Monday, February 21, 2011

Mentaliti Yang Murah : Part 3

Lokasi : Blog-sepier


wey..ko follow blog dia tu! dia tu geng2 abang B la! pesal ko ni??! lalang ke?!

hey..blog dia tu geng shawl2..ko pun sama ke? blahlah..tak yah tunjuk bagos...

ko baca blog sinis ni za?? ko tak rasa pemikiran dorang menyimpang banyak?? tak suka aku..dah2 la, tak yah baca..

blog ko ni semua jenis manusia ada ek?..ko ni memang talam 2 muka agaknya...heh...

aku newbie. ya aku newbie. seorang newbie harus jadi lalang. oh! siapa kata? Kau? oh..patutlah, kau rasa kau dah 'otai'..



ehem. dulu, waktu skolah, besfren aku gaduh dengan junior aku yang mana pengawas, aku lak pen. ketua pengawas.

aku tau dorang gaduh sebab ada orang bagitau, dari jauh aku nampak dah ramai budak keliling dorang. dan aku nampak ketua pengawas aku cuba nak leraikan dorang tapi makin bertambah student ada lak.

10 langkah lagi aku nak sampai kat dorang, suma terus bersurai. sebab aku dengar ada budak sebut nama aku, terus masing2 bukak langkah. sampai sana, ketua pengawas je ada. aku tanya, pesal tak larang? jawapan dia senang, dorang tak takut aku, tapi takut kau je!

antara bestfren dengan pengawas aku sendiri. ko rasa aku marah siapa? pengawas junior tu pulak memang aku dah kamcing an dia, dah macam adik. bestfren aku pulak, memang bestfren gila2. trouble maker, tapi aku tetap sayang dia.

 aku siasat, tanya. pesal gaduh. sebab? just sebab bestfren aku nampak junior aku ni jeling dia. wadda.. JELING je kot! bodoh. aku panggil 4 dorang lepak dengan aku. aku marah empat2 sekali. berus otak empat orang tu, sampai clear.

depan aku, aku suroh memasing luah apa tak puas hati, and last aku suruh berdamai. then ketua aku tanya. dah settle? terus nampak cikgu disiplin jalan kat aku, tanya, siapa gaduh? aku wat muka toya, tanya dia balik, siapa yang gaduh?

otw balik kelas, ketua aku membebel. bukan dia tak nak larang, tapi tak ada sorang pun yang dengar cakap dia. dorang tak takut dia, tapi takut aku. hell. aku tak rasa dorang takut aku, dorang hormat. bukan takut. takut dan hormat tu dunia yang berbeza.lain tu.

dalam dunia realiti, aku tak suka nak ikut kepala orang. dia-dia. aku-aku. dia benci kau, aku pun kena benci kau. budak2. ptff..

sama jugak dalam dunia blog. ada kawan aku yang tak suka sorang blogger ni, tapi aku tetap follow dia, why? sebab aku follow dia sebab tulisan dia aku boleh hadam. memang tak semua yang dia kata betul, yet..dia bukan malaikat ok, dia manusia, so tak semua dia tulis betul, tapi ada sesetengahnya aku suka.

takkan sebab kawan aku tak suka, aku pun tak suka membabi buta? oh pewliss...grow up ok!


orang yang bodoh saja mahu ikut sama...

yang membaca, dan menghadam ialah aku. sebab tu aku letak dia dalam bloglist aku. kalau orang tak suka, apa aku kisah? bukan aku letak sana suroh orang baca, tapi untuk aku baca, kan?

tapi budaya yang aku tengok skang ni bila ada blogger yang dah rasa diri dia up, masuk blog aku, tengok siapa aku follow, mula cop aku talam dua muka. ahh..just sebab aku follow ko, ko nak aku salirkan kebencian sama pada orang yang kau benci tanpa usul periksa?

gila. tak pro langsung. aku akui, salah sorang blogger yang aku follow ni pernah troll kaw2 kawan aku, bukan main tapis2 tapi terang-terangan siap bagi link gi blog kawan aku and kawan aku tu LELAKI. bukan girls ek. but yet, dia tau aku follow manusia yang dah troll dia, dia tak de pulak suroh aku unfollow blogger tu.

itu namanya MATANG dan PRO. 

dalam hidup ni, ko pergi mana2 pun, kau nak orang hormat kau. mesti bengang bila ada orang menganjingkan ko padahal ko tak tau apa2. still, ko nak orang yang baru kenal ko, untuk hormat ko, kan?.

so please hormat pendirian masing2. jangan ingat bila orang tak menganjing orang yang ko benci, ko rasa dia pun talam dua muka.

dan aku tak rasa, bila aku hormat orang, aku perlu ikut semua yang dia kata, dan angguk setiap apa yang dia buat. angguk2 geleng2.

orang suruh angguk, kau angguk. orang geleng, kau geleng. makan taik mahu?

dalam dunia ni, orang suka tuding jari kata 'dia tu tak reti hormat orang'...well..cuba tanya diri sendiri skang, ko tu layak di hormati ke?...

bak kata E, blog malaysia ni tak besar mana...pusing2 jumpa jugak...

kalau orang yang memang teliti, boleh rujuk blog list aku. ada blog yang baru aku buang pagi ni, sebab dia seorang penulis yang aku rasa mula 'up' dan entri dia membosankan aku. kenapa? dia asyik ulang isu2 hangat yang sudah lemau..

dan ya..aku rasa dia bukan seorang yang cool tetapi sensitif dalam erti kata lain, mudah butt hurt. ha ha ha ha





.: ini contoh penulis yang MATANG  dan PRO.  :) INI dan INI :.

1 comment:

tengkorakemas said...

aku yg tersilap atau kotak komen intense yg tak keluar?ke dah tukar?

aku cuba bayangkan keadaan pergaduhan dan kedatangan ko..wah..mcm dalam filem :) walau apa pun perasaan mereka, bg aku ko punya pengaruh yg tersendiri hehe