Sunday, September 23, 2012

Gadis Metropolitan : Part 4

Bukak twitter. Sign in. Tengok TL.

Inilah kerja tetap aku sepanjang jadi penganggur terhormat ni. Terhormat tu maksudnya jadi bibik di rumah. Tukang cuci, tukang kemas dan tukang masak. Aku bukan anak orang kaya bangun tidur semua sedia yang aku tau bangun makan tidur. Tapi kalau betul aku anak orang kaya, muka aku tak ada kat rumah ni dah, memang melancong je kerja.


Bukak facebook. Sign in. Tengok news feed.


Okay...tampar dahi.


Kenapa...kenapa...kenapa...


Kenapa kat twitter..TL penuh tweet-tweet kawen ni? RT pasal pasangan idaman je ni? Facebook?? 2x5! Siap dengan gambar comel-comel siap kata-kata cinta ustaz-ustazah lagi..


Makk....


Pulp!


Terkejut aku. Kotak chat Facebook. Haziq. Aku tak kenal dan aku tak tahu dari bumi mana mamat ni jatuh dan jumpa account aku, tapi aku approve jelah memandangkan dia tak nampak berbahaya.



- Buat apa syg?

Syg?? Oh my...dah kenapa mamat gila ni?


+ Kau dah kenapa? Tersayang-sayang bagai?


-  Hahahaha tak boleh ke? 


+ Aku tua dari kau dol. Dah boleh jadi kakak kau dah. Geli tau?

-  Alah...orang skang mana pandang suma tu siap boleh kawin gi. Kau nak kawen tak?

+ Cakap benda lain boleh?


-  Kenapa? kau tak nak kawin ke?


+ 21 years old. you are too young to talk bout that dude..


-  Alah..orang dulu-dulu boleh je kawin..



Okay. kenapa dunia ni skang yang macam melawan aku? ke aku yang melawan graviti? kenapa persoalan yang aku paling malas nak fikir masuk sesak-sesak dalam otak? kenapa sorang demi sorang manusia tak kasi can aku nak lupakan benda tu even kejap?


21 tahun? okay. aku bukan bias tapi..21 tahun apa yang dia tahu? mungkin dia matang, MUNGKIN. Tapi dia tak lepas lagi nak balas kasi duit kat mak bapak dah fikir pasal kawin? Dah tu, kalau tak cukup duit nak kawin pinjam duit mak bapaklah gitu ke? 


Aku betul-betul tak faham budak-budak skang, gila nak kawin tapi mak bapak terabai. Lepas sekolah terus kawin. 


Okay, aku tak menghalang kalau betul nak kawin just bagi aku budak-budak ni masih tak tau realitinya tentang perkahwinan. Kahwin tu bukan takat kau tidur buat anak dengan bini. Bukan. Kalau betullah kahwin tu boleh settle macam tu je maksud aku nikah, buat anak, bahagia, dah sah-sah banyak perempuan lam Malaysia ni dah kahwin.


Aku banyak kawan yang lepas sekolah, terus kahwin. Dan secara tak langsung bila kitorang berjumpa mesti dengan tak di mintak-mintak akan ada orang sampaikan gosip rumah tangga kawan aku tu padahal aku tak tanya pun. Gosip, dengar boleh percaya jangan. 


Aku ingat lagi beberapa tahun lepas masa tengah lepak ramai-ramai kawan aku beritau schoolmate aku dulu yang nakal tu jadi bini no 2. Aku tanya lagi mana tau, katanya schoolmate yang sekampung dengan dia beritau. Aku diam je bila semakin banyak detail kawan aku cerita. Tentunya bukan yang manis-manis.


Entah macam mana, Tuhan aturkan dia yang di gosipkan tegur aku di Facebook. Walhal zaman sekolah dulu kitorang biasa-biasa je. Aku tak musuh dia, dia tak musuh aku. Dan guess what, hantu mana ntah rasuk badan aku, aku tanya benda yang aku dengar dekat tuan punya badan. 


So, there you go, dia memang bini no 2 tapi bukan madu yang macam kawan-kawan aku sampaikan. Dia kahwin dengan duda. Tapi hidup dia memang tak bahagia. Ada je dugaan, nasib ada anak jadi penguat semangat dia.


Hurmm..kau boleh je cakap aku fobia dan takut pada yang belum tentu aku akan hadap tapi tak mustahil aku jadi macam dia kan? Nasiblah dia masih ada mak bapak dan abang yang masih sayang dan jaga dia. Kalau tak ada?? Mana dia nak mengadu nasib?


Terlalu banyak persoalan yang kau kena fikir bila nak tamatkan hidup bujang ni bukan main tarah je. Kalau setakat cinta je kau takkan boleh hidup bahagia sampai mati. Kawan aku tu kahwin atas dasar cinta tapi lihat siapa dia skang? Wey..sekolah dulu dia antara awek yang cun kat sekolah..tapi skang? Aku hampir tak kenal sebab dia terlalu cengkung dan kurus. Kenapa?


Bila mana budak-budak seusia Hafiz yang tak cukup umur hidup cakap kahwin atas dasar cinta aku rasa nak gelak. Kalau spender masih mak bapak beli kau rasa kau dah mampu nak hadap hidup rumah tangga ke? Tunggu jelah sebulan dua dan masa tu kau akan tahu reality.




Jadi...salah ke aku kalau tak letak cinta sebab utama untuk kawen?...





...

2 comments:

karl said...

kalau asyik fikir itu ini, rancang macam-macam last2 yang tinggal cuma rancangan je.

ada masa kau kena gamble gak bila buat keputusan. itu yang kawan aku cakap.

aku nak cakap lebih2 bab2 hal camni, aku pun tak kawin lagi. cuma dari logik aku, sampai masa nanti bila hati kau tergerak kau kawin gak nanti.

takyah pening kepala sangat la. ada masa lapang, guna betul2. ada duit lebih simpan.

Lee Zha said...

erm? ini my next project bro. blom habis lagi.