Monday, January 24, 2011

Tak suka!

semalam, aku ikut abang aku pergi skolah rendah. entah, abang aku kata cari orang. sampai dekat court basketball, abang aku suruh tunggu situ. dia lari2 pergi blok skolah yang di belakang sekali. ya, blok tu satu-satunya blok lama dan masih kayu.

aku toleh tepi. ada seorang lelaki botak berdiri tak jauh dari aku. kawasan sekolah lengang. yelah, hari cuti. tiba2 abang aku lari ke arah aku. dengan seorang lelaki.



"lariiiiiiiiii!!!!!!!!", abang aku jerit.

aku blur. siapa dengan abang aku tu?? eh..siapa yang mengejar dengan parang tu?? belum sempat aku lari, lelaki berparang dah sampai dan arahkan aku, abang aku dan orang yang sama berlari dengan abang aku tadi ikut dia.

entah macam aku dan abang dapat larikan diri pergi belakang blok kayu!

gila! dalam kampung ni takkan orang kampung langsung tak sedar ada orang berparang di sekolah! padahal rumah dan sekolah dekat2!

aku toleh2 jenguk dalam kelas. suma orang muda! tapi kenapa dorang ada parang jugak??!

abang aku cuba gunting pagar, nak buat lubang supaya kami boleh keluar. tiba2 ada orang laki berparang depan pagar!

cilaka! dia tak bergerak. cuma kami menjauhkan diri dari situ. mahu lari. mahu balik rumah. tapi macam mana?

makin ramai yang berparang datang. aku ambil, lawan. aku serang hendap mana2 yang duduk tepi tingkap kelas. ahh sudah, ada pistol yang melayangkan pisau!

gila. aku tak pernah bunuh orang. aku tak pernah tengok banyak darah! aku cuma ingat mahu pulang! pulang pada mak! ya, pada mak!

serang hendap, bunuh. pisau sipi kena aku. entah macam mana pistol pisau boleh ada kat tangan.

lepas tu...



entahlah...aku cuma ingat mimpi aku sampai situ. :D tapi mimpi yang buat aku benci. aku tak suka perang2. aku tak suka bunuh2. dan aku paling tak suka DARAH! even dalam mimpi jadi hero.


boleh tak mintak mimpi malam ni lagi indah :D

No comments: