Wednesday, February 29, 2012

heartless

"Ada sesuatu yang saya belajar daripada emak saya, di kala kehidupan sangat memalatkan, bankrapsi adalah pasti, sesuap nasi hanyalah impian besar perut-perut yang berkeroncong, suami yang bukan suami, dan anak-anak yang ketiadaan ayah, dia tetap tersenyum, gembira mengatakan pada saya, jika dia memikirkan segala kecelakaan yang berlaku, pasti kedua-dua belah tangannya tidak akan mampu membesarkan kami semua sehingga sekarang, di mana kami lebih tinggi dari dia.

Barangkali, hidup terlalu singkat memikirkan masalah-masalah gampang yang terlalu kelat, sehingga menjadi sisa-sisa yang sia-sia."



- Luc




roh yang berjalan di atas duri. aku rasa itu aku, dan untuk kau..buatlah apa yang kau suka sebab sekarang ni kau lempar dengan tahi atau belati pun aku dah tak dapat nak beza. sakit, busuk atau luka? entah. kan sudah aku bilang tadi..aku bukan lagi manusia, tapi roh yang berjalan di atas duri. 

3 comments:

Paolo Balam said...

roh itu sudah tidak lagi merasa sakit ketajaman duri kerana sudah lali. itu aku.

Lee Zha said...

tnw - tu maksudnya kau pilih untuk tak mahu peduli lagi, sebab dah tiba masa untuk kau tak perlu pedulia dia dia dan dia lagi.

Anonymous said...

Aku baru berjalan-jalan dalam ruang ni,

there was a time yang aku rasa aku tak layak hidup di atas ini, dan sentiasa berselubung dengan duri, tapi melihat wajah emak yang sedikit tua, the only thing that I can do is to challenge myself, Mak masih boleh senyum, kenapa kami perlu merintih akan kehidupan yang memang sedia palat.
Mengingati-nya, buat aku kembali berlari, kesakitan takkan hilang, tapi kalau tunggu kesakitan itu hilang, sampai bila aku boleh bangun, itu ayat untuk aku sendiri. I keep thinking untuk setiap efek sebelum dan selepas. Aku wujud kerana ihsan manusia lain, jadi dengan mengecewakan manusia itu, ianya lebih sakit, berbanding masalah lain.

Haha, merapu jak kmk tok.