Thursday, September 20, 2012

Gadis Metropolitan ; Part 2

2010.

It's my sister wedding day. The only sister. Aku ada 5 orang adik beradik, 2 perempuan, 3 lelaki. Kakak aku 1st, aku 4th. Lihat dia kat atas pelamin bersanding, buat aku teringat seminggu sebelum hari ni sampai. Penat. Memang sangat penat.

Majlis, maksud aku persiapan menjelang hari penyatuan ni buat aku buka mata yang..perkahwinan tu amat-amat-amatttttttttt memenatkan! Lebih-lebih lagi bagi family aku yang memang tak ramai kaki tangan perempuan, persiapan nak menjelang tu memang memenatkan. Aku hampir demam. 

Kalau di ikutkan, majlis kakak aku bermula hari jumaat. Jumaat hari nikah. Sabtu, makan-makan menyambut keluarga belah lelaki dan hati Ahad sanding and thank God sanding kat hotel. Kalau kat rumah jugak..aku xtaulah macam mana rupa aku yang dari hari Jumaat - Sabtu tak sudah2 kemas rumah dan masak. 

Hari Jumaat, hari pernikahan. Memasak untuk keluarga yang besar yang tukang masaknya cuma 3 orang, mahu pengsan tahu. dan aku masa tu dah tak tau mana letak getah ikat rambut, muka berminyak dan ya, masa tu janganlah berangan nak berhias konon-konon nak menarik perhatian lelaki. TAK SAMA SEKALI.

Bukan muka dah kepala yang aku fikirkan masa tu tapi fikirkan cukup ke tidak makanan untuk kedua-dua family. Dan ternyata tak cukup sebab bilangan yang datang lebih dari yang di jangka. Double. Masa tu jugaklah abang aku mengada-ngada nak manja-manja mintak tolong ironkan baju melayu dia. 

Dengan keadaan dapur yang tak tersusun nak orang dah mula ramai kat depan and ada wakil pulak yang asyik masuk dapur tanya dah masak ke belum, kau rasa mahu teriak biar semua orang diamkan? Dan tak pasal-pasal aku berkasar dengan abang aku suruh dia iron sendiri which is aku tak pernah buat macam tu. Heh, Acu tegur, kata abang macam sedih, so nak tak nak aku pergi mintak baju yang dia nak pakai dan pergi iron..Manjakan abang aku? Hurm.

Habis kemas semua, esoknya Sabtu konon-konon nak buat karaoke saja. Ah, tipu. Aku masuh terperosok di dalam dapur sambil menghirup udara stress. Stress sebab badan penat tak cukup rehat, dapur yang kau baru kemas lewat malam tadi jadi kapal pecah sekali lagi dan ya..sekali lagi ada warden dari luar yang keluar masuk dapur cek samada makanan cukup atau tidak.

Warden yang nyatanya bukan datang dari keluarga kau. Risau kalau-kalau tentera yang dia bawak lebih dari muatan tu tak cukup makanan. Kau tau apa perasaan aku masa tu? Serupa bekerja di kilang yang tak bergaji. Mak sibuk memasak di belakang dapur. Aku di dapur incharge semua keluar masuk makanan. Dari bekas-bekas meletak makanan, kuantiti dan segala macam hal. Semua yang masuk ke dapur hanya tau laung nama aku, dan aku seperti kaunter tiket, beri tiket apa yang penumpang mahu.

Dan kebetulan, anak buah mak memang ramai dan bila ramai anak pun ramaikan? Budak-budak tentunya. Kakak dan abang sedara aku semuanya dah pangkat mak bapak dan alhamdulillah dorang yang banyak tolong aku di dapur even aku tak mintak. Terima kasih sangat. 

Entah macam mana, anak-anak dorang belum makan lagi, masih galak bermain dalam bilik aku di tingkat atas. Nak tak nak, aku simpan sikit makanan untuk dorang dan guess what, makanan untuk tetamu sekejap saja habis dan abang aku asyik mintak tambah sampailah yang tinggal hanya untuk budak-budak tu makan.

There you go, abang aku marah kononnya aku simpan makanan untuk orang rumah dan tak perlu bagi dia. Biar tetamu kenyang semua. Ok, aku tau tetamu perlu di utamakan. Tapi anak-anak kecil itu tetamu jugak bukan? Bukannya makanan untuk tetamu di luar tak cukup sampai tak ada yang tak makan, ada saja. Tapi untuk tambah saja tak ada. 

Dia, orang bujang. Tak mengapa, makanan tak ada, dia boleh keluar pergi KFC atau McD malam-malam ni. Anak-anak kecil tu nak makan apa? Tentulah kakak abang sedara aku sibuk tolong mengemas mana larat nak makan luar? Bergaduh pun bergaduhlah, janji adik-adik kecil aku makan. 

Malam tu..aku tidur...tak jamah apa-apa. Sebab kenyang dengan keletihan.

Entah macam mana..esoknya aku bangun dan cakap dekat mak dan Acu...

"Aku nak nikah je nanti..kat pejabat agama pun tak pa. No sanding-sanding".




...

1 comment:

~* chirpy_chummy *~ said...

"..nak nikah je nanti..kat pejabat agama pun tak pa. No sanding-sanding".

sama macam aku cakap kt ma aku. hahaha