Tuesday, February 7, 2012

For One More Day

Satu tabiat aku yang amat jelas kalau mengenai buku.

Aku suka beli buku yang penulisnya aku tak tau dan tak pernah dengar. Tajuknya pun lebih kurang sama. Aku tak suka nak google buku-buku yang bagus di baca dengan keadaan di Miri ni bukan macam di KL kau boleh jumpa sesenangnya buku yang kau nak. So, daripada aku bersusah payah google buku dan akhirnya tak jumpa, baik aku beli ikut suka hati.

Dan sebab perangai yang susah nak sabar dapat buku jugaklah yang buatkan aku kurang nak beli buku online. Banyak buku online yang bagus2 tapi leceh sebab aku terpaksa bank in duit lagi. aduhai. pemalasnya. Nak tak nak aku kena tukar maybank card aku tu pada maybank2u tapi setiap kali cuti mesti aku lupa nak buat.

==' salah sendiri. '

so, 2 hari lepas aku pergi mall dan terus pergi book store. mall yang 5 min je dari rumah. aku memang banyak jugak aku borong buku kat sana sebab tak sangka pulak koleksi buku2nya yang aku kira ke arah indie banyak kat sana banding Popular. Oh ya, Miri tak ada MPH, so Popular jelah yang orang slalu target nak cari buku.

Book store yang aku pergi ni agak terbelakang sikit dan kebetulan Merdeka mall ni belum semua kedai dah di huni malah ada yang dah huni tapi tutup balik. Sambutan tak berapa nak menggalakkan sangat..kot. Tapi orang makin ramai pergi sana semenjak panggung wayang berpindah ke sini.

Ok, ini buku2 yang aku beli.


Jujur, buku For One More Day tu yang paling aku tak sabar nak baca. Buku ni buku alih bahasa ke BM tapi nama penulis dan judul asal memang masih di kekalkanlah. 

Bila baca sinopsis buku ni, aku terfikir seorang kawan, sebab buku ni berkenaan seorang lelaki yang di beri pilihan oleh ayahnya samada untuk menjadi anak kesayang ayah atau ibu; tak boleh menjadi kedua-duanya. So, aku pun aim yang aku akan nangis bila baca.

Tapi sayang, sebak pun tak ada masa baca buku ni. Jalan cerita yang memang best sangat. Aku habiskan dalam masa 1 hari. Sedangkan buku-buku yang lain aku baca sikit-sikit. 

Buku ni berkisarkan seorang bekas pemain besbol yang sangat sangat sangat rindukan ibunya yang dah meninggal dan masa mula baca buku ni, ianya kisah benar. So, aku pun tak tau sasihnya, aku pun google, rupa2nya tak...fiksyen semata. Tapi apa yang menghairankan aku, pada muka surat terakhir ada gambar wanita yang aku assume as 'ibu Chick' dan gambar Chick dengan kostum halloween 'mumia'. Ok, abaikan saja dulu.

Buku ni berkenaan seorang wartawan sukan yang dengan tidak sengaja berjumpa Chick Bennetto yang merupakan bekas pemain besbol yang pernah sampai ke tahap World Series. Apa yang menarik perhatian wartawan tu nak mendekati Chick ialah bila dia di beritahu Chick pernah mencuba untuk membunuh diri. 

So, dari situ Chick menceritakan kenapa dari mula. Perjalanan cerita bermula dengan kehidupan Chick sejak kecil dan perangai ibunya yang suka sangat selitkan nota-nota ringkas untuk Chick baca dan bagaimana tumbuhnya minat besbol. 

Minat besbol timbul bila mana ayahnya yang mengajar Chick, pada masa tu ayahnya merupakan salah seorang jurulatih. So di sini timbulnya kekeliruan dalam diri Chick. Dia di beri pilihan samada mahu menjadi anak kesayang ayah atau ibu. Pada dasarnya, dia lebih sayangkan ibunya sebab sifat kasih sayang yang ambil berat yang selalu ditunjukkan oleh ibunya berbanding ayahnya tetapi kerana minat yang kuat pada besbol. dia memilih untuk menjadi anak kesayangan ayah. 

Hingga semasa Chick berumur 6 atau 7, ayahnya pergi meninggalkan dia, adik dan ibunya. Tidak tahu ke mana sebab ibunya seperti tidak berminat untuk memberitahu sebab. Di sini perjalanan Chick hidup tanpa ayah dan bila mana dia rasakan ada waktunya ibunya lebih banyak membela dia berbanding dia membela ibunya. 

For One More Day aku anggap satu doa Chick yang mana bila ibunya mati, dia benar-benar lumpuh. Dia tidak yakin pada diri dan dia hilang dirinya yang dulu. Barulah dia sedar, ibunya ialah segala-gala baginya, dan matinya ibunya membawa jiwanya sekali. 

Ajaibnya, bila Chick yang cuba membunuh diri sebab terlalu tertekan dengan hidup dan terlalu rindu dengan ibunya, Chick yang dalam kemalangan bertemu dengan ibunya. Boleh makan semeja, boleh berpelukan dan Chick benar-benar keliru samada dia sudah mati atau apa yang terjadi hanya impian atau mimpi dia sahaja. 

Macam aku kata tadi, buku ni jalan ceritanya kuat, dan menyedarkan kita bahawa selama ni kita terlalu lalai untuk menghargai ibu kita tapi sayang, sedu dan sebak yang sepatutnya aku rasa masa membaca aku langsung tak rasa. 

Aku tak tau mana silapnya, mungkin aku yang mempunyai masalah untuk selam dalam buku ni atau bahasa yang di alihkan membuatkan ianya kurang perisa. Nak tak nak, aku kena cari versi Mat Saleh buku ni. Supaya aku lebih faham, dan dapat cari jawapan kenapa rasa buku ni masih belum cukup bagi aku.



...





2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Akak cam ade je buku ni (japgi belek² library peribadi hehe..) Tp klau ni buku yg Mitch Albom nye, mmg bes =)

Lee Zha said...

ye eh? ni 1st time za baca, n mslhnya dia alih bhs punya. mcm kurang kick lah kak. nak kena carik yg ori BI rasanya. hehe