Monday, January 21, 2013

...

tuhan,
kalau boleh saja kau jelaskan apa yang menggurutu dalam hati, kan senang? saluran nafasku seakan mengecil, helaan nafas sukar, tersekat. lemas. walhal aku di ruang yang paling luas. aku tak tau apa yang menghimpit rasa, hati.

seolah aku berada di satu tempat yang sekelilingku hanya warna putih. mungkin putih itu warna yang suci tapi dalam keadaan ini aku rasa lemas. helaanku dikit-dikit. sukar. aku mahu nangis. tapi tidak trasa mahu nangis. aku mahu lari. tapi tidak trasa mahu lari. gila.

tuhan...
tiupkan tenang dalam diri. buang semua sesak yang menekan. buang. biar hilang. izinkan aku jadi kapas semula. nipis. ringan. dan bisa terbang. 


...

No comments: