Monday, October 1, 2012

Jiwa2 Kecil by M.Faiz Syahmi aka Peddo


baru habis baca Jiwa2 kecil by M.Faiz.Syahmi. Habis je baca, 1 ayat keluar dari mulut aku

Wow..

benda tu luar kawalan otak aku. bila dah sebut wow baru aku sedar yang aku baru je sebut wow..ya bunyi macam tak logik tapi itu yang aku buat tanpa sedar. Luar kawalan sebab cerita memang wow.

Pada yang dah baca, tahniah. Yang belum, kesiannya. Wajib beli. tak mampu tak apa, boleh saja pinjam dari aku janji jaganya seperti nyawa sendiri. 

dari awal baca sampailah skang, aku asyik tanya diri aku kenapa tajuk dia Jiwa2 kecil? Kenapa? Sebab jiwa2 kecil tu melambangkan diri sebenar watak2 tu ke apa? Aku pun tak pasti tu kena tanya si penulis.

kalau..aku tak baca nama penulis sekalipun aku rasa aku tau siapa yang tulis. aku kenal benar dengan gaya penulisan dan gaya penyampaian cerita dan aku berani cakap penulis ni saja yang berani tampil dengan buku yang macam ni. 

tipulah kalau tak ada penulis lain yang pernah tampil soal seksualiti, ya i admit that Nadia Khan dalam Kelabu pun mempunyai tema seksualiti tapi kalau aku kata Kelabu tu cliche macam mana? Cliche dalam erti kata simple sama dan normal. Kisah seorang anak gadis yang punya dendam dengan ibu sampaikan dia rasa tak nak jadi seorang perempuan, mahu jadi seperti ayahnya yang gagah.

itu aku rasa normal dan ramai yang pernah buat cerita tu cuma apa yang menjadikan Kelabu lain dari cerita cliche tu ialah gaya perjalanan cerita dan unsur suprise dalam tu. kalau tak ada unsur suprise, kita takkan tau yang sebenarnya watak Amir tu pengkid.

untuk jiwa2 kecil pulak, tak berhenti suprise dan memang ada cliche tapi unsur suprise yang lain dari yang lain. selalu kita dengar a girl turn out to be lesbian is because dia pernah kena raped. itu selalu kita baca dan dengar even dari kisah betol. tapi pernah dengar pasangan lesbian kawen dengan lelaki khunsa?

takkan? sebab tu aku cakap, aku kenal gaya penulisan penulis dia. dia memang tak suka sesuatu yang normal sesuatu yang biasa, tak. tak salah kalau aku cakap dia seorang yang pandai putar belit cerita sampaikan kau tak percaya dia akan terfikir sampai tahap tu.

yes, maybe apa yang dia tulis tak menghampiri realiti but who cares? buku kita dah terlalu banyak persamaan dan aku rasa tak salah kalau sekali sekali baca sesuatu yang luar dari kotak kebiasaan.

dan entah kenapa aku rasa, baca Jiwa2 Kecil aku tak rasa ianya satu rombakan jalan cerita demi menampakkan penulisan yang kreatif tapi aku percaya yang benda ni tak mustahil terjadi dalam dunia realiti dan realiti yang di cungkil buat kita2 yang normal dengan kehidupan yang normal buka mata bahawa hidup normal kita masih ada yang hidup dalam dunia yang unik. selagi manusia tu masih punya kepercayaan yang hidup ni perlu ada sifat menerima dan terbuka.

kan?




p/s  : woi peddo, aku rindu bloodties. :P




...

3 comments:

Cik wan said...

Mcm best je..nk beli kt mana buku 2?sbb sy tau,lau penulisnya yg 2,mst mampu menaikkn nafsu sy..eh?

Lee Zha said...

boleh taip jiwa2 kecil kat kotak search facebook. hehe ni aku dapat pun sebab mintak tolong kawan belikan sb kbtulan ms tu ada book fest kat kl :)

M. Faiz Syahmi said...

Wow. It's been ages since I read a book review that is actually what I wrote.

Great review, sebab kau banyak puji aku.

Anyway.. hey, what's up. Lama tak dengar khabar berita since aku pun menjauhkan diri dari engkorang kan?

Jumpa review ni pun sebab aku tengah search balik kerja-kerja lama aku untuk aku tengok mana yang sesuai untuk dijadikan novel.

And yes. Jiwa2Kecil terpilih untuk dipanjangkan ceritanya menjadi sebuah novel yang lengkap.

Thanks to your review, aku rasa aku akan kekalkan identiti aku dalam penulisan terbaru ni. Perhaps to be added more vulgarity and gore.

So.. yeah, if you want to contact me (again) feel free to drop an email to nurel.imann@gmail.com or just follow me on Twitter @phleumic.