Friday, January 21, 2011

Salahkan Masa Silam?

dulu. dulu.

kini. kini.


tapi..walau aku telah berpijak kini-kini, aku tak takut macam kau nak toleh ke dulu-dulu.

walau aku tau, dulu-dulu, lebih tragis dari kini-kini.

aku tak mahu ikut kata orang.





buang dulu-dulu. jangan ingat balik. pandang kini-kini dan akan datang.


dulu-dulu. kalau kau kenang. ianya macam hantu. akan menghantui keadaan kau kini-kini kalau kau masih mahu menoleh.



maaf. aku tak mahu dengar. ya. dasar budak degil.

aku tak takut.

aku tak pengecut.

aku boleh saja dengan bangga menoleh dulu-dulu dan mendabik dada bahawa kini-kini aku bukan yang dulu-dulu.

walau dulu-dulu masih meninggalkan jejak pada aku kini-kini, tapi aku tak pernah menyesal.

aku tak pernah mahu tuding jari pada manusia lain.

tidak sama sekali.

kerna apa?



kerna dulu-dulu dan kini-kini sekalipun..ianya pilihan sendiri. diri sendiri. diri sendiri.

jangan pernah tuding jari.

sedangkan ianya hanya akan menunjukkan pada aku...

bahawa kau manusia pengecut pada kesilapan sendiri.





.: singgah di blog Kura-Kura Jadian tadi. macam2 yang aku jumpa. macam2 Warna bak kata Matahari. :) :.

No comments: