Saturday, June 9, 2012

Anonymous or Not?



Hakhem. 

Firstly, and seriously...i dont get it why people keep talking bout this issue. Ah, manusia suka kan fikir benda yang remeh temeh lalu kembang jadi isu yang besar even pada awalnya benda tu kecik je pun. 

Bagi aku personally, aku tak kisahlah dia well-known or unknown (anonymous) skalipun sebab bagi aku dalam dunia ni ada macam2 manusia. Lebih2 lagi lam blogging ni memang ramai yang jadi anonymous. 

Dan aku rasa aku sendiri pun anonymous. Kot. I think so. 

Pernah sorang mamat ni yang aku rasa kenal aku lebih dari orang lain kenal aku cakap

"Tak suka anonymous ni. Dorang cakap je berani bila jumpa depan2 kecut".

Tipu kalau aku tak terasa, sebab aku a part from it tapi aku rasa tak adil kalau dia judge semua anonymous tu sama. Tapi aku tak pernah gilah komen serupa "tak da telur" even aku memang tak da telur pun. kahkahkahkah, ok enuff. akhem. 

Memang tak di nafikanlah lam dunia blogging ni banyak yang ada sikap 'tak dak telur' bila tinggalkan komen or post entri. Ada jugak yang tak. Tapi macam mana kalau orang tu bukan anonymous skalipun. 

Kenapa? Orang yang bukan anonymous ni betol2 berani ke? Betol2 jujur ke? Macam tu? Aku pernah jugak chat dengan sorang anonymous dan dia pernah bagitau aku ada sorang hamba Allah ni kata orang2 yang Anonymous ni tak jujur sebab tu takut nak tunjuk identiti. 

Kesian, belajar tinggi2 tapi pemikiran cetek. 

Kita dalam dunia ni, hidup beza2. Membesar cara yang berbeza. Latar belakang yang berbeza. Waima kau kembar skalipun, tetap ada dalam hidup kau yang berbeza. 

Jujur bagi aku, anonymous atau tak, sama je. Kalau betullah orang yang tak anonymous ni semuanya jujur, takkan ada pernah kau kena tipu dengan orang yang kau kenal sejak kecil or kena tipu blogger yang well known macam apa yang aku pernah kena. 

Konsep dia senang je.

Kalau kau nak orang hormat kau, hormat orang lain dulu dan jangan mudah buat kesimpulan berat sebelah. 

Kebanyakan anonymous yang aku kenal, aku tau sebab kenapa dorang being anonymous dan tak nak orang kenal dan most of dorang, manusia2 yang hebat...lebih hebat dari manusia yang aku kenal dan pernah jumpa. Jujur. 

Mungkin bagi sesetengah orang, anonymous ni hidup dalam dunia dia sendiri. Ye ke? Aku rasa tak. Tapi bagi aku personally, bila dah kenal golongan macam ni, memang aku makin faham kenapa dorang being underground dan tak nak orang kenal siapa dorang. 

Salah satu sebab ; kisah silam. 

Tak semua manusia ada kisah silam yang bagai La-La-Land. Termasuk aku. Tu aku akuilah. Entah orang perasan atau tak, ada kispen (kisah pendek ; cerita pendek ; cerpen) aku yang sumber ilham ambik dari kisah silam aku sendiri. 

Jadi bila kisah sendiri aku ceritakan, aku kalau boleh tak nak orang kenal muka aku..sebab bagi aku, dari muka, kau akan lahirkan rasa simpati tiap kali jumpa. Tipu kalau kau cakap TAK. Kau boleh tipu manusia, tapi Allah tahu hati kau. Sikit pun mesti ada. Dan benda tu akan melekat bila tiap kali kau jumpa manusia yang kau dah tau kisah silam dia. 

Dan bagi manusia2 yang kenal aku.."kalau" aku terserempak dengan dorang, at least dorang akan anggap itu karya aku dan hanya orang tertentu yang tau kisah silam aku je yang akan rasa simpati. Aku tak nak setiap kali jumpa manusia, mata dorang ada sinar simpati. Rasa agak celaka. 

Kalau dah rasa macam celaka, kenapa cerita jugak?

I know..i know..akan ada orang persoalkan macam ni. Tapi...aku buat kispen bukan sekadar kispen. Tapi tu cara aku nak buang dendam2 lama. Buat aku lupa cerita yang aku xnak ingat sampai mati. 

Dan alhamdulillah..jujur..dendam tu dan kurang dan tak menyesakkan aku dah..masih ada sisa tapi at least dah kurang. Lebih baik macam tu dari tak bukan?

So...before judge orang, korang kenal dululah. Tak kenal, maka tak cinta. Am i right? :)





...

2 comments:

PK said...

hai, boleh berkenalan. wkwkwkw.

Lee Zha said...

pi tenguk euro saja kau sana. *sepak montot PK*