Friday, February 17, 2012

Masa

2 minggu yang lepas..aku agak stress. stress dengan hidup yang bosan tanpa kawan-kawan. maksud aku di sini ialah lepak keluar makan-makan dan jalan-jalan. tipu kalau aku rasa tak tersisih bila tengok memasing up gambar lepak keluar dengan kawan sekerja masing-masing dan aku masih dengan jadual rumah-kerja-rumah. tak ada langsung kehidupan macam aku dulu-dulu. 

masa aku lebih banyak terluang dengan parents. ikut dorang beli barang dapur, teman dorang tengok tv, makan-makan kat luar dengan dorang and ya toloang dorang kat pasar malam. sebagai sorang yang dah terbiasa tetiap bulan keluar dengan kawan-kawan, aku jadi sorang yang cepat kecik hati n terasa bila tak ada sorang pun yang nak ajak keluar sama. 

aku membesar dari kecik sampai la sekolah menengah, hidup aku banyak habis dengan kawan-kawan terutamanya masa sekolah menengah. sekolah rendah aku masih budak yang orang tak tau-siapa-nama-dia dan ya, cikgu pun tak suka aku sebab aku ni murid yang lembap.

tapi tu semua bertukar jadi bertentangan bila aku masuk alam sekolah menengah. jadual sentiasa pack dengan aktiviti sekolah, kawan-kawan semua sentiasa ada dan jadi salah sorang murid kesayangan. indah tau. memang indah, tapi dalam pada indah tu pun, aku memang struggle dengan masalah famly dari tingkatan 3 ke 5. sebab tu jugaklah aku banyak habiskan masa di sekolah. asalkan ada event, tak kiralah suka skalipun, muka aku mesti ada kat mana-mana AJK. membesar dengan kawan-kawan membuatkan aku lapang dada dan tak ingat masalah sangat. dan yang paling penting, aku rasa diri aku jadi orang yang utama dan di sayangi.

tak kira dalam setiap benda, kawan-kawan mesti akan dulukan aku. mesti tarik aku masuk dalam apa jugak benda yang dorang nak buat. kalau aku tak ada, macam tak cukup korum. aku rasa aku macam gam masa tu. melekatkan semua orang pada aku. tak akan ada kawan-kawan yang tinggal sebab aku akan pastikan semua kawan-kawan di layan sama rata. 

well..life do change. skang suma tu aku dah tak rasa dan few weeks ago aku mula soal soalan ni pada diri.

"kenapa Allah buat aku macam ni skali?"

agak hampir gila jugak aku rasa terutamanya masa tahun baru. bila aku sorang duduk kat rumah sebab orang yang berjanji nak keluar dengan aku malam tu tak tepati janji. bukan soal menyambut tahun baru yang buat aku naik gila malam tu, tapi aku dah simpan harapan yang tinggi untuk keluar sekejap dari dunia yang membosankan malam tu. hirup angin malam. tengok lampu-lampu. tu buatkan aku bahagia dan ya, benda tu tak menjadi bila orang tu tak muncul-muncul.

ahh. aku bukan malaikat. aku manusia biasa. setiap manusia pun akan pernah tanya soalan yang sama, "Kenapa Allah uji macam tu skali?" kalau betul kau tak pernah soal benda tu pada diri sendiri...tahniah, kau memang di lahirkan punya kehidupan yang sempurna. 

Sampailah minggu lepas, sorang bestfren aku, lelaki, buat aku buka mata. Dia buat aku fikir positif. Dia ubah balik fikiran aku. Dan dia buat aku percaya yang selama ni apa aku (being left out) tu tak betul. hanya perasaan aku je. 

Dan aku tetiba fikir..kalau betul perasaan aku..kenapa aku macam di aturkanNya untuk lebih masa kat parents? and ya..simple answer knock my head..

"Dia nak kau cover balik masa-masa yang kau habiskan dengan kawan-kawan, skang masa untuk parents pulak"

kau tau..aku rasa aku hipokrit masa skolah menengah. setiap sujud, aku mohon aku yang pergi dulu dari dorang, sebab aku tau dorang  kuat "kalau" aku yang pergi dulu, sebab aku rasa aku tak mampu nak handle kalau kehilangan dorang...tapi...kenapa masa aku dengan dorang kurang?..kenapa?

dan untuk sujud-sujud yang sebelum hari ni..aku masih rasa doa aku hipokrit. aku mohon benda yang sama setiap kali sujud, tapi bila masa aku penuh dengan dorang aku rimas. bukan bermaksud benci, cuma aku dah terbiasa dengan kawan-kawan sentiasa ada. 

cuba kalau esok...salah sorang dah tak ada, nak menyesal tak gunakan?

lupa. aku lupa akan hari ni yang setiap benda yang jadi ada hikmah. ya..aku lupa. dan untuk seseorang..aku titipkan entri ni untuk kau jugak..bukan niat nak menasihat, tapi kau pun tau...aku takkan cakap sesuatu yang aku tak pernah rasa...sakitnya aku tau...bila mana aku pernah rasa sakitnya. bukan takat omong saja bukan? :)

hargai masa yang Allah pinjamkan dengan korang. masa tu datang dia tak berbunyi, dia tak akan jadi alarm..dia lalu senyap-senyap..dan pandai-pandai kau lah gunakannya..ingat..selagi dorang masih ada..jahat macam mana pun dorang..dorang tetap parents kita. :)




...

4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

indeed.

segala yg berlaku ada hikmahnya.

lambat atau cepat je. kalau bukan di dunia ni pun, insyaAllah, kt sana kelak kita dpt habuan.

[+] untunglah ko, duk dgn parent, boleh jaga dan bermanja dgn dorg. aku ni, duk jauh, dr sekolah menengah smp now ni.. ah, jelesnyeee..

Lee Zha said...

sila jeles 100 jota kali! hjahahaha

(the naked writer) said...

dem. kau cerita pasal hidup aku ke. heh

Lee Zha said...

tnw : pehh. kan aku dah kata..aku keturunan bomoh, kau xcaya. hahaha