Wednesday, January 9, 2013

tiada tajuk

kalau saja kamu tahu..aku ini gadis yang cintanya sudah tertanam mati. rindunya sudah hilang di makan angin. kasihnya sudah ghaib di bawa zaman. mahukah kamu duduk dan setia di samping aku?

aku bukan tidak mahu ungkap sayang sama kamu tapi macam mana kalau aku kata..sebelum aku jujur dengan kamu, aku lebih jujur sama diri aku? bagaimana harus aku luah rasa yang aku tak rasa?

aku cinta kamu
aku sayang kamu
aku rindu kamu

aku bisa ungkap semua itu sayang tapi cuma di hujung bibir, tanpa nyawa, tanpa jiwa. seperti melepaskan janji kepada anak kecil yang akan membawanya membeli gula-gula pada waktu sore walhal itu cuma untuk penyedap hati, bukan sesuatu yang aku pegang dan akan buat.

mahu kamu damping gadis yang hatinya sudah tiada rasa?

aku tidak tahu apa yang kamu perlu panggil manusia seperti aku. cuma percayalah, saat aku kenal kamu..aku cuma punya 1 rasa..





aku mahu jaga kamu. jaga sampai tiada lagi tangis setiap malam pada malam-malammu.



...


No comments: