Tuesday, January 8, 2013

mimpi kala jengking dan labah labah

2 hari lepas aku mimpi di dalam bilik mak, di kaki penuh dengan labah2 yang entah dari mana keluar dari cadar tilam dan aku yang geli cuba panjat almari baju mak yang akhirnya tiba-tiba dua ekor kala jengking sengat aku di belakang bahu kiri dan kanan.

aku terbangun.

aku diam. toleh kiri. capai phone dan mula gugel tafsir mimpi kala jengking dan labah-labah. sungguh, aku berjaya. maksudnya akan ada kawan yang mengkhianati tentang pekerjaan.

letak balik phone. kalih kanan, tidur.

tak. aku tak tau samada mahu percaya atau tidak. cumanya, aku rasa, aku kosong. sebab aku tak pasti samada aku percaya maksud mimpi..

tapi yang aku pasti..tentang kawan yang khianat / tikam, aku sudah tidak hirau sebab sebaik saja mata labuh semula, hati aku sendiri kata..


Allah tahu semuanya..buruk sekalipun..Dia akan jaga..



...

No comments: