Monday, September 24, 2012

Gadis Metropolitan : Part 5

Jumaat.

Aku dapat rasa bahang hujung kaki aku dan tak tengok jam dekat phone pun aku tau, skang dah pukul 9 pagi. Katil aku menghadap tingkap dan tingkap menghadap matahari terbit. Dengan bilik yang di buat dari kayu..memang bahang akan aku rasa sekitar jam 9 pagi. Dengan mata yang berat..aku bangun.

Turun dari katil, jalan lurus, tarik langsir, bukak tingkap. Pusing, naik katil, baring.

Kringg!

Demm..sapa yang mesej awal-awal pagi ni???

cek inbox fb - arie

Apa dia nak?..hurmm..dengan mata yang masih berat aku sign in fb dari phone. Bukak inbox. Nampak warna merah. Klik. Sungguh..masa mata masih berat ni..memang aku tak tau sapa yang hantar mesej. 

Esok piknik woi! Dekat Tanjung. Jangan lupa.

Hurmm..ingatkan apa..piknik rupanya.. Piknik dengan kawan-kawan sekolah yang tiap-tiap tahun wajib kitorang buat. Masing-masing busy dengan kerja, ni je masa nak lepak sama lama-lama. Aku je rasa segan nak pergi sebab mesti soal kerja akan ada nanti. Bluerghhh..

Tutup mata.


Sabtu

Riuh rendah macam biasa. Angin dari laut, pokok rhu yang tinggi masih tak mampu nak bawak lari bahang tengah hari. Macam biasa..janji melayu. Janji berkumpul pukul 9 pagi sebab nak siap-siap tempat pemanggang tapi alih-alih pukul 11 dengan matahari dah garang baru masing-masing nampak muka.

"Anak aku ni memang tak boleh di biar..kang ada yang lari ke laut kang, buas semacam!", Kina, sibuk menyuap nasi goreng ke mulut anaknya yang baru setahun lebih. Sempat jugak tangannya menampak lembut paha anaknya bila si kecil cuba nak bangun pergi bermain.

"Sama jugak anak aku ni...nampak je perempuan tapi tulah..terikut perangai jantan aku masa sekolah dulu kot..." Reeney. Mak buyung yang sedang mengandung anak kedua. Maintain je badan kecik even dah pregnant. Jealous.

"Qie..ha kau bila pulak?? Jangan tunggu lama-lama..kang anak aku dah kahwin baru kau jadi agaknya..nah..peluk anak aku ni..amek berkat..", Zila. Anak masih baby. 

Aku sambut jelah anak dia. Dukung. Comel. Baby lelaki. Masih lembut. Aku tak tau nak borak apa. Sungguh tak tau. Aku senyum je bila dorang dah mula borak pasal anak, suami. Anak, suami. Anak, suami. Dan ya...anak, suami.

Macam ni ke hidup bila dah kahwin? Sorang menyampuk cakap sorang. Sorang potong cakap sorang. Jahat ke aku ni bila aku rasa dorang ni mula bertingkah nak tunjukkan masing-masing lebih bahagia? Masing-masing ketawa bagai aku tak wujud? Atau cuba nak tutup masalah masing-masing supaya kawan tak boleh nak hidu?

Kina, ada masalah dengan mak mertua. Mak mertua dia tak suka dia. Suami dia pulak jenis anak mak. Reeney, suami dia tak ada kerja. Dulu ada tapi entah aku tak tau apa jadi. Masih terumbang ambing nak stablekan hidup. Tak kurang sindir adik beradik lebih-lebih lagi Reeney tinggal di rumah orang tuanya. Zila? Baru je minggu lepas aku terserempak suami dia dengan perempuan lain baru keluar dari bilik hotel di bandar Sibu. Kebetulan pula minggu lepas aku dan keluarga ke Sibu, menghantar kakak ke rumah mertuanya sambil makan angin.

Dan aku bersyukur suami Zila tak perasan aku atau mungkin tak kenal sebab masa majlis kahwin Zila, aku tak ada bersalam pun dengan suaminya. Syukur.

Semuanya aku simpan ketat-ketat dalam kotak rahsia. Hal Kina dan Reeney, aku tau dari dorang sendiri. Entah kenapa dalam banyak-banyak kawan dorang percaya aku. Aku lapangkan dada, dengar saja. Hal Zila, biarlah dia tau sendiri. Aku tak nak campur takut di kata menfitnah sebab tak ada bukti.

Sesak. Aku rasa macam aku skang di campak ke dalam kotak yang gelap dan aku di himpit dari kiri kanan atas bawah. Sesak. Tunduk. Si kecil Aqish senyum. Tuhan..kenapa aku rasa macam nak pecah dada tengok senyuman tu? Terlalu polos. 

Entah macam mana aku pun tak sedar bila bibir aku cium pipi Aqish yang suam-suam. Wangi. Wangi bau bayi. Bau ni yang aku suka bila mana aku cium pipi bayi. 

"Dah boleh dah tu...dah ada ciri-ciri ibu penyayang! Dah-dah, kalau susah-susah sangat tak ada calon Qie..jangan risau kang aku carikkan", Zila kenyit mata.

"Kalau...aku nak ambil anak angkat...boleh?". 

"Kalau mampu dapat anak sendiri kenapa nak anak angkat Qie...dah-dah. Jangan mengarut! kang aku carikkan calon. Hubby aku mesti dapat tolong lagi pun dia banyak kawan yang masih bujang. Kau cakap je kau nak lelaki macam mana karang aku mintak hubby kenalkan, ok?"

Ada tak mesin mencipta lelaki based pada ciri-ciri yang aku nak? Itu yang aku nak cakap..tapi tak terluah...

Kalau aku elak nak kahwin skalipun..berdosa ke kalau aku ambil anak angkat?..

Aqish genggam jari telunjuk aku. Tunduk.



Sekali lagi Aqish senyum...tapi kali ni lebih indah...




...

No comments: