Saturday, March 12, 2011

Ada Apa Dengan Nama

aku dah taip entry asal dari tajuk ni dengan mesej yang lengkap tanpa sebarang ubah suai atau kehilangan kata. tapi di sebabkan aku agak heng masa save lam pendrive aku, suma nya hilang! dan aku kat cc ni. n guess what, kalau aku dah save sekalipun apa yang aku taip, xley cocok pun!

aku tak tahulah samada aku punya pendrive besar or CPU zaman skang usb port dia kecik. damn! kepada 'O', thanks sebab tak marah aku post benda ni. bukan apa, untuk peringatan kita2 jugak bro. :) lau ko marah, len kali aku spon pulut panggang inti ikan! hahaha



Location : Henpon Coklet Comel

O : kau kawan dengan Luciffer?

aku : Ha'a. kau kenal dia?

O : Tak pun. Dia islam ke?

aku : ha'a islam. Melayu rasanya, orang Sarawak.

O : Kenapa dia guna nama Luciffer?

aku : Hentah. kenapa?

O : kau tahu tak siapa pemilik nama Luciffer tu sebelum nama yang kawan kau tu guna.

aku : Tak. sapa?

O : kau tahu makhluk nama azzazil yang di murkai Allah?

aku : ye..aku tau Luciffer tu maksudnya setan...

O : Orang yang menyembah azzazil tu memanggil dia Luciffer. taksub sangat dengan setan budak ni. tu yang aku terkejut bila kau kata kawan kau tu Islam. 

aku : hmmm....kalau aku cakap sumthing, kau jangan marah k?

O : k. Pa?

aku : jangan judge orang dengan nama yang dia pakai. :)


7 min kemudian...

O : betol kata kau. :) kau dan kawan2 dia lebih kenal dia siapa. dia mesti baik. just aku terkejut je bila kau kata dia islam. 

aku : Hmmm...mungkin dia guna nama tu untuk perlambangan hidup dia. kita tak tau mungkin dia dah terlalu selalu jumpa manusia yang macam setan, sebab tu dia guna nama tu. jangan risau, dia baik. lagipun hidup dia lagi 'sakit' dari aku...



mesej aku dan O lebih kurang macam tu. aku rasa ada kurang, tapi tak apa. yang penting point2 yang aku nak kata korang akan faham.

dan O, sumpah aku tak tau Luciffer tu Islam o tak, melayu o tak, tapi aku bantai je jawab macam tu sebab aku nak tengok apa yang kau nak kata kat aku.

selalu bila kita dengar tentang kes jenayah zaman skang contoh rogol anak sendiri, bunuh bini sendiri jual mak sendiri, kita akan keluarkan ayat clise ni 'setan yang bertopengkan manusia'...

kau tak rasa nama yang Luciffer pakai itu betul? zaman skang, tak perlu kita nak cari bermatian2 setan yang di laknat Allah, cermin pada kita sendiri.

dan kawan, jangan sebab dia guna nama  yang kau anggap berunsur jahat, kau cop dia jugak jahat. setiap apa yang manusia buat dalam sehari2 ada sebab dan musabab dia sendiri dan agak leceh kau tau kalau dia nak terangkan pada setiap orang kenapa dan mengapa dia buat benda macam tu.

tapi O. kau pun tahu aku kan? aku tak kisah berkawan waima dia itu seorang penagih dadah. sebab aku rasa aku tak layak nak memandang orang lain kotor walhal aku pernah berjalan atas jalan yang hitam. walau aku cuba banyak kali nak bersihkannya, kotoran tu tetap masih ada sisa.

dan O, jangan pulak bila kau baca tulisan aku ni, kau rasa aku nak kondem kau gila2! hahaha, aku bukan budak2 bro. aku bukan.

aku beruntung dapat kawan macam kau. kau di lahirkan dalam masyarakat yang menekankan tentang agama kita. agama kita jangan sekali2 di cemari. itu yang kau pelajari.

aku pula. anak yang membesar dalam pemikiran yang terbuka kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. menghormati manusia yang tak kira agama, budaya dan adat itu sudah sebati dengan darahku dan ibuku banyak kali tekankan aku, jangan menilai manusia itu dengan sebelah mata. tapi selami cara hidup dan sekelilingnya.

