Tuesday, February 26, 2013

dinding


tiap-tiap kawan itu..
ada bilik masing-masing dalam hati aku
dan setiap bilik-bilik tu lengkap dengan dinding-dinding kalis bunyi
dan setiap bilik-bilik tu ada pintu yang sentiasa tertutup.

jadinya..
tak kisahlah apa rahsia dan cerita antara kawan-kawan di bilik tepinya..
aku tutup pintu biliknya. kunci.
sebab..
biar perbalahan hanya antara kamu-kamu dan kamu di tepi-tepi biliknya.
aku tak mau masuk dan pecahkan dinding bilik itu lalu lahir lubang terus menerobos masuk ke bilik masing-masing angin sengketa.

tidak. aku tidak mahu.
biar kekal..setiap kawan punya bilik masing-masing.
kerana..
perbalahan yang di tambah pihak ketiga (aku)..
bisa robohkan segala dinding tersebut
lalu hanya yang tinggal...
sisa-sisa runtuhan kasih dan habuk-habuk kenangan persahabatan.



merugikan, bukan?



...

No comments: