Monday, December 17, 2012

Mau aku Lelaki yang bagaimana?

cuba untuk lari dari persoalan makhluk bernama lelaki itu bukan mudah.

kau sudah sedia melupuskan semua perkara tentang lelaki

dan nah! itu kawan mu datang mula merombak kembali persoalan yang kau cuba lupuskan.

24 tahun bernafas (alhamdulillah) aku sudah mau muntah tentang perempuan-perempuan yang mahunya lelaki itu mahunya lelaki ini mahunya lelaki begitu mahunya lelaki begini. apa kau sudah lupa wahai perempuan? bukan kau pencipta Makhluk jadi bagaimana kau mahu lelaki seluruhnya mengikut ciri yang kau mahu?

aku?

aku butuh lelaki yang ajarkan aku tentang segala isi dalam dirinya. ajar aku cara menyintainya. ajar aku tentang kegilaannya. ajar aku tentang hidupnya dan paling penting...ajar aku bagaimana mahu membuat dia bahagia sampai aku ini sudah cukup dan dia tak butuh yang lain.

itu..yang aku perlu.

ajar aku apa saja. aku bukan mahu jadi hamba. tapi aku mahu jatuh luka duduk berdiri baring berjalan dan berlari selari dengan kamu sebab itu yang aku faham tentang mengapa hawa tercipta.

itu....



sudah cukup buat aku..


...

No comments: