Sunday, June 24, 2012

Jalang

Sayup-sayup telinga aku tangkap bunyi. Bunyi yang tidak dapat di tangkap oleh otak kerana aku masih mamai. Mata masih degil mahu buka. Berat. Aku ikut mata.

Bibir kering bertemu bibir basah.

"Pagi sayang...", bibir basah tadi sentuh dahi aku pula. Dalam mata yang pejam dan masih malas, aku senyum. Ah, indah rasa bila si cinta berikan hadiah ciuman tika selimut masih kau peluk dan mata masih mahu lena. Perlahan-lahan, aku lawan kemalasan mata untuk buka. Mukanya beberapa inci saja dari aku. Bertuala. Rambut basah. Titik-titik air sentuh dada bogel aku. Bahagia.

"Pagi ni abang kerja dulu..nanti tengah hari kita makan sama ya?". Tangannya sudah lama belai rambut aku. Tapi anehnya, aku perasan tapi ciumannya buat aku lupa saat bila tangannya di situ. Bila saja aku senyum dan angguk sedikit, bibirnya tadi singgah lagi pada dahi dan bibir kering aku. Terus dia turun dari katil dan membuka almari.

Mata aku tidak mahu lari. Tidak mahu lepas. Biar bayangnya saja yang nampak di sebalik pintu almari itu pun tak apa. Aku mahu tahu dia ada. Aku mahu tahu dia wujud. Kaku. Aku masih kaku di atas tilam empuk. Langsir dari kain tebal tidak dapat masuk ke dalam ruang gelap bilik. Tapi sayup-sayup aku dengar bunyi kokok ayam, cengkerik, unggas tanda siang. Ya, kami di dalam hutan. Hutan yang ada chalet khas buat tetamu yang mahu lari dari asap dan konkrit. Dan sang cinta, punya tugas di dalam hutan ini untuk beberapa bulan.

Aku ada di atas katil ni kerana pesanan ringkasnya semalam yang dia hantar ke handphone ku.

- Sayang, abang rindu. Datanglah sini.. :( -

"Abg pegi dulu..kalau ada apa-apa call ya?".

Suaranya matikan lamunan aku. Kucup lagi. Ah, bahagia. Senyuman aku iring langkah kakinya ke pintu.

Namanya Badrulzaman. Sang cinta yang matanya punya kisah sedih. Ya, aku katakan mata. Aku tak pasti samada hanya aku seorang yang nampak tapi itulah yang aku nampak. Wajahnya santai, kadang-kadang serius. Tapi jarang mahu senyum, bukan pemurah senyuman orangnya. Tapi bukan bermakna susah mahu senyum. Sejak awal perkenalan kami, dia sudah punya perangai yang bagi aku pelik. Dompetnya yang tak pernah kering dengan wang akan di letakkan ke dalam beg tanganku.

Tidak kira bila berdua atau bila kawan-kawan ada, akulah yang perlu keluarkan duit dan bayar. Kerna dia hanya tahu angguk kepala kepada aku sebagai isyarat untuk aku ambil dompetnya dan keluarkan jumlah yang perlu di bayar. Aneh bukan? Mahu kata dia rimas, handphonenya masih setia di kocek seluar jeansnya. Mahu kata aku yang mahu begitu tidak juga dan aku sama sekali tidak pernah menyimpan dompet suamiku di dalam beg tanganku sepanjang perkahwinan kami.

Iya, suami.

Aku punya suami dan masih isteri orang. Sang cinta itu bukan suamiku kerana suamiku ada di suatu tempat. Kau mahu kata aku curang? Isteri yang nusyuz? Tak apa, biar aku kongsikan hayat hidup aku. Biar kamu di sana tidak melatah seperti orang yang tidak tahu kisah aku terus-terusan mahu jatuh hukum.

Mari ke sini. Mari.

Biar aku kisahkan hidup aku..yang nyata..kau takkan panggil aku jalang lagi lepas dengar semuanya..

















No comments: