Tuesday, February 26, 2013

#travelog #catatanmiri dari kaca mata tuan rumah

24 01 2013 - Khamis

pukul 7 lebih (pm)

tengah tengok TL. makin tengok tweet memasing otw nak ke mirilah, dah sampai lcct lah, aku makin cuak. gila tak cuak! 1st time dalam hidup kawan aku datang dari jauh duduk rumah aku. lebih2 lagi aku jadi host (aku tak faham sebenarnya host ni sangat tapi kawan aku kata aku host, aku taiplah host). macam2 dalam kepala otak aku. selesa tak dorang nanti? puas hati tak dorang nanti? bagus tak layanan aku dan famly kasi? ada terasa kurang selesa ke? macam2. perasaan nabes tu gaya macam nak pergi 1st time dating. haa..gitew.

bila mar text kata dah masuk belon (kapal terbang), aku yang lepak atas katil sambil on9 guna lappy tua dah macam makin nabes berganda. nak berak ada. nak kencing ada. dahlah belom mandi. selamba pergi tengok setia hujung nyawa..haa..dramalah. bila dah habis kira2 jam, aku 1 jam lebih lagi dorang nak sampai. barulah aku mandi. ya. pukul 8 lebih baru mandi.

bila dah bersiap-siap dengan tudung di kepala, turun bawah baru sedar yang...BAPAK AKU TAK ADA! MANA BELIAU??! rupa2nya dia pergi lepak dekat kedai dengan kawan dia, p.cik Jali. Call. Dah siap call aku masuk balik bilik cek TL. cek hp. dan..perut lapar tak sabar nak roti butterscotch. tetiba Mar call, cakap dah sampai. MATI. aku turun naik bilik dalam 10 kali, call bapak 3 kali. aku dah tak nak dorang tunggu lama. kemain aku nak buat suprise. rupa2nya, bapak aku lagi buat suprise.

Dia pergi jemput Mar, Zoul, Amiey dan Hana tanpa aku. Ye. Dia pergi dengan p.cik Jali. =______________=" faham tak bila kita nak buat suprise tapi orang lain dah buat kat kita? hampeh sungguh. cabut tudung. turun bawah. tunggu. aku text mar tanya lapar tak? sebab aku memang lapar masa tu. tak makan lagi sebab nak makan roti tu punya pasal. dengan semangat dan teruja, aku tunggu luar rumah. 

bila nampak keta p.cik jali signal masuk rumah, aku palinggggggggggggggg cuak nak jumpa Hana. ye. Hana Ahmad. Hanamado. kahkahkahkah. sebab aku tak pernah jumpa dia, tak tau muka cemana so agak nabes kau. haaa...gitew. bukak je pintu keta, Zoul dah gelak dan nampak gigi dia. fuhhh lega. happy lettew. hahah sebab dalam 30 min jugak dorang tunggu kat airport. suma salah bapak. lalai. bukan salah aku. kehkehkeh.

masuk je rumah, aku suruh dorang letak barang kat bilik, Zoul dapat bilik abang, ada aircond (untunglahhhhhhh....*tangan ke bahu*) sebab bulb bilik adik hangus, so mak suruh letak Zoul dalam bilik abang je. macam tau2 je kan bulb tu. nyampah.

disebabkan aku dah buang tudung akibat frust suprise tak menjadik, aku kasi can dorang lepak dalam bilik dulu sementara tunggu aku atur tudung dan di pintu terpacul muka siyes zoul macam mintak kesian. so, dengan ihsan aku cakap 'masuk jelah kalau nak. mak aku tak marah'. sumpah...kalau aku tau zoul akan masuk bilik aku dengan muka gembira dan duduk atas katil hack twitter aku..AKU TAKKAN AJAK DIA MASUKKKKK! menyesal mak nak... =___=.

lepas siap, aku suh dorang 3 tunggu kat luar, aku ajak Mar pegi kat dapur, amek keta, sebab Mar yang akan drive. bukan aku. hahahaha. kesian mar, baru sampai dah kena drive sebab aku tak ada lesen lagi dan mak say NO NO NO u can't drive!. dalam gelap malam, sampai je kat keta, mar tanya, 'bawak ni ke?', dan aku pandang mar dalam suasana romantis cahaya bulan, 'yelah, kenapa?'. lepas tu aku tak nampak mar dah sebab aku ready kat pintu penumpang, yang aku dengar mar jerit 'aku dah lama nak drive keta niiiiiii!!! yeayyyy!'. =,=

kami pun berlepas ke mekdi drive thru, dan di situlah aku mula kenal siapa Hana Ahmad. pantang nengok anak ikan...kemain kau nyahhh! amiey & hana kemain excited nengok sorang mamat mekdi yang jambu sangat sampai nugget aku tak ada tapi dalam resit ada...babi. celaka sungguh budak2 mekdi tu. pfffttt.

lepas tapau, kitorang tak balik terus. tak remajalah terus balikkan. baru pukul 11 lebih. eceh. terus arahkan mar drive pegi Esplanade. 

amek dari gugel je nok..mak tak sempat nak hamek guna phone hari teww~
dalam gelap2 menghadap pantai, kitorang makan borak makan borak. sampailah Hana buat muka misteri dia. aku ingatkan mamat cina kat tepi kitorang yang dari tadi jalan ulang alik sorang2 buat hal pelik2 rupanya kumpulan budak2 cina laki pompuan belah belakang yang buat pelik2. pelik2 tahap apa aku tak tau sebab aku tak tengok langsong. hahaha nak tau, tanya hanamado. lama jugak kitorang lepak sana. makan sembang. gelak.

masa nak balik tu, aku sebagai co-kapten sebelum suh mar masuk kawasan rumah aku, aku dah terbiasa cakap "point" which is RUANG. bapak aku yang cakap point2 so aku TERbiasa. sebab keta panjang, rumah belah kiri, bapak slalu pesan suh amek point sikit belah kanan pastu baru masuk jambatan rumah. mar plak tak faham, dia pergi kanan nak masuk kawasan rumah orang and tetiba 3 makhluk kat belakang (zoul amiey hana) gelak macam nak pengsan. aku? aku blur sebenarnya. hahaha. aku masa tu tak faham apa yang lawak so aku diam je. kehkehkeh lagi aku tak faham bila amiey gelak sampai nangis. =,= 

bila sampai, zoul masuk bilik dia dan kitorang mulalah siap2 nak tido. tapi yang kelakarnya, masing2 kejap baring kejap duduk sebab TERRRRRRRRRRRRRRbukak topik hot n spicy, so memasing lepaskan cerita ketidakpuasan hati memasing. 

tido -- pukul 4 lebih.




25 01 2013 - Jumaat

pukul 6 lebih (dah siang)

aku dengar amiey jerit2 melompat dekat tilam cakap dah siang kat hana siap nak pergi tengok luar. aku tengah mamai, so tak jadi nak gelak. kalau tak..memang dalam sunyi sepi tu tetiba aku gelak, tak ke dorang ingat aku ngigau kang. 

dah betol2 hilang mamai, cek phone, dah pukul 7 lebih. rasanya azhar, pak lang dan hussen dah naik belon tapi tak ada pun dorang mesej dah naik ke apa. so, aku sambung tido kejap2 bangun kejap2 sampai 3 orang anak dara bangun. 

last2, bangun turun pegi dapur sebab bau masakan wangi sangat, perut dah kerok kerok kerok. mak tengah masak mee goreng rupanya. aku bagitau, "budak2 ni nak makan mee kolok kang" maksud aku di situ lepas amek azhar pak lang dan hussenlah terus terjah kedai mee kolok. tapi mak salah tafsir, dia cakap tak ada apa ntah nak buat mee kolok. =,=

borak. naik. turun mandi. tengok2 pukul 9 lebih dah barulah azhar call cakap dah sampai. hah mati. kena tunggu anak dara dengan adik bongsu (zoul) mandi bersiaplah gamaknya. lepas siap semua, gerak pergi airport guna jalan short cut kampung. 10 min dah sampai tapi kesian kena tunggu lama sebab bersiap yang lambat.

sampai airport, lambai2 azhar yang dah dekat pintu keluar and there you go. memasing tanya mana hussen? aku keluar dan rasa tak sedap sebenarnya sebab..azhar dan pak lang kena duduk belakang hilux. kalau ikut perancangan, aku dengan mar pegi hantar hana, amiey dan zoul dekat kedai mee kolok dulu barulah pegi airport amek dorang 3 yang rupa2nya 2 orang je. macam tak sopan pulak sambut tetamu lepas tu suh duduk blakang hilux. ._. sorry.

dan bila aku tanya azhar dengan pak lang mana hussen tapi 2 orang ni senyap, aku ingatkan wakenabeb si hussen tetiba muncul ke hapa. dalam kepala dah semak dengan macam2 soalan. bila masuk keta, mar, amiey, hana n zoul yang tadinya becok dengan aku sekali senyap macam tak caya.

dan..the best part is..aku rasa pak lang dengan azhar jahat sebab tinggalkan hussen and hana siap cakap entah2 hussen tak datang sedangkan semalam masa hantar hana, hussen ada. sudah. aku makin fikir macam2. sampai kedai awang mahyan, the best mee kolok in town, barulah si azhar bukak kisah. cehh..kan dah tambah dosa aku sangka dorang 2 pak lang yang bukan2. takpa, hussen, tahun depan datang tau masa tiket murah. and kali ni jangan lupa cek IC before fly. tapi sumpah kesian, sebab ic tak ley fly. aish. 




awang mahyan's mee kolok. the best in town bro!
suma order mee kolok. dan Mar tak habis2 nak order sendiri semata-mata nak sebut 'sigek'= satu. kakakaka lawak gila. entah apa2 Mar. bila mee kolok sampai, memasing up dekat twitter n aku pun nak jugak masa tu tapi..sebab phone aku tak berapa canggih aku nengok jelah budak2 ni up. and ini kelakar, bila gaban pun up gambar mee kolok kat twitter, hahaha aku nak balas, guna phone Hana, last2 tak reti, Hana jelah yang tweetkan. 

lepas habis makan, kitorang hantar pak lang dengan azhar dekat guesthouse dorang yang dah siap booking haritu sebab dorang penat nak tido. area situ2 jugak. rm25/semalam. kira tengah2 bandar and aku harap pak lang dengan azhar puas hati sebab try nak carik tempat yang lagi murah dah xda. takpe, lain kali kita semua stay kat kampung sukan ramai2, rm5/semalam. macam rumah panjang ala2 hostel sebab toilet kat lua. dah macam zaman skolah2 dulu lak g travel bila ada pertandingan antara sekolah2.

lepas hantar, kitorang dengan adik bongsu pegi Boulevard Hypermarket nak membeli belah barang untuk BBQ esoknya di Tanjong Lobang yang mana dorang nak buat #PSPMiri kat situ jugak. Tempat paling strategik aku rasa. Lepas beli barang, teringat yang ibu zoul cakap pasal skolah dia dulu, nak2 pulak si zoul amiey n hana duk blakang, terpaksa aku jerit "zoul! nak pegi skolah ibu!" kebetulan 1 hala nak balik. so kitorang singgah amek gambar untuk ibu lepas rindu! :D






Lepas amek gambar kat skolah ibu, tak nak balik rumah lagi, kitorang singgah kat Marina Bay.
marina bay, miri (album : mozek petama ; fb hana)
agak lama jugak kitorang lepak sini sampai ikan yang nak di bakor esok BBQ tu hampir busuk. ish ish ish..apa nak jadi dengan anak dara 5 orang ni. (anak dara termasuk zoul). keje aku tukang amek gambar sebab aku tak suka bergamba nak posing2 ni. dalam pukul 3 lebih baru kitorang balik.

sementara nak tunggu petang, aku layan kung fu hustle kat bawah. makan kuih depan tv, Mar pun join. tak lama lepas tu, mak suruh beli pencuci pinggan. ajak mar naik motor pegi supermarket depan masjid. lawak jugak bila mar cakap dia tak perasan supermarket tu ada walhal dia drive keta masuk simpang. =,= lepas beli, aku pusing2 kampung dengan Mar. nak ajak zoul amiey hana, tapi mar cakap dorang tido. so, kitorang 2 jelah layan angin kampung. kahkahkahkah. sebab memasing lapar, aku ikut saranan mak yang membebel suruh aku masak. so aku masak dengan kadar segera. alah, daging dalam tin je pun. tapi dorang ingat aku masak daging tu, so dorang kagum aku masak pantas. HAHAHAHAHAHAHA tu pun kalau mar tak bocor rahsia tu daging tin, sampai skang sah2 amiey hana n zoul kagum kat aku. heh

lepas tu turun lagi pegi amek pak lang dengan azhar. sambil tunggu, layan air dulu. masa minum ni, just ada aku amiey hana n mar. zoul? baring2 belakang hilux call makwe. sakit hati nengok. dari duduk ke baring. dari baring nampak lutut sampai lutut tenggelam. sentap hati mak nak... (orang2 single).


teh c peng yo!
habis air, 2 bujang dah sampai. so gerak nak pegi nengok sunset kat GOL (Grand Oil Lady). Muzium Miri. GOL ni atas bukit. 




hi, my name is Sha ;)
so. lepas memasing dah posing maut hadap sunset, hadap adik kecik comel Sha yang suka bergambar, kitorang gerak pegi Pasar Malam Saberkas, tapau makanan sebab dah pukul 7 lebih kau. dah masa nak isi perut. yang menyakitkan hati, masa otw nak ke sana, amiey zoul and hana duk belakang. pak lang n azhar duduk dalam keta dengan aku n mar. ya tak bestnya...dorang 3 cuci mata sampai kat parking saberkas sebab....tak jauh dari situ ada gym. jilaka. suma jantan je masa tu nokksss. si zoul pun skali usha. pelik. 

sampai sana, aku dah round 3 kali masih tak tau nak makan apa. layankan aje budak2 ni nak beli makanan, yang aku tau, aku pegi beli air kelapa. settle. dah perabis duit, dah tapau, barulah gerak g Esplanade Luak. Oh ya, masa ni memasing hadap makanan so tak ada yang teringat akan kewujudan kamera. Esplanade je tempat yang memang kitorang tak amek gambar sebab sampai sana je mesti dah malam.

lepas makan, barulah start main game. macam2 games. ayat tanyalah. and paling panas main truth or dare. soalan yang paling aku tak ley lupa, amiey kot tanya, "happy tak kami datang sini", dan dengan serentak hana dan mar yang tadi elok duduk bangun mendekatkan muka ke aku. hamboi. pekak ke nyahhhh~ hahaha. jawapan aku sebenar2nya..aku xtau nak rasa apa. excited tu ada tapi more tu risau, risau kalau layanan aku kat korang tak macam yang korang harapkan..mak kan tuan rumah youllss..nak lah..layan youllss ala2 retis gittew. kann...tapi seriously, aku rasa macam korang dah lama sampai sini, aku langsung tak ada rasa kekok walhal..kalau nak ingat balik, masa aku pegi kl..mana ada aku spent masa yang lama nak lepakkan lebih2 lagi, 1st time jumpa hana pak lang dengan azhar. 

that nite went well sampailah banyak budak2 motor datang and buat bising and buat risau. so kitorang belah dengan hati yang masih nak main lagi ni!! lepas hantar pak lang dengan azhar kitorang bajet nak samsung main lepas perap bahan2 untuk bbq. masa perap bahan2 tu, amiey asyik cakap "liza dengan mar sama je lam fb twitter kat luar pun sama". sama tu..bertekak. tapi btekak kitorang takda sampai tarik2 rambut. gaban, dont worry. mar selamat. hahahaha

entah hantu mana, time tengah ngantok2 tu jugak mintakkan si zoul buat milo. sebab kata milo zoul sedap. gila budak2 ni. nak tido dah pun kental nak milo lagi. so, bila dah di puji, si zoul purak2 terpaksa buat walhal dia suka. puuiiiii~. aku suruh zoul masak air guna heater je, cepat.

"Kak, cemana nak masak air ni?"- zoul
"tekan punat atas dia tu, lampu merah tu dah lah tu" - aku
"tak nyala pun"- zoul

so, aku gilah cek mana tau zoul tak on suis belakang icebox tu ke. cek punya cek..memanglah tak idup lampu...kalau dah bukan plug heater dia cocok, tapi plug oven. kahkahkahkahkah!

"benda ni habis sini je ek?" - zoul.

hahahahaha pandaiiiiiiiiiii. lau bahan orang lain setahon. lau pasal dia..habis sini je ek. otak ang. so memasing plan nak sambung main truth or dare sebab zoul tak puas hati dia tak main sangat, busy on call. last2 hampeh. memasing dah letih, sorang tunggu sorang, last2 memasing tido. takde dah berjaga for segment gossip2 gegurl. penat noks. 

tapi...aku sebenarnya tak ley tido. aku tido..2 jam je. dalam pukul 4 lebih..baru aku lelap mata. 


26 01 2013 - Sabtu

dalam pukul 6 lebih aku bangun. aku pandang mar amiey n hana yang nyenyak tido. tetiba. aku nangis. hahahahahah! bodoh tol. nangis sebab aku rasa dorang akan balik tak lama lagi n aku balik pada life aku yang membosankan duduk lam rumah. aku teringat malam tadi bila aku cakap korang tak yah balik, hana siap cakap lagi, janganlah sedih, kitorang ada 2 hari kat sini. *sigh* 

aku..dah dekat 1 tahun tak keluar dengan member2, korang datang barulah aku keluar macam biasa balik rumah lewat gelak2 buat keja gila. sebab tu aku sedih kot. so, demi taknak 3 anak dara ni perasan, aku turun bawah basuh baju, jemur. part bila jemur tu dah pukul 6 lebih dah. masa tulah mak aku baru balik joging, siap cakap terkejut tengok aku bangun awal n harap2 bkekalan. hampeh. kan aku dah kata mak aku kaki pembuli. ken ken ken?

lepas siap jemur, aku sempat lagi sebenarnya nengok tv. bosan. hahahaha. nak kejutkan budak2 ni awal lagi. sampailah aku pegi lepak kat dapur, siang pucuk paku. hah, masa nilah mak aku datang kat dapur and bawak cadangan yang bernas dan tiba2. geram pun ada. 

dia ngajak pegi Niah. Alasannya, esok (ahad) n lusa (isnin) dia ada test JPJ so tak ley nak pegi. so, cakaplah, harini dah plan nak bbq, tapi budak2 ni dah tak kisah nak pegi Niah sebab bukan dapat pegi Gua pun. and there you go, mak aku berkeras nak ajak pegi. aku pun dah memang tak cukup tido angin tak berapa nak kena mula hot. bukan apa, dari awal plan lagi mak aku dah bantah tak kasi masuk gua. so bagi aku perjalanan nak ke niah dari miri dekat 2 jam jadi macam sia2 kalau takat nak hadap pekan. kat mana2 pun ada pekan. dengan cuaca yang panas and...hiway yang tak berapa nak rata. 

last2, ayat power mak aku kluar "suka hati koranglah". ah, tensi kau. barulah aku naik atas, kejutkan mar amiey n hana. bincang. call azhar bincang. sebab aku kalau boleh tak naklah kawan2 aku terpaksa jaga hati mak aku, pergi jalan tempat yang..sia2 buang masa. masing2 tak tau nak buat keputusan sampai hana cakap, kita pegi je. masa tu, mak aku pulak baru je hilang dengan keta pegi Esplanade, blajar drive dgn bapak aku. so aku call. call tanya dia, kalau pegi niah, boleh masuk Gua tak. teheheheeeeee...teros dia cakap "yelah2 masuklah. kang mak n bapak tunggu korang kat luar je"

ngaaaaaaaaaaaaaa victory!

