Saturday, June 30, 2012

Nasi Arab, P.Ramlee & Yasmin Ahmad

Tengah breakfast hadap nasi arab tetiba teringat Yasmin Ahmad. Kaitan? Entah, memang xda kaitan pun. Otak aku suka berfungsi dalam keadaan something yang tak berkait langsung. Ha ha ha, told ya, aiyem weirdo! :D

Nasi arab yang serupa tak macam nasi arab. ke memang betul rasa macam tu cuma aku je yang terlalu fikir lurus yang nasi arab hanya sejenis nasi yang panjang dan lembut macam aku makan kat s.alam hari tu?? Atau memang orang miri suka ambik resipi tapi ubah suka hati mak bapak dia. Its truth right?? Paprik tak rasa paprik. Char kuew tiaw macam kues tiaw goreng. Tom yam? Haa...macam kari masam. Sambal nasi lemak? Wohooo...lagilah. Macam sambal "hantam sajalah!".

Or aku yang terlalu strict when it comes to food?? Sebab aku suka rasa yang asli tu kekal..hahaha...cerewet tapi masak macam hamsap. pffffffffffffff!

Ok, bout Yasmin Ahmad. Masa tengah kunyah2 acar epal hijau tadi aku terfikir tentang dia..tentang filem dia..dan tentang apa yang pernah Lect aku, Cik Mastura (yang dah jadi Puan skang ni) pernah bincang dalam kelas. 

Dan aku teringat lagi masa aku dengan budak group aku pergi Jalan apa ntah yang tak jauh dari ofis tabung negara (kot? sebab building tu nampak macam tabung negara yang ala2 90an dulu) tengah malam buta sebab nak interview Ahmad Idham yang masa tu tengah shooting filem ala2 rempit. Aku dah lupa filem apa. 

Sebab nak siapkan assignment punya pasal, terpaksa redah malam-malam buta nengok orang shooting sambil interview. Interview pun kejap je, masa dorang rehat kejap. Sempat gak cuci mata nengok abam2 main motor aksi pusing2 up2 dll. 

Aku ingat lagi soalan aku masa tu, tapi aku suruh kawan aku yang nak sangat bercakap tu tanya sebab aku sibuk rakam sesi interview tu tadi. 

"Abang rasa, filem abang ni lebih realiti ke kalau banding dengan filem2 Yasmin?".

Diam.

"Heh..dik..nasib baik awak student, kalau awak press, dah lama saya maki".

Kahkahkahkahkah. Muka kawan aku dah berubah dah masa tu dan aku buat bodoh je terus aku dengan cepat tanya soalan lain yang tak ada pun di rancang. Saja, kalau tanya lagi kang takut set terbakar pulak.

Masa tu aku memang tak faham kenapa Ahmad Idham tu marah sangat. Rasa tercabar tak patut sampai macam tu skalikan? So...aku punya teka teki tu terjawab masa sesi soal jawab dalam kelas Puan Mas, masa tu kitorang baru habis nengok pilem P. Ramlee rasanya. Pilem yang tajuknya aku lupa tapi lagunya "Tak mungkin...tak mungkin..tak mungkinnnn~".

Itu salah satu filem P. Ramlee yang gagal sebab pelakon duduk kat meja, tapi camera hala ke tingkap which is.....memang pelakon xnampak dalam tu. Kahkahkahkahkah XD.

Ok, dalam sesi soal jawab tu, entah macam mana terbukak al-kisah Yasmin dengan filem-filem dia yang lebih kepada realiti and thats the reason why AI so mad at us...

"Kalau betol Yasmin jujur dalam filem dia..kenapa dia tak buat filem tentang kisah realiti pondan?....".

Pararap papaaaaaaaaaa~

Baru aku tau..Yasmin tu dulu asalnya lelaki..

Oh..oh..so lame of you liza..

Bagi aku, bila aku dah dapat jawapan tu, aku tak salahkan AI & Puan Mas bila pertikaikan soal tu. Hey...jangan berani mengaku kau belajar tinggi2 tapi otak masih tertutup. Ambil apa yang orang lain cakap tu sebagai pendapat untuk berbincang, bukan nak provok or terus cakap Yasmin ahli nuraka....not.

