Sunday, December 9, 2012

Virgin, a film by Indonesian

aku ada habit yang suka tengok filem secara random dari youtube. without google about it 1st. sebab aku tak suka nak spoilkan mood tengok filem dengan baca terlebih dulu komen dari orang lain sebab...manusia tak punya selera yang sama.

belum tentu filem tu orang akan suka tapi tak mustahil aku akan suka. so, aku akan komen lepas aku tengok dengan mata sendiri.

ok, pasal filem ni, ramai yang dah biasa dengan filem indon mesti tau yang indon memang suka buat filem dengan isu-isu yang panas-panas. dari tajuk pun kita dah tau filem ni soal apa tapi tak semestinya filem ni filem blue yang setiap saat nak kisah tentang asmara.

filem ni lebih ke arah survival sorang gadis dalam dunia dia yang penuh dengan isu Virgin. kalau ikut setiap minit cerita, orang akan sedar yang filem ni lebih kepada macam kisah benar, lebih kepada diari mungkin. dan aku yakin apa yang jadi pada watak utama (Dian) selalu jadi dalam kehidupan skang ni. bukan sebuah skrip dan bukan hanya filem semata.

Rasanya apa yang filem ni tunjuk bukan berlaku dekat Indonesia je, dekat negara kita ini yang terjadi. Dengan "Dara" macam-macam yang boleh jadi.

kisah tentang Dian yang lari dari rumah akibat bapanya yang sering bawak perempuan ke rumah tanpa peduli apa yang mak dan Dian rasa. dan pergolakkan kedua-dua kawan Dian yang dua-duanya menganggap sex itu sesuatu yang biasa-biasa saja. yang terang-terang bertentangan dengan pendirian Dian yang melihat Dara itu satu maruah, dan dia menganggap perempuan yang tak menjaga harga diri sama tarafnya seperti perempuan yang bapanya gauli tiap malam di rumah. 

konflik tentang persahabatan di uji bila mana cuba mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon bersama seorang pelakon lelaki yang dia minat tapi tak dapat akibat permainan sex. rasanya isu skendel untuk mendapatkan job bukan benda yang jarang kita dengar aku rasa. 

jalan cerita simple macam ni memang bukan untuk korang2 yang suka dengan suprise sebab filem ni mendatar je. aku tak tau celah mana klimaksnya. mungkin klimaks terletak pada scene Dian terpaksa bersetuju nak jual Dara yang selama ini dia jaga betul2 demi nak membayar hutang kereta samseng yang dorang dah hilangkan. 

kurang dramatik i guess. tapi ringan. filem ringan macam ni aku rasa sesuai untuk umum lebih-lebih lagi budak2 skang yang ramai terlibat dengan seks bebas, porno and banyak lagi. rasanya sesuai kot filem ni untuk di tayangkan dalam kelas pendidikan seks yang kerajaan kita buat skang sebab scene-scene dalam filem ni tak ada scene2 panas pun. 

just filem ni tak berapa dramatik je. tu jelah. 












3 comments:

H Y D E said...

berbaloi untuk dimuat turun?

Lee Zha said...

aku tengok kat youtube teros :3 xtaulah selera kau macam mana

syafiqakarim said...

dari form4 tak silap,
aku dengar pasal cerita ni.
tp lps tu lupaaaa.sekarang baru
ingat. akan download mungkin.


hihi