nasib kasi masuk. so dengan sorakan kemenangan, memasing bersiap dengan kadar segera. aku turun bawah nak buat sarapan sebab dah kebulur tapi alih-alih mak dah siap sedia buat nasi lemak kau! haa...gittew. konon nak masak nasi untuk bbq, tapi cancel sebab nak g gua niah kan. hadap jelah nasi lemak mak. masa tengah bersiap tu, bapak get ready tikar dengan kusyen untuk yang duduk blakang, mak masak telur rebus kot.

dah siap, kitorang turun makan. tunggu mak dengan bapak lagi bersiap. plan lepas makan kitorang g amek pak lang dengan azhar sementara tunggu mak bapak siap. tengah bising2 borak mak masuk dapur cakap apa entah dan tetiba muncul dari tepi icebox siap cakap 

"you talk too much".

blur kejap aku. sebab aku tak ingat apa yang mak cakap before dia bajet speaking kat aku. heh. siap makan, ambik 2 bujang. balik rumah balik. so bermulalah perjalanan nak ke gua niah. before turun nak amek 2 bujang tu, aku dah ingat nak beli torchlight tapi bila dah sampai pandai pulak lupa. so xda pilihan, ada 2 je torchlight, kongsi 7 orang. bagos sanat sanatttttttttt. idea bernas bapak aku, nanti beli kat pekan niah. hampeh. sampai sana mana ada beli. dia pegi beli aiskrim pulak adalah. cett.

itu 1st time aku duduk belakang hilux. sungguh. bestlah jugak. ingatkan panas. tak panas rupanya. just kalau stop je panas. lau jalan sejuk kena angin. syok. perjalanan dari rumah menuju ke taman negara tu dekat 2 jam lah jugak. 


apa2 hal, bergambar dulu

dah sampai. bayar tiket masuk, rm10/seorang. tak hada sapa2 guide. pandai2 sendirilah nak jenjalan. =,=  masuk dalam, berdiri dulu tepi jeti. nak ke seberang tu tak delah jauh mana pun. sebab tu tambang, rm1/sorang je noks. lau nak kentut pun tak sempat. haaa gittewlah jaraknya. dekat kemain.


perjalanan pun bermula, aku blakang skali sebab nak amek gambo

sepanjang perjalanan tu, malaslah aku nak cerita. eksaited mula2 memanglah tak rasa penat sangat tapi jalan rilek2 jelah tak terkejar sangat. slow and steady. borak2 jalan. borak2 gelak. lama jugak nak sampai. tak tau nak cakap macam mana masa ni. tapi nak tau, pegilah jalan sendiri rasa sendiri. baru tau best ke tak best. jalan-jalan punya jalan sampailah dalam gua, masa ni tak terasa penat sangat sebab memasing dah macam jakun nak masuk gua. termasuk akulah tak terkecuali. last masuk gua niah ni masa aku form 4 (2004) gila, brapa lama dah tak masuk tu.

jalan-jalan benti. amek gambar. jalan lagi benti. amek gambar. sebab ada bahagian dalam gua yang terlalu gelap, dan licin dan sebab hanya ada 2 torch light, kami jalan macam ketam. slow-slow. harus di ingatkan, plan nak masuk gua niah ni plan ala2 bidan terjun. apa pun tak prepare. last minit punya plan. so memang lambatlah dalam gua sebab terpaksa patah balik ke jalan masuk sebab jalan keluar guan di tutup. ye kawan-kawan, DITUTUP. sakit hati jugak bila terpaksa patah balik kedalam jalan yang gelap dan licin. tapi bila terserempak dengan sorang penyelia gua tu kot, dia kata di tutup sebab ada kerja-kerja baik pulih di jalankan. mungkin jambatan patah akibat pokok kayu tumbang akibat hujan dan ribut hujung tahun yang baru-baru terjadi ni kot. 

aku assume. sebab masa perjalanan nak masuk tu pun aku nampak ada batang pokok yang besar baring di atas tanah. dah di potong dan pada jambatan ada kesan kayu-kayu baru di pasang. yelah kot. bayangkan dalam keadaan yang gelap tak nampak apa-apa tu boleh plak di azhar dengan pak lang nak menikmati kegelapan. benti tengah-tengah jalan off torchlight. =___________="

so, bila patah balik tu, memang kitorang tak ada berhenti sangat. jalan je terus sampailah tempat yang kena banyak mendaki tangga, aku sumpah tak larat. dengan tidur yang 2 jam je, memanglah tenaga aku cukupkan, padan muka sendiri. masa sarapan pun tak makan banyak, 2 kali ganda padan muka sendiri. dan masa break kat penghujung gua pandai sangat tak makan coklat yang bapak bekalkan untuk isi perut, padan muka 3 kali.

dan terima kasih amiey dan zoul sebab teman aku kat bawah. tapi bila ingat balik, masa aku duduk nak pengsan tu, memang kepala dah ringan gila masa aku pejam mata. aku cakap something yang..haahaha tapi amiey cakap "beg berat ke? xpe biar amiey bawak". sumpah. kalau bukan sebab kepala tengah ringan masa tu, aku nak tergelak bila amiey cakap berkali-kali. beg berat apanya kalau aku bawah beg silang yang sebesar tapak tangan? kehkehkeh. dan zoul, aku ingat sampai bila-bila ayat kau "kita masuk sama2. kita keluar sama2". sayang kau, sungguh.

bila amiey dan zoul papah aku naik tangga tu, aku masa tu tengah marah sebenarnya. heh dan bagus jugak, sebab marah tu yang drive aku jalan cepat dan tak toleh belakang lagi dah. marah dengan diri sendiri yang rehat tak cukup. marah dengan diri sendiri yang nampak macam lembik walhal aku host. sumpah benci dan marah masa tu buat aku tak pandang belakang lagi dah. pecut nak balik.

bila dah sampai kat jeti, rasa penat xtau nak cakap apa. dan masa tu aku dah jadi macam zoul, lapar nasik. hahaha berjangkit. aku just ingat nasikkkkkkkkkk je masa tu. lapar woi! bayangkan kitorang sampai kat jeti pukul 1. keluar dah pukul 4 lebih. mau tak lapar. sampaikan dah sampai kat pondok pengurusan, aku tak nampak yang tengah duduk kat kerusi tepi tu mak aku. apa yang aku nampak? keta putih depan mata di sebalik pokok hiasan di hujung pondok.

sampai sana, duduk atas rumput, bukak kasut, tengok bapak mula susun kusyen kat belakang hilux. siap tanya mana mak. hahaha soalan paling bangang sampai bapak malas nak jawab sebab dia kenal nau anak dara dia kalau jalan tak pandang kiri kanan, except nak menyeberang jalan. =,=

so, lepas memasing menunaikan hajat kat toilet, naik keta, terus heading to Ngu. Makan. Ngu ni kira perhentian bas utama sebelum perhentian bas jalan laut di bina. Tapi yang buatkan orang jarang pergi Ngu skang ni lah sebab dia terletak kat hiway darat, hiway darat ni amek masa sikit sebab jauh. Hiway laut kejap je sampai lau dari Miri-Niah. Tapi..aku tak suka sangat Ngu ni sebenarnya. Sebab aku pelik kenapa nak pergi ke toilet Ngu yang cantik dan bersih dan punya cermin besau tu...di letakkan haiwan-haiwan eksotik yang menggelikan! Daaaa...tu bukan zoo okkkkkaayyyyyy.

*meremang bulu roma* Malas aku nak cakap satu-satu apa haiwannya. nak tau, p tanya pak lang xpun azhar. dorang rasanya siap bergambarr lagi dengan haiwan2 tersebut. errrr........... =_____________________='

lepas settle semua, so naik balik keta, mulalah gerak  nak balik. masa tu perjalanan kitorang jauh sebab bapak guna hiway darat nak ke bekenu. masa tu dah pukul...5 lebih rasanya. sebab tu lama sikit perjalanan. oh, bekenu yang mana satu? ingat tak hana melambai jejaka kampung atas jambatan tu? haa..itulah bekenu. kahkahkahkah

bila dah sampai area bakam (dah kawasan Miri, yeay!) sebab kebosanan..bosan gaklah sebab pak lang tido..zoul bajet tidur dengan rambut di tiup angin..mar bajet tido dengan kacamata purple dia..so aku hana dan amiey yang masih segar bugar ni mula melalak. menyanyi. yeah. menyanyi di belakang hilux malam-malam dengan siraman lampu jalan sangat romantik ok. just bila sampai kat traffic light, tetiba hana yang duduk sebelah gelak2 tunduk cakap "oi oi malu laaaa". aku masa tu blur. so aku pandang je driver kat keta blakang keta kami tu. kira aku bertentang dengan dialah kan? eceh. tapi...aku pakai rayban cikai aku masa tu..sebab tu berani nak bajet bertentangan. lau tak, jangan harap!

so kitorang tak balik terus, pegi bandar hantar pak lang dengan azhar. sian pak lang tertido. nasib tak terbang, eh. hahaha. lepas hantar dorang, mak ajak pegi pasar malam beli makanan untuk makan malam. yelah. mana larat lagi nak masakkkkk...dah pukul 8 lebih agakya masa tu. dalam perjalanan tu jugak, aktiviti menyanyi dan melalak tak berhenti di tambah aksi berani dan gila hana tegur abang2 motor. hahahahaha sumpah, lau orang tak tau peel dia, sah2 orang ingat hana tengah high. kahkahkahkahkah. bayangkan duduk belakang hilux, orang lalu tepi, kebetulan pulak ada yang hensem, rasanya abang motor tu dengar bila hana n amiey jerit 'hensem weyyyyy!'. marn zoul? sedap tido atau buat2 tido kot. aku pun tak tau.

sampai pasar malam, masing2 mencarik toilet. lepas dari toilet, terus pergi carik makanan. masa tu memang aku dah tak larat gila-gila dah. penat sungguh. stamina tak tinggi betul aku ni. so, memang lapar tapi masa tu aku ingat bantal je. habis beli, balik rumah, masing-masing mandi. 

aku, peel bila aku letih atau ngantok, memang macam baby sikit meragam. annoying which is im no longer a baby. semua orang mandi, aku masa tu kat dapur tolong mak siapkan meja. masa korang dah turun kecuali adik bongsu (zoul) aku memang penat gila2 sebab tidur 2 jam je. padan muka sendirilah kan. and bila mak tetiba cakap "kau ni menyemakk..je" n aku memang masa tu tengah penat and memang sensitif terus cakap "hmm..cariklah anak baru..". mar hana amiey bersorak...haha..ingin aku jelaskan di sini ye. masa tu memang aku terasa mak aku cakap macam tu TETAPI aku tak terasa apa2 kat korang. just masa tu aku tengah penat gila and rasa macam malu sikit bila mak cakap macam tu. =___________=' 

ingat aku suka ke muka aku siyes macam tu? kan aku sendiri jugak cakap masa tengah makan tu...aku benci muka aku siyes macam ni..macam gampang. aku betul2 maksudkan. bak kata zoul, muka aku macam putus saraf. jilaka punya adik! hahahaha lepas makan baru mandi, barulah aku rasa ok sikit. freshh. lepas masuk bilik, masing2 tengok hp. dan aku...hanyut. dan tetiba rasa macam baby yang di manjakan sebab sebelah aku ada mar, bawah ada hana dan amiey. kahkahkahkah. itu yang aku senyum2 dalam gelap masa tengah mamai. baik...aku gila. kehkehkeh. 


27 01 2013 Ahad

so, pagi tu rilex sikit sebab masing-masing bangun lewat menikmati pagi sebab nak pegi keluar pun tak dapek, mak pakai keta gi kelas memandu dia. menikmati sarapan dan guling-guling di atas tilam, itu aktiviti kami. 

dalam pukul 12 tengah hari, barulah gerak pergi amek azhar dan pak lang. kali ni mak ikut sebab mak tau tempat jual ikan terubuk masin yang murah2. mar drive, mak duk tepi, aku hana amiey duduk belakang. kat luar, zoul pak lang dan azhar. sepanjang jalan aku asyik kena marah mak sebab kacau mar drive katanya. amboi mak, sayang sangat mar :P hahaha dan usaha amiey mengadu kat mak perilaku aku tak berjaya. kahkahkahkah sebab mak dah malas melayan aku buat gila dalam keta ala-ala divaaaaa gittew sebab mak fokus tengok jalan depan sambil layan mar. hah, mar lagi. :P hahaha.

so kitorang pergi ke kuala baram, kuala baram ni sempadan miri-brunei sebab mak kata ada orang jual kat tepi jalan situ. dan sebab ada kerja pembaikan jalan raya dan pembangunan (bapak skema) gerai tepi jalan tu dah tak ada, dan akhirnya mak ajar pergi jambatan kuala baram tengok brunei dari situ. dan di sebabkan lepas jambatan tu terus tol ke brunei YANG DI TUTUP PEMBAHAGI JALAN SO KITORANG TAK LEY NAK UTURN DAN TERPAKSA UTURN BELAKANG TOL. dahlah cekik darah. uturn terbang rm20 hanamado, semoga bapok mak murah rezeki gittew. aminnnn... (takup muka sambil tunjuk gelang emas nak kasi korang nampak). kahkahkah

lepas dari uturn, pegilah E-mart. kononnnnnnn nak beli ikan terubok. amek kau. bukan takat terubok kat situ, barang kraf pun ada. sila rujuk album hanamado untuk lebih detail ok youlls. mak penat nak on fesebukk. haaa gittew. masa korang sibuk2 beli ikan terubok tu, masa tunggu ikan terubok pak lang dipack cantik kat gerai satu lagi, aku ternampak belacan yang di bentuk macam susunan daun terup. cantik nipis je.

aku - zoul, nah beli baling kat anjing. supaya dia tak kejar kau.
zoul - hahahaha betul ke kak? dia tak kejar ke? (muka percaya siap pegang belacan)
aku - xtaulah. ntah2 lepas makan makin laju kejar kau kot. kahkahkahkah!

aku xtaulah. benda tu taklah lawak sangat tapi aku tak tau kenapa aku dengan zoul beriya gelak masa tu. =___= kami sangat happy~ hahaha.

lepas shopping segala, dalam pukul 4 jugaklah kitorang habis masa kat situ je. dan sebab petang tu nak bbq/pspmiri kat tanjong lobang, kitorang gerak dan tinggalkan pak lang dan azhar kat situ untuk cop tempat. gegurls semua (termasuk adik bongsu) balik rumah pack barang semua masuk keta. lepas tu balik ke tanjong balik yang tak sampai 10 min dari rumah. 

situlah kami buang masa. masak hayam...masak hikan...haaa..hadek2 pun ramai masa tu youllss. ihik. hahah maklumlah hari minggu situ memang tempat orang bawak famly jenjalan/bbq/peknek. psp? ngaaaa memasing dah lapar, memasing hadap asap nak cepatkan proses ayam dan ikan cepat masak masa tu. lapar kot. dalam masak tu sempat jugak pose2 retis..rugi kau..pemandangan chantekkk tapi kau tak hamekk gambo! giler. 

kitorang makan masa dah maghrib. dengan bantuan cahaya lampu malap2 dari gerai makan, kitorang barulah makan..tak tahan.lepas makan sembang. lepas sembang barulah memasing rasa nak buat psp antara kitew2 hajehh.so, bila mengenangkan pak lang dan azhar belum sampai Marina Bay, kitorang pergi situlah. kemas2 barang, pergi ke keta. 

yang lucunya, aku tak takut anjing, tapi masa nak pergi ke keta tu, ada sekumpulan anjing main-main tak jauh dari tempat parking. so...entah setan mana, bila zoul mar amiey dan hana berlari sebab takutkan anjing, aku pun turut berlari macam kena kejra hantu masuk keta lepas tu gelak2 macam bangang. hahahaha. oh my. sewel sungguh! 

kena pulaklah pak lang dengan azhar lambat sampai keta, ingatkan kena kejar jugak. kahkahkah. so, xtaulah kenapa aku tak ingat, aku boleh drive masa tu. nak pergi marina bay punya pasal. lau tak silap, hana duk tepi aku. pak lang dengan azhar duk belakang dan mar zoul amiey duk luar. ek? dengan kaki yang terketar aku bawak keta. bagos sangat. =,=. dah la malam tapi nasib tak jauh dan nasib tak banyak keta. bila sampai marina, yang aku nak gelak bila ingat bila dan masuk kawasan marina, hana tanya tempat kencing terus aku brek mengejut. kahkahkahkah! ntah apa2.

so sampai sana. bukan kitorang je lepak dekat tebing laut dalam gelap. ada orang lain jugak. maka bermulalah sesi psp kite2 hajeh. dan..tengah asyik melayan jiwa tetiba dalam 9 lebih, bapak call tanya kat mana, aku cakaplah kat Marina Bay. Ah sudah, dia suruh balik. 1st time dalam banyak-banyak hari kena balik awal, macam tak puas hati sampailah phone bertukar tangan, amek kau. mak cakap sesuatu terus jiwa kacau. hahaha

mak suruh balik sebab baru2 ni ada kes mayat kena buang kat sana. habess. kahkahkah gila tak cuak. cuak jugak tapi aku tak rasa sangat mula2. sampailah bunyi loceng orang mancing tak jauh dari kami tu buat hati aku tak tenang, so decide balik jelah. so masa tu dekat pukul 10 malam, kemas2 barang, masuk keta. 

dan masa tu baru teringat pesan mak zoul, untuk pergi gerai auntie (lupa nama) kawan ibu kat seroja, terus park keta carik2 gerai dan jumpa. lepak dengan auntie tu, so orderlah makanan yang dorang tak pernah makan tapi nak try. nasi lalapan (nasi ulam), laksa sarawak, dan satu lagi auntie tu suh try butter chicken kot. lau tak silap. tapi sambal lalapan dia sumpah sedap. suka2. sempat borak2. auntie tu kelakar, patutlah kawan ibu. peel lebih kurang. hahaha

lepas suma penat, mintak izin balik tapi xdelah balik betol sebab pergi parking area guesthuose paklang + azhar, lepak minum kat bawah tu sebab rasa macam masih awal sangat lah nak baliknya. lepak2. minum2. borak2.

so, paklang + azhar dah penat, kitorang pun gerak masuk keta. tetapi...tetapi..hahaha..5 ekor dalam keta masih segar bugar dan masih tak puas jalan2 sebab yelah esok dah nak balik. so aku guide mar pergi drive ke pulo melayu sebab amiey (amiey kot?) yang tanya kat mana pulo melayu. pulo melayu tu perkampungan mat salleh yg kerja shell tapi sebab pergi malam, tak nampak apa2lah. so sebab tak nampak apa2 selain kapal kat sungai tepi jambatan tu, terus suruh mar drive pegi GOL. GOL ni lah tempat amek gambo atas bukit hari tu, haaa gittew.

masa park keta tu, masing2 tak keluar sebab ramai sangat orang lelaki lepak luar dengan ada yg bawak arak. nasib cermin keta tinted sikit so tak nampak sangat siapa kat dalam. maka, bersambunglah main truth or dare. makin panas soalan. sungguh panas. kalah panas matahari tengah hari. eceh. yang kelakarnya..hana baru lepas makan ubat alergik habuk dia. masa singgah kat 7e lepas hantar paklang+azhar, hana sempat bagitau amiey, lau dia makan ubat 2 kesan dia antara dia tido or high. so jawapan masa tu, high, sebab benda tak kelakar pun dia beriya gelak. hahaha. comel. 

di sebabkan dah makin lewat, kitorang pun balik. balik rumah faham2lah ye. tutup lampu.



28 01 2013 Isnin

:( sobs sobs

pagi tu dibangunkan dengan bau sambal nasi lemak mak. gyeahh. bahayakan bilik aku? boleh bau masakan mak. lapar. rupanya pagi last tu mak masak nasi lemak. aku lupa nak beritau mak tak yah masak apa2 sebab aku dah janji dengn gegurls nak pergi breakfast kat pulo melayu tempat abang2 petronas/shell slalu breakfast, nama gerai tu hole 9. nampaknya, sesi beritau mak gagal bila mak mula keluarkan kuasa vetooooooo suh makan jugak nasi lemak yang dia buat. hahaha.

baiklah puan jeliah, weoulls makan. sepatutnya, kitorang janji nak jemput paklang+azhar pukul 9 pagi. kitorang gegurls dah siap on time. tapi yang melambatkan ialah adik bongsu. manja lebih mintak gosokkan baju dia. kahkahkah kesian hana kena gosokkan kehkehkeh. so lepas siap suma, gerak jemput paklang+azhar terus pecut pegi pulo melayu. risau jugak aku masa tu sebab awan dah macam hitam sikit2. risau.

sampai pulo melayu, hole 9 tutup. :( so sebab kesian azhar+paklang tak breakfast lagi, lepak jelah gerai sebelah dia. which is 1st time aku duduk sana. lepas siap2 makan minum, gerak lagi pegi ke hujung pulo melayu, tempat mancing. sebab malam tadi tak nampak apa, so siang barulah nampak tepi jalan terus ada padang golf, kampung. sampai je hujung pulo melayu, turun, duduk atas tebing batu. tepi tebing terus laut. kat situ memang port orang mancing dan bbq. 

amek gambar. layan angin. gelak2. dah pukul 12 tengah hari. sebab nampak awan kat pasar dah hitam, kitorang gerak balik. kali ni, 5 orang dalam, paklang+azhar duk luar. dan paling kesian, hujan lebat masa otw balik rumah. =,= nasib baik barang paklang+azhar dah siap2 letak dalam keta tapi seriously kesian sebab lebur kot. hujan..bak kata mak..'macam di tuang2 air dari langit'. hah, tu perumpamaan yang mak selalu sebut bila hujan lebat. 

sampai je rumah, golap, masuk dapur, masak. sebab plan hari tu masak dan makan je lam rumah ramai2. menu, 1 malaysia. de ikan sweet sour, sambal belacan, buah dabai, tempoyak, pucuk paku masak lomak cili api dan...sila rujuk gambo hanamado. kang lapar pulak lau post kat sini. :3

masa tengah masak tu, memang lau ikutkan aku tak kasi mana2 dorang masuk dapor, biar aku dgn mak je. bukan kedekut tapi nak dorang amek masa tu untuk kemas barang. sebab ikut plan, lepas makan lau hujan dah reda, sambung pergi beli souvenir. lepas siap masak, hidang kat ruang tamu, makan ramey2.

alhamdulillah, lepas makan cuaca elok molek je. so geraklah ke pasar balik nak beli barang2 souvenir kat tempat kraf. tapi banding harga je sebab nak pegi kedai souvenir tak jauh dari situ yang aku slalu pegi masa zaman skolah.singgah kat kedai rong reng tu rupanya lagi murah kat situ. bertahun dah tak pegi, so tak tau rupanya dia yang supplier barang2 kraf kat emart. he he he he. ^,^ tengah jenjalan dalam tu, zoul panggil. sakit perut, dia mintak antar g klinik. mula2 aku ingatkan dia main2 mintak hantar pegi klinik rupanya betul. so, mintak tolong mar pusing balik pegi klinik kat blakang pusat kraf tadi.

aku jujur cakap, aku tak reti nak kasi kata2 semangat kat orang sakit. sebab aku tak pernah jaga orang sakit. =,=. so apa yang aku boleh tolong temankan zoul tapi tu pun aku rasa macam celaka sangat bila terpaksa tunggu dekat 1 jam baru zoul kena panggil, sebab masa kitorang datang tu kebetulan masa rehat dorang. natang, aku dah lah risau budak ni. sampai turn zoul, keluar kejap je. hek eleh. nak masuk kemain lama. keluar tak dan nak kentut. aku masa tu masih risau lagi, fikir canelah budak zoul ni nak balik kang lau sakit apa. tapi dia boleh plak buat lawak. =,=' 

bila keluar, call mar, rupanya dorang dah ada kat pusat kraf balik. masa tu dah nak maghriblah jugak. decide punya decide, last2 pergi marina bay sebab nak lepak tengok senja terakhir before flight pukul 10 malam kang. :( sampai marina bay, ingatkan nak pergi kat patung kuda laut yang besar tu, rupa2nya tak boleh sebab kena tutup..rupa2nya situlah tempat mayat kena buang. =,=

er..hehe. nak tak nak pergilah masuk keta gerak pegi tanjong lobang je sebab masa bbq hari tu tak sempat nak pegi jeti. duduk tengah2 laut. sampai sana, tak ada benda nak cerita sebab masing2 sibuk bergambar dan lepak atas jeti hadap senja. masing2 senyap. paling aku tak berani nak tegur masa tu hana dengan amiey masa duduk atas jeti. memasing muka siyes. risau plak aku nak tegur. so diam2 jelah. 

lepas malam berlabuh, kitorang pegi kat SRS, selera rasa segar, pergi makan nasi lemak ayam percik. aku salah sebut, aku cakap ayam penyet masa bagitau dorang. =,= sorry. lepas makan, balik rumah. balik rumah terus semua macam belangkas pack barang, mandi. masa tu..aku duduk dekat ruang tamu je malas nak masuk bilik sebab...aku risau lau aku nangis. hahahaha. so aku bajet cool duduk hadap tv tengok fear factor dengan kakak. lepas siap kemas, pergi airport. mar amiey hana ikut kakak dengan mak. zoul paklang azhar ikut aku dengan bapak. kebetulan masa nak otw pegi airport, bapak singgah shell beli minyak.

awkward gila. sebab zoul duk luar. bapak aku lak memang pendiam sikit bila drive. haa even aku anak dia pun, tu kadang2 bila aku dgn bapak je lam keta, aku on radio. silent is killing me. lau ikutkan hati, nak ikut zoul duk belakang. tapi sebab blakang dah penuh barang dah. sedih tau! sedih bukan sebab barang penuh tapi sedih bila panggil zoul duk dalam, zoul jawab 'xpe..aku nak duk blakang buat kali terakhir'. T________________T

sampai airport. sebab dah last call, masing2 dah klang kabut. yang kelakarnya pak lang. hahaha. ok, tu 1st time aku tengok pak lang senyum. heee. dan kelakar bila pak lang kelang  kabut takut kena tinggal. hahahahahaah!

sampai atas. masing-masing terus berbaris nak scan barang. haa masa ni rasa sesak sikit tapi macam lega sikit sebab bila tengok dorang terus berbaris tak salam aku. tak tanggapan ku salah belaka. amiey datang salam peluk. ah sudah. tahan. lepas tu mar. peluk, tahan lagi. bila tengok hana letak barang kat lantai, patah balik, peluk kuat2..ya Tuhan..masa tu dah nak menitis dah. sebab tu aku tak kata apa2 masa hana peluk. dah tu..boleh pulaklah budak zoul ni patah balik pegi kat aku. alahaii...aku memang tak boleh tengok muka zoul masa tu, aku just mampu tepuk2 bahu lengan dia je. xmau aku pandang dia!

aku tengok dorang, sampai dorang hilang. sebab masa tu, aku tengok amiey macam kalut bukak beg. mar dengan hana still kat blakang kaunter imegresen. zoul? tak gerak2 dari kaunter hujung. ah sudah. aku pandang je dorang. pandang punya pandang, zoul orang last yang ada kat kaunter dan aku xtau apa jadi sebab tak ada orang call aku dan dorang memang tak prasan aku masih kat luar. dah masing2 hilang depan mata, baru aku balik.

haa itulah kisahnya. agak sedih ar balik rumah, masuk bilik, duk sorang2 balik. sedih sangat2 ok. xtau nak cakap cemana. mula2 memang takut gila korang sampai. sebab takut layanan terkurang terjelek ke apa..tapi bila korang sampai..rasa macam...korang bukan orang lain. macam famly yang lama dah xbalik. haa camtulah rasanya. sebab tu masa main truth or dare kat esplanade, amiey ke hana yang tanya happy tak kitorang datang..aku jawab..xrasa apa2...tapi rasa macam korang dah lama sampai.

terima kasih sebab sudi datang. terima kasih mar sudi drive kitorang jalan2 dan sorry sebab aku xley drive sangat :(. thanks zoul sebab jadi adik bongsu yang paling best dan bengong. thanks amiey sebab jadi pendengar yang baik ya..kita peel lebih kurang, bleh jadi kembar. haha..thanks hana..even baru 1st time jumpa..tapi dah sayang kau dah ok! (sendu mak) thanks jugak azhar untuk buku. thanks jugak pak lang sebab sudi mai jaoh2. maaf pak lang n azhar sebab terpaksa basah hari tu. 

akhir kata...saya mewakili famly saya..akhem. ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terkurang layanan, tak selesa tempat tinggal, dan tak selesa pengangkutan. sesungguhnya..kemewahan tempat tinggal, makan dan pengangkutan tu aku memang tak boleh nak janji tapi janji yg korang akan rasa di sayangi sampai ke miri tu pasti. :') sampai jumpa lagi ye hehe


p/s : lenkali lau aku mai kl, kita konvoi ramai2 pakai naek bas jelah. syok oi naek bas ramai2! :D


and, halalkanlah lau ada typo. malas dah nak cek. plis, ni bukan buku, ini belog. kahkahkah


...


12 comments:

Zoul said...

Aku dekat cybercafe sekarang, pukul 6.27 minit pagi dan air mata pun mencurah curah ke ladang gandum.

Sebelum abang yang jaga CC ni nak bersangka buruk ke aku, aku tutup dulu entri ni dan nanti bila aku baca sekali lagi sorang sorang dalam bilik, aku datang komen balik.

~* chirpy_chummy *~ said...

panjangnya wey... hahaha patutlah amik masa sebulan nk karang. wakakaka


ok, meh aku nk baca nyorok2.(sedang bekerja) . jap lg aku komen lagi bila da abes baca.

~* chirpy_chummy *~ said...

ok, baru abes baca. see? berapa lama aku ambil utk habiskan catatan ni? bapakla panjanggggggg~

aku enjoy giler p Miri weh. even semua ni adalah plan yg tetiba - yg mana pada mulanya aku yg ajak ko turun KL tapi jadi sebaliknya. haha

aku ingat lagi pakcik Jali tanya kami dlm kete odw g rumah ko pd awal sampai haritu : "Kenal mana dgn Liza?"

dan kami spontan jawab : "internet" ^_^

xde apa yg kurang pn, Pendek. lepasni aku panggil Lijha la plak. sedap dgr mak ko sebut - Lijha. :p
Terima kasih juta juta lemon kerana sudi terima kami yg kecoh dan maaf sbb dah banyak menyusahkan ko n famili.

baca smula catatan ni buat aku rindu korg semua.

Lee Zha said...

zoul hati pisang.

mar, haaa malam tadi tak ley tido, tweet pun dah slow, tu yang pecut habiskan dari kita masuk gua niah sampai korang balik.

mak aku panggil macam tu sebab korang bukan tau niknem aku kat umah. :P sah2 lah dia guna nama yg korang kenal. wek wekk wekk :P

Päk Läng said...

tak sebut pun aku belanja mee kolok awang mahyan's? hehe

apa apa pun terima kasih banyak banyak banyak untuk segala jasa dan layanan baik sepanjang kami di miri, hang memang host yang terbaik...terima kasih juga pada famili hang yang baik sangat!

dan maaf ya, lain kali aku akan senyum sentiasa kat hang.

rindu semua.

:')

Lee Zha said...

haaa ang edit sendirilah ang blanja mee kolok. hahaha malas aku nak p cek dah. banyak sangat. haha


rindu ampa jugak :'(

PK said...

Mybe one day, i should come to Miri.

Lee Zha said...

fuyoooooooooooo PK spiking london dow. fuyooooooooooooooo! kakakaka

APi said...

celake, ini buat aku ralat tak pergi ni.

hanaahmad said...

aku baca dua kali! dan dua kali aku rasa sebak nak nangis! rinduuuu!

Lee Zha said...

aku tengah tengok betul ke bohong ni pon boleh nangis baca komen hana. haaaaaaaaaa rindu jugakk laaaaaaaa :'(

CassiaSiamea said...

you talk too much!!