Monday, January 10, 2011

Kahwin, Duit, Lelaki & Perempuan.

lau ikutkan, aku tak baik mood pagi nih. nak mencarut. tapi kalau aku mencarut sepanjang hari dan tak buang or kikis 'setan pemarah' tu, its not me. so, buang. tanam.

okeh bebeh. pagi2 dah blogwalking. yea..hampir suma blog klua isu pasal AJL malam tadi. haha ke-la-kar bila baca komen2. aku pun ada point of view sendiri, tapi biarkan AJL ni berlalu dulu, baru aku hurai. ok?

dan pagi ni, seperti biasa, untuk memulakan hari dengan lebih ceria aku bukak mukabuku. then aku baca blog2 'wajib baca' bagi aku tiap2 hari. dan aku tertarik dengan n3 Mista K tentang isu 'Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami'.

dulu aku ada buat n3 tentang kawen2 nih, klik SINI.

macam biasa, aku kalau jalan2 lam blog memang fav aku la nak baca komen2. ngeeeee~ sebab boleh nampak macam2 'colors'.

aku nasihatkan sila baca n3 Mr K dan n3 aku yang lama supaya korang tak miss apa2 pun.

kebanyakkan pengkomen blog Mr K ialah gegurl dan bila isu tentang gaji isteri lagi tinggi dari laki, banyak yang komen ala2 macam ni :

- ala..tak kisah pun..tak efek..rilek2 je dah la..hehe
- i tak kisah..janji dia baik hati dengan i..cukuplah..huhu


dan ada jugak yang komen cenggini :


- cari yang sekufu, sebab tu agama sarankan lau nak kawin pilih yang sekufu...

- gila tak kisah! dia laki, aku bini, memang suppose dia la tanggung aku kan!


hmmm..ok..aku bagi kumpulan2 ye. senang nak hurai.



kumpulan 1 : tak kisah. takde efek. janji halal.

dari segi 'halal' tu..aku sokong. tapi apa yang 'tak kisah' di situ? betul ko tak kisah? betol ni? owkey...kalau laki tu jual buah kat pasar malam atau jual ikan sekalipun betol kau tak kisah??? aku bukan menghina peniaga2 ni ek..cuma aku nak kejujuran dalam korang punya komen2. betol kau tak kisah?? atau 'tak kisah' di situ bermaksud 'tak kisah kalau laki keja gomen even gaji murah, janji keja lam ofis de aircond'?.



kumpulan 2 : aku kisah. mesti gaji laki lagi tinggi dari aku.

hmmm..yang ni, orang akan terus cop sebagai 'materialistik' tapi bagi aku, manusia macam ni agak..berani bersuara dan jujur. tapi kalau yang melampau 'materialistik' tu tak boleh jugak. orang macam ni berfikiran jauh. dia bukan takat fikir, duit, gaji, kawen! NO! tapi otak orang macam ni dia fikir, anak,sekolah, tusyen, rumah! dapat? dia berpandangan jauh tapi aku tak nafikan girls jenis macam ni agak 'ego' dalam benda2 berkaitan duit dan harta, dan tak mustahil dorang ni geng2 'mak dara'. sapa mak dara?? haa..orang tua kutuk tak sadar diri yang menghina KASSIM SELAMAT tu la mak dara. hahahaha

dan ye, golongan2 macam ni selalu kena tipu dengan jantan. sebelum kawin, sang jantan bagitau keja riban2..tapi lepas kawin baru tau poket nipis sebab bayar hutang berjoli masa muda...haaa~



kumpulan 3 : kalau dah jodoh. terima jelah. hehe..

ok. kumpulan ni pulak samada dia betul2 redha "atau" try nak jadi wanita solehah. yer..hahahaha, aku girls ok, so aku tau girls trick. nak nampak ala2 wanita melayu terakhir. damn! tapi tak semualah..kalau yang ada tambah2 ayat gedix tu..lu paham2 la bro, ada awek nak jual minyak sama lu! haha..

ok2..girl yang betul2 'jujur' an komen cenggini boleh di buat bini sebab jenis macam ni banyak yang nak hidup sederhana...nafsu 9 dia tu pun banyak yang dia tak guna..sebab bagi dia yang lebih penting ialah hidup aman harmoni dengan suami tersayang gituw...ahh..romantiknya~


kumpulan 4 : nak yang sekufu

ok. girls macam ni aku letak kat port2 bini 2 alam. 1 alam dia memang yang jenis rilek. 1 alam lagi jenis yang menggelabah. memang di tuntut dalam agama, lau kawin biar sekufu, tapi rasanya sekufu tu bukan bermaksud 'duit+gaji+harta' semata rite? kalau aku salah, tolong ajarkan aku.


rumah..penting ok. tapi kalau mampu. :)
sifat 'materialistik' dalam diri girls amat penting, sebab itu salah satu kayu pengukur kematangan dan bapa jauhnya pemikiran dia. tak semua, sesetengah je la kan. tapi, korang kena sedar, sifat2 macam tu perlu ada balance.

ada yang materialistik nak laki kaya sebab kuat shopping. itu bahaya. sebab apa orang nak, dia nak. orang kai shawl, dia kai shawl. orang kai baju kurung, dia nak baju kurung. opppsss...hee..

tapi 'kalau' girls tu materialistik dari segi dialog dia ' i nak u before kawen ada rumah, keta, baru u meminang i, lau tak, jangan nak mimpi'..tu bermaksud dia nak ada jaminan perlindungan dalam hidup. dia nak hidup dengan laki dengan cara hidup sendiri. bukan lagi bawah ketiak mak bapak.

ada jugak yang 'abang..ayang nak duit hantaran 30 ribu k...abang sayang ayang kan?..boleh ek?...' ok..berhati2 dengan girls macam ni. ni belum tentu dia 'cintakan' ko bro. mungkin dia jenis nak menunjuk2 dengan orang lain hantaran dia tinggi. lau ko kaya tak apa. tapi hidup ni, bukan untuk kawin satu hari je ye dak?? duit nak jugak guna tuk hari ke-2, ke-3, ke-4 dan bulan2..tahun2..lepas kawin. kan?

risau tengok hantaran yang mahal2..
so nasihat untuk kaum2 hawa, tau la awak..nafsu kita ni ada 9..tapi awak kena fikir jugak awak..laki skang dah makin 'pupus' taw awak..jadi jangan banyak songeh! jangan mintak hantaran tinggi2 semata2 nak beli emas.
 
kalau mintak hantaran tinggi sebab nak buat bisnes dengan laki tu tak ape lah ek awak..beringat2 taw awak..bunga bukan sekuntum..silap2 bf lari pinang marka len..menangis awak nanti.... ngaaaaaa~


pernah tak terfikir 1 hari nanti kita tak mampu nak sekolahkan anak?

dalam zaman yang serba mencabar ni, aku prefer laki bini kerja. tapi taklah semestinya bini kerja kat ofis jugak sampai anak tak ada orang jaga..kerja dari rumah pun dah cool kot! jadi blogger tegar. tak gitu? :D

yelah..hidup ni bukan takat blaja-kerja-kawin. simpanan untuk anak2 masa depan pun penting, skang ni ramai mak bapak bising yuran sekolah mahal. ni tahun 2011. kalau dah tiba masa kita nanti?? tak ke makin mahal??

so yang baru nak kawin, yang belum nak kawin dan yang gatal2 nak kawin tapi duit tak ada..fikirlah banyak kali sebelum memilih pasangan...jangan bagi aku kata2 ' cinta akan mengenyangkan ayang'...gi mampos..zaman skang lau tak de duit jangan harap nak happy...kena balance..

yang mabuk cinta tu sedarlah hidup bukan stop sampai kawin je. mungkin masa ni korang tak kisah bf korang keja apa dan korang pun tak nak kisah nak bagi dia motivasi ubah gaya hidup yang lebih selesa, tapi ingatlah satu masa, bila nafsu 9 korang dah tunjuk diri..tak mustahil isu ungkit-mengungkit harta akan wujud.

so akhir kata..hidup kena balance, baru hidup lebih sedap. :)

6 comments:

Bijen M. said...

Macam mana pula dengan stok gegurl yang minta Fairlady buat hantaran ni?
Gua musykil sikit tang ni.

Lee Zha said...

haa..tu jns yg nk nunjok la mcm hantaran riban2..

sb kalau betol girl tu minat kt fairlady, MINAT, dia akan usaha dgn duit dia sdiri tuk dptkan keta tu bkn tgu laki belikan.

lau tgu laki belikn tu dah sah2 da unsur2 riak la..

Kujie said...

sekufu tu bkn semata2 dgn wang ringgit - pemikiran pun kena sekufu juga

Lee Zha said...

yeap, itu yg penting. smua ltak lam pemikiran.

btw, thx kak jie sb singgah. :)

MATAHARI said...

aku suka yang akhir kata. hidup biar balance. ho yeah.

Lee Zha said...

hidup biar sedap - quo kak jie. :)

yeap..hdp mst balance..bruk x trumbang ambing. hoooo~