku memang malas nak tunjuk muka. sebab aku tak nak dorang dapat kesan budak mulut becok ni tetiba diam.

dan satu lagi yang aku cuba nak elak.

masa aku tengah dalam zon 'lemas' ni, aku tak suka nak dengar masalah orang lain yang remeh. yes, aku tak perlu nak dengar masalah kawan2 aku sebab aku kenal dorang dari kecik, keluarga dorang, latar belakang, dari zaman sekolah.

bila kau ada di ruang yang kau sendiri tak nak..walau rasional macam mana pun..kau tetap berdoa supaya ada malaikat yang keluarkan kau dari tempat tu...

so aku tau apa yang membelenggu hidup dorang. apa masalah dorang yang bunyi macam bom nak jatuh depan mata walhal masalah aku lagi besar.

"kalau orang len teriak, aku tak kisah..tapi kalau ang, aku risau sebab memang ang dah tak tahan sangat2 lah tu...ang bukan senang nak teriak wey....", kata Y. 

kata orang, perempuan ni, ratu air mata.

heh. aku ni? bukan perempuan? oh ya...aku lupa. aku ada tersesat gen2 lelaki dalam badan, sebab tu aku suka lepak bertukang dengan bapak. kalau kau bagi pilihan samada basuh baju dengan bertukang tengah panas dengan bapak, aku pilih no 2. haa..kan dah cakap. memang gen lelaki aku tersesat lam badan.

sedap rasa hati kalau semua yang kau pendam dapat kau alirkan bersama dengan aliran air mata..tapi ini, bukan mata yang menangis, tapi hati. air mata yang keluar dari hati ialah sesuatu yang seni...seni di sini bermaksud..tak nampak.

aku bukan manusia yang pandai berlakon dengan kata "everything is fine" sambil senyum lebar. walau ilmu lakonan aku hadap selama 3 semester dulu pun belum dapat ubah lakonan 'nyata' aku.

diam bererti, otak aku serabut. tapi aku tak suka orang tanya "kau ada masalah?", kecuali aku yang datang pada orang itu dengan harapan dapat aku alirkan semua masalah dengan patah2 kata. tapi...orang yang aku selalu cari tika aku lemas...dia tak sentiasa ada dengan aku...

aku benci bila dia kata

"abangkan ada...."

dan sungguh aku benci bila

"kalau ada apa2..bagitau je..abang dengar..."

ahhhh....

nampak je kau outspoken. rupa2nya hati ada tisu jugakkk ", kata Dark kat aku semalam.

hehe...aku pompuan la...kasar2 macam mana pun...aku tetap pompuan...lembut aku, aku tak reti nak bagitau macam mana, sapa yang tau aku in real world lebih tau..

tipu kalau aku kata, pompuan2 kat luar sana tak kisah pun kalau dorang ada masalah, dorang pendam sorang2. tipu...

sebab tu Allah ciptakan Lelaki. kaum Adam. bukan takat nak jadi pelindung, khalifah kitorang yang Hawa ni, tapi sebagai pendengar dan penasihat. kaum Adam bila berfikir lebih banyak rasional dari emosional dari Hawa.

dan aku tak terkecuali.

bila aku rasa diri duduk dalam satu ruang yang gelap dan sempit, aku akan cari sorang Adam ni untuk dengar apa yang aku rasa. untuk keluarkan aku dari ruang gelap tu. untuk luaskan ruang yang aku rasa makin sempit.

tapi hampa...

dia selalu cakap tak serupa bikin..tapi aku tak boleh salahkan dia..dia bukan hak aku..aku bukan siapa2 untuk dia..cuma kawan.

hari tu...aku ada bagitau kat kawan aku yang aku nak sangat lari dari dunia realiti. maksud aku lari dari kehidupan aku sekarang dan pergi ke suatu tempat yang tak siapa pun kenal aku...

apa yang dia jawab?...

dia tak jawab apa2...just 3 bulan dia tak contact aku sejak hari tu...aku tau dia marah..aku tau dia anggap aku pengecut sebab cari jalan mudah nak lari dari masalah...

tapi kalaulah dia tahu macam mana rasa duduk dalam ruang yang gelap dan sempit dari kecil sampai skang ni..dia mungkin akan faham...



.: cikgu kaunseling aku pernah pesan...."liza, kalau kawan awak tak nak cerita masalah dia pada awak, jangan paksa...takut nanti lain yang jadi"...jadi aku harap kawan2 aku pun macam tu...:.



...

4 comments:

ghost writer said...

nampaknya gen lelaki ko lebih banyak menguasai diri keperempuanmu...

cukup lah menangis sekalipun tiada siapa yang memahami...

Dark Half said...

maksudnya, skrg kau ada masalah yg agak kronik...tapi kwn2 tak boleh tanya? gitu?

jadi aku cam konon2 faham kenapa kwn kau tu senyap

Lucifer said...

yang faham akan faham.

susah nak cari orang yang betul2 faham dengan kedudukan kita.



-.- terkomen lepeh.

L said...

ghost : aku tau la peratusan gen tu 50/50 or 60/40..p yg aku tau, menangis lam hati ni buat kita makin lemas...

dark : :) aku tak suka kongsi masalah kronik aku dengan suka2..just org yg aku rasa pernah rasa 'sakit', barulah aku crta. mcm yg aku gtau ko mlm tu, kwn2 aku kbyknnya hdp mcm fairytale..

mata : yes bro..susah. yang pernah sakit jak akan tauk..