Thursday, February 10, 2011

Hanya Yang Pernah Sakit Tahu Apa Itu "Sakit".

membaca dua blog ini, Sang Mentari dan Yang Menghantui buat aku selalu terdorong masuk ke ruang dulu. ruang yang aku cuba tutup rapat pintunya. walau habuk dari ruang itu pun kalau boleh aku tak mahu ianya keluar dari celahan pintu.

sakit. itu yang pasti.

kisah aku, Sang Mentari dan Yang Menghantui pasti berbeza tapi kesamaan pernah merasa apa itu "sakit" mungkin sama.



aku lebih suka menulis sesuatu yang pernah aku lalui. itu juga persamaan kami. cuba mengalirkan rasa sakit dari tarian jari di atas keyboard.

tapi sering kali ada manusia yang akan wujud dan menyatakan "aku faham apa kau rasa...."

ia..dia mungkin mahu aku, dia dan dia berkongsi dan merasa lega bahawa ada orang yang memahami. tapi hati aku tetap mahu bertanya pada yang berkata demikian, "kau pernah lalui apa yang aku lalui?"

kalau jawapan kau "Ya", tahniah. kita punya rasa yang sama. 

kalau jawapan kau "Tidak", baik kau lari, sebelum aku ludah.

aku jarang mahu menjadi manusia yang sinis. tu di luar sana, dengan manusia yang membesar dengan aku dalam setiap masa dahulu hingga kini tahu, aku manusia yang berterus terang, tapi sinis aku hanya manusia yang pernah buat taik pada aku.

tapi sifat sinis itu cepat keluar bila ada wujudnya manusia seperti di ayat MERAH di atas. aku rasa ruangku seakan tersekat. dada sakit. sempit. oksigen juga rasanya seperti tidak mahu singgah.

oh tolong! jangan bilang ayat cilaka itu pada aku! sakit itu hanya akan kau faham kalau kau pernah HADAM sakit itu. jangan cuba mahu menjadi manusia yang 'nice'! aku tidak perlukan manusia being 'nice'.

mungkin sebab itu aku susah mahu meluah rasa sakit pada sahabatku. maaf sayang, bukan bermaksud aku tak percaya kamu. bukan juga bermaksud aku tak rasa kamu penting, tapi fahamilah, aku tak mahu rasa sakit aku di kongsi oleh orang yang aku sayang!

aku lebih selesa berkongsi rasa sakit dengan manusia2 di dunia maya. kerna aku tak perlu melihat ada pandangan kesian dalam mata mereka yang dalam. itu sebab utama. pandangan serupa itu membuatkan aku rasa hidup makin cilaka.

aku selalu pujuk diri, walau apa yang jadi, ada hikmah. aku harus bersyukur ketika sakit. kerna aku manusia yang alpa. alpa bila hikmah yang tiba, aku lupa mahu bersyukur. jadi, sebelum terlupa, aku akan bersyukur dulu. itu kekuatan.

cepat atau lambat, aku tak kira bila hikmah itu tiba, tapi aku yakin kuasa dan janji Allah itu tetap ada.




.: kun faya kun :.





...

No comments: