Saturday, February 12, 2011

KELANTAN TAK ADA APA2!

kalau korang perasan kat bawah tu, aku ada post entri tentang mintak pendapat masing2 apa yang korang tau bout KELANTAN. tak kisahlah dari segi hapa pun. aku buat entri tu bukan suka2 buang boring yang, tapi aku nak tengok perspektif korang.




dan aku dah lama tengok entri Hellioz bout Kelantan, meh klik SINI lau nak baca. itu berdasarkan pengalaman dia. korang nak marah? Rilek2, sabau. lepak lu, baca apa aku nak habaq kat ang. meh sini meh.

apa yang aku tulis ni based on aku punya ekspiriyen masa lepak kat Kelantan. 2 kali. dua2 untuk trip kelas akulah. masa 1st tu, trip yang lect nak kitorang rasa macam mana hidup dalam dunia orang lain, dan buat jurnal based on expirience sepanjang lepak kat sana.

ok. as a newbie kat Tanah Malaya (orang Sarawak gelar Semenanjung tu Malaya, klasik aite? :D), aku lom pernah sampai Kelantan tapi dalam kelas aku ada 5 budak Kelantan. before aku sampai kat Tanah Malaya tu, aku dengar macam2 pasal Kelantan dari pak cik aku, dan banyak lagilah aku dengar yang orang Kelantan ni macam2.

peel yang paling obvious ialah dorang ni tak lepak and tak kawan puak2 luak dari orang Kelantan. ini dari pengalaman pak cik aku yang pernah sekolah kat sini dulu. dari apa yang Pak Su aku pulak gitau (Pak Su aku ni orang Kedah, n dulu kerja army kat Miri ni), lam army, puak2 Kelantan ni memang lepak an puak2 Ganu je.

So, memang geng2 Kedah yang memang kamceng dengan geng2 Sarawak (siap badan tatu2) memang xley ngam an dorang ni. Geng2 lain macam Kedah, Johor or apa2, boleh je masuk geng mana2 tapi memang Kelantan dan Ganu wat hal dorang je.

ok. itu yang aku dengar. tapi aku tak hadam. aku 'hidu' je semua info tu. tak telan lagi.

sampai kat Uni pulak, 5 orang budak2 Kelantan lam kelas aku ni suma cik mek molek, xdop jatey pun. tino sumo. dari apa yang aku lihat dari 3 tahun an dorang, dorang generasi yang dah pecahkan tradisi "Puak2 kita je". 

kira dorang ni dah berfikiran terbuka nak terima kawan luar dari 'puak negeri'. ok, itu sudah bagus.

kedua, tak di nafikan yang ada antara 5 orang ni culture shock. tudung 'terbang' tu kira dah normallah.aku pun malas nak kisah.

tapi, salah sorang dari dorang ni selalu cakap Kelantan ni mundur. xdop gapolah. bla bla bla bla. kira yang xbest2 la. xda panggung wayang. tak boleh itu. tak boleh ini. macam2. ok, yang ni pun, aku 'hidu'. xtelan dan tak hadam.

prinsip hidup aku, takkan caya selagi rumors2 berkuasa negatif ni tak nampak dengan terlihat oleh pancaindera aku sendiri.

so, tibalah masa kitorang nak g trip g Kelantan, 2008. before trip tu jadi pun dah banyak sok sek sok sek tak nak pergi. alasan yang di bagi pun bodoh2.


aku takut kena rogol..

boleh jamin ke selamat??

alamak...Kelantan tak ada apa doe, buat apa nak gi sana?? aduhh..tak sukalah...

aku dengar tak boleh pakai jeans pergi sana..dah tu nak pakai apa?

wey...aku takutlah kena bomoh2 kang pulak..serius aku tak nak wey...

ni sedap lau dapat yang fresh dari jamban...haha

heh. tu semua alasan manusia yang konon 'aku budak bandar, tak biasa hidup susah'. kimak. pergi cermin muka! KL tu dulu pun Lumpur aja ada ok! semua yang ada skang ni, asal dari kampung. tak yah nak act 'im so geli masok kampung'.

ngaku jelah korang tu takut nak hadap isu sebenar, 'korang takut susah, em i rite?'. pelis, jangan buat perangai diva, aku ludah kang.

tu semua manusia yang dah telan, dah hadam tentang info2 yang dorang dengar tentang Kelantan padahal dorang tak pernah pergi. Nampak tak macam BODOH kat situ? macam mana kau boleh telan dan hadam benda yang kau tak tau asal usul??

Lect aku masa tu yang tengok suma2 kerenah cosmate aku yang agak gampang just senyum. heh. memang itu tujuan orang tua berjanggut putih tu. dia bukan saja2 nak buat trip. dia bukan saja2 nak pilih Kelantan. tapi dia nak ajar 'anak2 manja kota' tentang erti hidup susah!

bila sampai kat Kelantan, aku senyum. aku nampak apa orang tak nampak. heh...rasanya mana2 yang dah hadam dan berak info bodoh2 yang dorang terima tu rasa taik yang dorang berak dah kena muka balik! padan muka!

personally. aku suka Kelantan. even aku tak lepak lama, xsampai 2 weeks (campur dua2 trip), Allah bukak mata aku, untuk nampak apa yang 'cantik' kat Kelantan.

orang kata Kelantan mundur, orang kata Kelantan taksub agama, orang kata Kelantan bahaya, orang kata Kelantan...suma benda2 yang buruk.

1 benda yang buat aku buka mata dan aku telan dan hadam. masa tu aku kat rumah mak angkat, masa 1st trip. datang sorang pak cik posmen. sambil lepak kat tangga umah dengan Mi (mak angkat aku), kitorang borak2 dengan pak cik posmen tu.

pak cik posmen tu pulak, fuhh, aku rasa advance. dia interview aku, ala2 nak jadikan menantu pun advance. tapi memang dia nak kenen2 anak dia an akulah, tapi cara dia tu wat aku tekejut.

selalu orang tua, lau bekenan nak buat pompuan as menantu, mesti tanya pandai masak tak, pandai buat kerja rumah ke, budi bahasa bla bla bla. ini tak. dia interview POINTER AKU NIH! SETIAP SEM OK. hahaha bila aku cakap, pointer ehem2, lebar senyum. siap kata 'anak pak cik ada sorang kat uitm s.alam. kat uitm klantan ni pun ada. lau senang2, boleh la jumpa ye'.

hahaha! aku dah dapat izin nak dating tu! hahaha tanya pointer! waaaaa~ cara tak cara! aku bet, DATUK pun lau nak kawenkan anak dia, tak akan tanya pointer, pi tanya keluarga pangkat apa. Tan sri mana, Dato' mana?

lepas pak cik tu beria, Mi aku potong, dia kata, masih belajar, bia keje dulu. hehe, tengs Mi. then aku tanya Mi bape no lot umah ni. Selamba badak orang tua tu jawab "xdop lot la umah Mi ni zha..."

ah sudah...lau xda lot, camne pak cik posmen tu tau nak anta surat kat mana??? "dio doh tahu, setiap namo famly, mak pak, anok2, lau tengok namo dekak surat tu dio tahulah nok g anta kat mana"

kereeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnn deh! siapa tau mak,bapak,anak,datuk,nenek! imagine je lau lam 1 umah tu, ada 7 orang. lam setiap kampung, ada 100 umah, sama dengan 700 nama manusia ko nak ingat. tu baru 1 kampung Jeram Pasu. kampung sebelah gi?? huh. posmen kau ada?? xda...Kelantan je ada. haha

bila sampai bandar/pekan...sumpah. aku tak tau apa yang 'mundur' kat situ. bagi aku la, lau betol2 mundur, takde kedai2, takde pekan2, bandar2. so, apa yang tak cukup kat Kelantan ni?? Apa??




Then aku dapat jawapan.

Masalah utama orang Kelantan ni, datang dari orang Kelantan sendiri. pemikiran yang cetek sangat. KLCC = membangun. MONOREL = maju. wadda...hell?

Bagi akulah, orang Kelantan ni kena buka mata dan minda. Jangan bila sampai KL, korang asyik nak bandingkan KL dengan Kelantan. well babe, KL tu hapa?? IBU KOTA. sampai mampos pun kau takkan dapat Kelantan macam tu. sama jugak Negeri lain. Macam Johor, maju, tapi boleh celen ke dengan Kelantan? Of coz not!

Kelantanese shud be proud, the real 1Malaysia to me, is Kelantan. even Pak-Najib-Bini-Rambut-Elvis kata Sarawak is the true 1Malaysia, tapi bagi aku yang duk kat sini, dan lepak kat Kelantan even di izinkan Allah kejap je, at least aku 'nampak', aku tak buta. 

why am i saying that??

contoh paling senang. gi Kelantan. cari Apek tua. cakap cina ngan dia. tengok dia jawab apa dengan kau. then, gi lah mana2 kat Msia ni, cari Apek even kat Miri, cakap Bahasa Melayu kat dorang, tengok dorang jawab apa.

don't you get it guys??

That is the real fucking 1Malaysia ok! Orang cina ke, india ke kat Kelantan, ada dorang guna bahasa lain? ada? Tak...siap tak tau cakap cina adalah! aku tau sebab dulu aku ada cikgu cina, orang Kelantan. Very da vass clozz with him. aku siap panggil dia Ayah, even dia gi muda. nama, Cikgu Sick Hua Mee. ok2, first, dia bukan keturunan 'sakit', dia sihat wal-afiat. hahaha sowey ayahhh~~ :D

dia cakap Melayu dah fluent. tak ada slang - lu gua - talak pigi - manyak mahal - takdee...cakap cina pun Ayah tak reti. but cuba kau pergi tempat kau sendiri, tak kisahlah ceruk mana lam Msia ni. cuba kira bapa kerat bangsa lain boleh cakap Bahasa Melayu yang betul2 kaw2 punya?? bapa?

lau setakat wayang kulit ke..dikir barat ke...hey, tu sapa punya? oh..Melayu. eh, kenapa orang kat Kelantan suma pandai main?? dah tak dapat beza kaum mana2.

memang Swak, budaya kitorang, orang ngajat ke, joget ke, suma kaum masuk join. tapi bila bercakap?? aduh..pelik...pelik bila dalam IC, WARGANEGARA MALAYSIA, tapi xreti cakap bahasa melayu. macam mana tu?

khas tuk budak Kelantan, tolong hargai apa yang korang ada sekarang ni..buka minda, buka mata, buka hati. jangan korang fikir tentang bangunan tinggi2 je, hell ya, akhir zaman nanti, suma tu dah tak guna babe! kau berperang pun guna kuda,panah dan pedang! 

so peeps out there, tolong ubah perspektif korang. tolonglah matang! tak kiralah kau orang Kelantan atau bukan, terapkan pada diri, 'takkan mudah percaya khabar angin selagi tak tengok sendiri'. please la. korang pun akan bengang, kalau orang kata korang macam2 padahal lom kenal korang. kan?



bak kata orang, 'tak kenal, maka tak cinta'. ceewaaahhh! hahaha..helli tu saja je tu bikin panas, nanti de awek2 comel Klatey komen, dia sebat la...jangan percaya taktik dia tu gadis2, tu cara dia nak ayat korang. hahahaha





.: only human that use their brain is a 'people'. :.




...

4 comments:

Lan0v1 said...

Salam, wow !!

Payah nak jumpa blog yang puji pasal ore kelate =)

Biasa stigma masyarakat
Kelantan=assabiyah=pembangkang=mundur

Memang diakui Kelantan mundur dari segi pembangunan fizikal tetapi dari segi nilai masyarakat masih lagi ok. Kenal saudara, jiran sebelah.

Tapi yang kata orang kelantan berpuak-puak ni betul jugak. Bila pergi mana-mana mesti cari orang kelantan. Walaupun tak pernah kenal tapi disebabkan bahasa sama, senang nak ngam. I believe Kelantanese will be better if they go and see outside world because yang jadi masalah bila orang kelantan tak pernah ke luar kelantan.

I got many friends which are not Kelantanese but they are really kind of me, including one from Sarawak!!

Maybe people see kelantan negatively because of politics yang telah disemai ke dalam minda. Nak tergelak jugak bila ada kawan cakap dia x boleh kawen orang kelantan sebab orang kelantan jahat-jahat. COme on la, kat mana-mana pun ada orang jahat. Haha

Tu saja. Hopefully I got the chance to go Sarawak next time..best la baca your blog..

Unknown said...

huhuhu... sape ckp org Kelantan berfikiran mundur.. kitorang x penah rasa negeri kami ni mundur.. malah sekalipun abg najib ckp kelantan ni negeri termiskin,, kami rakyat Kelantan ttp bangga dgn negeri kami!! sekurang2nya agama kami masih terjaga dgn baik.. budaya kami masih dikekalkan.. ni pembetulan untuk entri ni.. yg ckp Kelantan mundur, bkn org Kelantan.. mustahil org Kelantan nk kutuk ngeri sndiri... sbb org ckp Kelantan mundur adalah krn kuasa pngaruh dr kerajaan Malaysia yg bngang nk burukkn Kelantan hnya kerana Kelantan ni negeri pembangkang... sbb tu la org Kelantan nk undi kerajaan..

byk dah aq jumpa entri yg membincangkan psal org Kelantan nie.. ada yg baik dan ada yg buruk.. yg buruk tu jenis yg dpt bnda terus telan tu laa...

ziEma Ghazi said...

:-)

Lee Zha said...

Dengan nama Allah,

kawan aku asal KB yang cakap depan mata dan telinga aku sendiri yg Kelantan xda apa2.

Soalan aku, apa faedah aku buat cerita?

Kau kena ingat bro, tak semua orang Klantan hargai apa klantan ada. Ada je yg dah berpatah arang.