Tuesday, January 18, 2011

Tak Puas Hati

dalam diri manusia biasa ni, banyak sangat yang tak puas hati. tapi itu normallahkan..tapi jangan lak sampai peel tak puas hati tu menutup mata dan lidah untuk berfikir. kenapa kita tak puas hati? kenapa? kenapa aku kata menutup mata dan lidah?




yelah..mata untuk tengok. lidah untuk ucap syukur. faham? kadang2 kita sengaja tutup mata kita dari tengok benda2 yang akan membuatkan kita rasa kita patut berpuas hati sebab hidup kita lebih baik dari orang lain. tapi kitakan dasar degil. masih tak puas hati. selagi tak dapat apa yang kita nak, selagi tu kita usaha NAK jugak.

bagi aku, orang yang sentiasa tak puas hati ni, cepat tua dan bosan.

orang dapat awek cun, dia tak puas hati.
orang dapat pakwe kaya, dia tak puas hati.
orang asyik makan, dia tak puas hati.
orang beli dslr, dia tak puas hati.

mr google


selalunya, orang yang tak puas hati ni dalam diri dia ada sifat dengki yang dia tak nak ngaku. konon la tadi tengok orang bawak dslr ke hulu ke hilir nyemak. poyo. nak menunjok. alahai...so childish. senang cite, suma orang buat salah kat mata dia.

sifat dengki ni timbul bila apa orang ada, dia tak ada. kalau di fikir2kanlah, setiap manusia tu ada sifat dengki dia. tapi kena kawal guna otak. itu gunanya otak. bukan otak tu untuk ingat jawapan2 exam je ek, tapi untuk berfikir di luar kotak kehidupan.

samada korang perasan atau tak, manusia yang selalu tak puas hati ni mesti de kaitan dengan kebendaankan? kenapa ek?

kenapa dorang tak rasa tak puas hati bila :

tengok orang berduyun pergi masjid.
bila budak umo 5 tahun dah khatam quran.
bila suara adik dia merdu berzikir.

kenapa? kenapa? kenapa?

kenapa dia asyik tak puas hati dengan perkara2 yang de kaitan dengan kehidupan dan bukan bekalan agama?

kenapa?

jadi..soklan aku, layak ke orang macam tu korang jadikan idola. berkawan tak salah, tapi jangan sampai sifat dengki dan tak puas hati yang tak reti padam tu korang ikut.

kalau tak puas hati sal orang naik haji, aku bangga la jugak dengar. yelah, at least lam diri dia akan ada usaha tuk lengkapkan rukun islam sebelum mata terpejam.

kena ingatlah, tak semua apa yang kita nak akan dapat. tak semua. tapi kena ingat, setiap yang jadi tu ada sebab yang kita tak akan nampak. at least, kita takde dslr pun, kita tak duduk negara yang tiap2 minit de bunyi bom.



rite? jadi..hapuskanlah sifat tak puas hati tu. kalau ada, sederhanakan. jangan lupa ucap syukur. kena sentiasa ingat, bila kita kata kita tak puas hati dengan hidup kita, orang kat luar sana beribu batu akan sanggup tukar tempat kita kalau boleh.

tak mustahil akan ada yang kata hidup kita walau banyak yang tak puas hati, 10 kali baik dari hidup dorang. please, jangan tutup mata, mulut dan akal dengan sifat macam ni. kalau tak...sampai bila pun kita takkan tau dan reti apa erti 'syukur'...



.: nak awet muda? tak yah makan jamu. tak yah minum madu. janji hati senang dan tenang. 'awet' tu sendiri akan terpancar dari hati ke muka. tak caya? cubalah! :) :.

2 comments:

MATAHARI said...

serius. aku suka dengan post ni. tbaikk.

Lee Zha said...

againnnn..u talking2 lepeh with me...hahaha

potong 10 markah! :P