Kita tak tau..samada Yasmin tu benar2 asalnya seorang lelaki or..khunsa. Dan tak mustahil kalau luaran dia tampak lelaki tapi alat sulit dia yang wanita je berfungsi, kita tak tau kan? Am i right? Kita fikir yang baik-baik saja tentang dia. Dia dah tak ada, doakan dia sejahtera di sana. Cukup. Titik.

Aku tulis entri ni bukan sebab nak ungkit balik kisah silam Yasmin, well...aku bukan Tuhan. Tapi aku nak cakap tentang apa yang Yasmin dah tinggalkan untuk kita dalam filem dia. Samada kau nak terus hadam apa aku tulis atau terus ludah itu terpulang. 

Normal bagi masyarakat kita skang, yang buruk orang ingat, yang baik orang padam biar hilang kesan. Buat2 lupa..buat2 tak ingat. 

Paling jelas dalam mana2 filem Yasmin kau akan jumpa erti kasih sayang. Tak kira apa agama kau, anutan kau, adab kau, kita semua di ikat dengan kasih sayang.

Dan paling jelas dalam setiap filem dia, tak ada yang isu kasih sayang tu hanya antara melayu sama melayu, cina sama cina, india sama india.

"Alah...Yasmin tu kan anjing umno..memanglah...nak sokong 1 malaysia gamaknya.."

Aku rasa aku tak perlu nak ajar hukum menfitnah orang tu macam mana kan? Fitnahlah tu..kau bukan diri dia..kau tak tau apa dia buat..kau cuma dengar dari mulut..kau cuma baca dari belog...tak sahih bukan? So bukan fitnah ke namanya tu?

memang Yasmin tu bukanlah manusia sempurna, tapi mesej kasih sayang tu rasanya ada dalam al-Quran. tak kira warna kulit apa, bangsa apa kita bersaudara. kalau pun dia bukan islam, selagi dia tak memerangi kita, perlu ke kita nak bersangka buruk dekat orang-orang macam ni?

tapi itulah...melayu ni banyak sangat butanya...salah Yasmin yang satu tu je, terus kau HARAMKAN dia dari sifat baiknya. Segala-gala tentang Yasmin itu syaiton...segala-gala tentang Yasmin itu haromm...

Gi Mampus.

Tak salah kalau kita belajar dengan satu sama lain dan saling tegur kalau ada silap. Aku tau ada sesetengah orang yang tak faham akan isi tersirat filem2 arwah akan kata filem arwah banyak menyimpang. 

Bercinta lain agama contohnya. Mungkin jugak bagi aku yang dah sedia terbiasa dari kecik dan membesar dalam negeri yang perkahwinan campur bukan benda asing, bagi aku tu benda normal. 

Memang ada ura2 atau angin lalu tentang isu murtad. 

Tapi rasanya isu Murtad ni bukan atas dasar kahwin campur semata. Bukan. Kalau kau selidiki dengan lebih dalam, isu Murtad ni bermula dari keutuhan iman dalam diri kita sendiri. Bukan soal orang lain. Bukan soal mahu kahwin. 

Kalau benar isu Murtad itu datang dari cinta dan bukan dari segi keutuhan iman, kenapa banyak kes anak ustaz..anak imam yang murtad? walhal kebanyakannya gadis2 yang pelajaran agamanya tinggi, bukan calang2. 

Kalau benar seorang gadis itu mahu menikah dengan temannya yang bukan muslim, dan iman dia utuh, dia tidak akan berkahwin melainkan si lelaki masuk islam. 

Mungkin orang lain tak perasaan sebenarnya sesetengah filem yasmin yang ada isu tentang cinta berlainan agama, dia sebenarnya menyindir kita orang Malaysia. bukan saja melayu, tapi semua agama. 

Memang kita orang islam dah tahu, haram bagi orang islam berkahwin dengan orang yang berlainan agama. Tapi soalnya di sini, kalau ada ahli keluarga kita ingin menikah dengan orang yang lain agamanya, mahu tak kita mengajar dia tentang Islam?

Ambil dari filem Talentime. Auntie Mei Ling. Asalnya seorang amah cina yang bekerja di rumah orang Melayu. Tapi dalam cerita tu orang tak tau yang auntie Mei Ling dah menganut agama Islam dan dah di anggap macam keluarga sendiri. 

Kenapa Yasmin buat watak auntie Mei Ling dah menganut Islam? Kalau auntie Mei Ling tak islam pun rasanya tak jejas perjalanan cerita betul tak?

Tapi itu mesej yang Yasmin nak sampaikan.

Islam itu tak membeza. Islam itu lembut. Islam itu menerima. dan Islam itu mendidik. dan Islam itu ada tegasnya. 

tegasnya Islam tu bila auntie Mei Ling yang cuma amah marah pada anak tuannya berdua-duaan dengan bf waktu maghrib di luar rumah. kan keadaan yang macam tu boleh undang fitnah, lebih2 lagi orang akan sangka dorang 2 je ada kat rumah.

Tapi ada satu isu yang lain dari tu. Isu tentang kasih sayang jugak. Tentang pandangan orang lain tentang bila mana anaknya bertukar dari agama asal ke agama islam, anaknya tadi akan memutuskan hubungan kasih sayang antara mak dan anak. 

Aku rasa itu point sebenar yang Yasmin nak sampaikan dalam scene yang mak Jac Victor tak suka adiknya berkawan dengan gadis melayu dan jugak tentang adik maknya (pak cik Jac) dan kisah kekasihnya yang india muslim tu. 

Zaman skang, anasir media barat dah masuk ke negara kita buatkan orang bukan islam pandang senteng dekat agama kita. Sedih. Tapi apa yang paling sedih bila tengok sama2 Melayu mula tunjuk hebat, mula tunjuk nak jadi kapitalis. Mula gila kuasa. 

Bersaing tentang sesuatu yang entah apa2. Berkomplot dengan bangsa asing nak jatuhkan bangsa sendiri. Gila. 

Dan paling gila, mengaku cintakan negara, tapi masing2 tak mahu kalah tunjuk siapa benar siapa salah. Mula timbul asal usul dari mana, keturunan dan entah apa2. Hanya orang yang pemalas saja akan cakap "Film is only for entertainment" .

Kalau betul filem Yasmin hanya untuk suka2 saja, takkan dia menang anugerah banyak di luar negara. Dalam negara tak penting sebab negara kita penilai anugerah filem ramai masih di duduki oleh datuk datuk yang takut mahu buka pekung sendiri takut malu. Takut mahu mengaku kesalahan sendiri. Takut jatuh maruah bila anak tegur bapak. Gitulah.

Terlampau banyak isu dalam filem dia. Banyak yang tersurat dan tersirat. Kalau orang kata pengganti P.Ramlee tak ada, itu tak benar. Yasmin ada, cuma penyampaiannya lebih halus sedikit.

Oh ya, rasanya tak ramai yang tau tentang P.Ramlee masa kegemilangannya. Agak2 dia ramai kawan tak? Heh..kau tahu..masa filem P.Ramlee menang anugerah di Festival Filem Asia...mana kawan2 dia? Tak ada seorang pun yang hulur tangan ucap tahniah malah mereka lari. P.Ramlee tika itu jenuh melayan orang2 Jepun yang banyak datang dan berbual dan memuji filemnya. Kawan2nya yang P.Ramlee panggil semua bagi alasan mahu lekas2 keluar. 

Kalau kau rasa aku menipu tentang perkara di atas..maka kawan aku tu penipulah..sebab kawan aku dapat tahu tentang perkara tu pun masa menyiapkan tugasan yang sama yang aku pergi hadap AI.

Orang yang kawan aku temu ramah tu salah seorang kawan rapat Allahyarham P.Ramlee. dia sendiri mengaku dan rasanya biarlah aku rahsiakan siapa orang tu sebab benda yang lepas, biar lepas. 

Kebenaran...

Waima kawan kau sendiri....belum tentu ada yang suka dengan kejayaan kau...

Macam tu jugak nasib Yasmin..hanya di angkat bila dah tak ada..Masa ada?..Ada orang Malaysia sibuk2 nak kasi anugerah bagai?...P.Ramlee & Yasmin senasib..

2 manusia yang mengangkat bangsanya dalam pada yang sama menyindir akan kelemahan bangsanya...tapi hanya di angkat bila dah xda...masa ada..ada yang peduli?..

Tak kira apa bangsa kita..warna kulit kita..agama kita..dunia ni pinjaman semata..sampai bila kita nak dabik dada dan rasa kita tuhan semesta?



...

No comments: