Saturday, January 22, 2011

Selamat ke Status Facebook Kamu?

facebook. fb. facebook. fb.

oh, tak tau fb tu apa, takpa..aku takkan kutuk kau kolot atau mundur sebab kadang2 tak semua manusia bernasib baik kenal apa itu internet sekalipun. pergi ke google, taip Facebook.

ok. aku tau, macam blogger jugak, apa yang kita tulis pada status/post di facebook adalah hak Tuan Tanah. Tuan empunya fb. tapi 1 benda yang kau harus fikir dan ingat sampai bila2.





zaman sekarang, tak semua anak2, adik2, abang2, kakak2, mak2, bapak2, pakcik2, makcik2, nenek2 dan atok2 dan kazen mazen de BLOGSPOT.

tapi hampir semua ada FACEBOOK.

aku yakin dalam fb korang, fren list bukan setakat KAWAN, mesti ada yang add famly dan kawan2 yang kamcing gila.

katakanlah, korang buat status tentang nak meluah apa yang ada dalam hati, ko baca balik atas tu dan kemudia jawab soalan aku ni.

ko rasa selamat tak apa yang kau post tu?


selamat di sini ialah kau rasa apa yang kau post tu tak akan mengguris mana2 pihak tak sebab hal yang kau post kadang2 terllau peribadi dan rasanya tak perlu nak post.

aku tau, ramai orang susah nak meluah perasaan dan masalah pada orang sekeliling, tapi dengan post dekat fb, tak ke orang yang kenal kau akan baca dan tak mustahil ianya mengundang aib.

memang fb ialah hak masing2 tapi bagi aku, kalau terlalu peribadi kadang2 tak perlu nak post.

sini aku bagi contoh :

a ) aku tengah kencing ni..pekat pulak kalernya. 

b) hahaha sapa suroh cari pasal dengan aku kat sekolah, kan dah kena tarik bra sampai putus, esok pakai bra lagi ek.

c) aku dah bercerai. aku tak ada laki lagi dah.

d) macam sial jantan tak guna! kau curang dengan aku. memang sial.

e) sayang awak jugak. muwah2!


ada benda yang boleh kita kongsi ada benda yang tak. so berpada-padalah. mungkin kau rasa ianya untuk berkongsi rasa, tapi fikir baik2 siapa yang ada dalam senarai fren list fb kita.

kadang2 macam bodoh pun ada. sebab tu sekarang aku malas nak lepak kat fb. macam2. dan sekarang aku tak heran kalau orang kata punca pergaduhan, perceraian di sebabkan fb.


kuasa internet boleh memakan diri kalau kau tak kawal.

ingatlah, kalau korang taknak fikir pasal maruah sendiri, fikir maruah ahli keluarga yang korang add. malu ke tak nanti bila tengok korang macam tu?.

dan kadang2 aku pulak yang rasa malu dan tak selesa bila baca status yang ada. memanglah status tu tak 'menyentuh' diri aku sekalipun tapi seolah2 kau 'menelanjangkan' diri di kalayak ramai. kalau korang jumpa manusia yang tiba2 bogel di depan mata di khalayak ramai, kau rasa apa? suka? sungguh, aku tak selesa.

sebab tu aku lebih senang luah apa aku tak puas hati pada blog. tak semua orang ada blog dan memang tak di nafikan kuasa penyebaran blog lebih kurang sama dengan fb tapi..tak semua orang ada blog.

jangan asyik fikir - fb aku, suka hati aku lah nak post apa, yang kau sibuk kenapa?-

well hell ya aku kena sibuk! sebab menyemak mata aku je. bila aku delete karang, mulalah buat drama pada wall :


eh..kenapa delete aku? ko benci aku dah ke? apa salah aku??.....


ahhh...hidup aku memang tak lari dari manusia yang suka berdrama. bosan tau tak? kalau mahu luah emosi juga, mari buat blog.

luahkan pada orang yang tak kenal kau. selamat lagi. selamat dari membuka aib sendiri dan orang lain. :)

1 comment:

deCrewz said...

Sekarang dah x selamat lagi.. Gambar yang cun2 tu jagalah sebelum dijual jadi gambar lain..hu3