oleh itu, Allah telah temukan kau dengan aku. anak yang kurang agamanya dan terima kasih O, kau ternyata sahabat yang bukan mahu heret aku ke dunia sahaja, tapi cara kau mahu kita bersahabat hingga akhirat. ko terharu tak dengan apa yang aku kata ni?? hahaha

satu je pesanan aku. cuba buka minda kau kalau berjumpa dengan orang lain. Iya. Luccifer itu setan. kau tanya aku kenapa dia guna nama itu bukan? entah, aku tak tahu. tapi apa yang aku tau...

nama yang dia guna itu perlambangan hidupnya. tentang apa yang pernah dia alami. tentang sakit yang mungkin dia tak dapat nak lukis, hanya cukup dengan 1 nama, dia cuba buat kita faham dan mengerti, hidupnya dulu mungkin penuh dengan setan manusia.

ada kwn aku kata, dia ni memang nampak macam orang gila di dunia luar, tapi orang tak tau, dia anak yang sangat sayang mak dia! :D

aku anggap Luciffer itu seperti abangku. ya, kenal hanya depan skrin pc/laptop. mana mungkin mahu jadi abang? ahh..kau tak tahu apa itu kasih sayang kawan. kasih sayang itu rahsia Allah. kau takkan tahu. Luciffer / Matahari ibarat abang yang mengajar aku tentang kemahiran hidup. Bro Bijen dari Nota Siku pula ala2 abang yang mengajar aku pendidikan islam. :D

dalam dunia siber, aku buat blog bukan takat nak orang baca apa yang aku tulis. bukan takat nak tampal2 iklan nuffnang nak dapat duit. bukan takat nak letak gamba muka aku sebesar skrin nak carik boipren.

tapi sillaturrahim yang ikhlas itu penting. :)

dan ya, jangan judge manusia yang kau tak kenal.. kata orang tua2, tak kenal maka tak cinta! ;P




.: ajar diri tuk terima orang seadanya dan kau akan di limpahi kasih sayang yang kau takkan pernah bayangkan. :) :.



habis taip entry ni d CC yang CPU xley nak cocok Pendrive, aku bantai layan lagu pebret akuh. haha

makes me wana dance bebeh! :D

11 comments:

Anonymous said...

hehehhe..tul2..jangan pandang pada nama..sebab nama samaran yang dia gunakan tu, maybe melambangkan diri dia..cam saya, kenapa guna Hasr_Zero..haaa..tu sy je tau..hahahaha

tapi, ape2 pun, dalam islam, kita sepatutnya, menggunakan nama2 yang baik kan.. :)

Lee Zha said...

hasr : haha bkn nm dlm IC bro, rsnya ok. :)

. said...

Lucifer/matahari..papa kmk nk?
ouh! makin pemes owg tua ya....

hikhik

P/s; mun tukar setting komen popup,blh sik? huhuhu

Anonymous said...

kmk melanau, bukan melayu. duluk atheist, kinek tok islam.

hehe. laju2 dapat kerja k, tedah kitak.

HEROICzero said...

kau sudah kata semua nya. =)

kadang2 kita perlu lebih open minded. bukan open minded seperti, "hai, awak open minded x?" atau, "u ni nakal tak?"

open minded bermaksud, matang. luaskan pandangan. usah jumud.

'kamu bisa pandang aku liberal, sedang aku lihat kamu paranoid.'

=)

± said...

pertama kali aku masuk blog luc, sub-domain blog memang sesuatu yg eye-catching. ok.
baca isi blog, walaupun tak semua. kagum.
manusia memang tak lari dari salah sangka. kadang2 kita terlalu lurus bendul dan tak mahu berfikir di luar kotak. tu pasal ada quote ‘READ BETWEEN THE LINES’

zha, aku nak request pop-up komen box bleh?:}

Lee Zha said...

korang ni memang gatal la..aku buang intense nak pop up g...grrr~

911!!! sila bertindak segera!

hahaha

Lee Zha said...

niz : papa jahat. hahaha pemes. sikit hari lagi adik kicik..itu appa matahari..sammmma tinggi itu ramli saripdol. hahaha

mata2 :alhamdulillah. keja? kenak? mok mek hari2 on blog ka?? hahaha

HERO : hai bang..abg nakal x?? hahaha

dark : ko ni request mcm2..slipar jamban aku tanak lak request. hahah

± said...

aku nak request slipar jamban jugerkkk XD

lagi satu, off word verification skali..hehe

grrrrr..

Lee Zha said...

gatallllllllllllllllll!

pesal ko x gtau 1 package skaligus??

marang perapu marang mambang tanah ar ko ni!

Anonymous said...

ha ha ha ha ha.




baru mok padah