Thursday, December 1, 2011

you are not alone..

setiap orang, mesti akan ada tempat nak mengadu, tak kisahlah dia kekasih ke, kawan ke, mak ayah ke..adik beradik waima nenek atuk skali. bagi aku, aku selesa mengadu dengan orang yang tak kenal aku secara realiti.

walau macam mana kita tahan nak hadap sesuatu masalah tu sorang2, tetap akan ada masa kita mula cuba buka hati dan percaya bila ada orang kata

"kau boleh kongsi apa2 pun dengan aku. kau ada aku".


dan bila ada orang yang cakap dekat aku macam tu, aku akan mula pada sifat naif dan percaya 100%. percaya yang aku boleh harapkan orang tu sentiasa ada bila aku betul-betul perlu someone tuk cakap dan kongsi sesuatu.

but at the end...aku kekal ke posisi telan sorang-sorang.

ah, salah aku jugak. aku terlalu naif terima ayat macam tu sampai aku lupa orang lain pun punya kehidupan sendiri dan bukan dia hidup untuk hadap masalah aku 24/7. aku lupa.

dan balik kepada diri yang simpan segala perkara sendiri-sendiri memang perlu. supaya aku tak tamak nak curi waktu kehidupan orang lain untuk habiskan setiap saat khas untuk aku sorang.

3 comments:

PK said...

k. ko boleh kongsi apa2 dgn aku. tapi byr rm10 dulu.

Anonymous said...

sebab tu wujudnya blog. kan?

Lee Zha said...

PK : perampok!

anon : yea :)