Sunday, November 13, 2011

Flight atau bas?

Hari jumaat (11.11.2011) aku blah dari Miri ke Kuching. 14 jam. Aku berangkat hari Jumaat, 4.30 pm ke Kuching dan tiba the next day pukul 7.15 am kat Terminal Kuching.

Sejujurnya, ini 1st time aku travel sorang2 jaoh2 guna bas. Tempat paling jauh aku pernah travel guna flight pun gi KL je, tu pun ambik masa 2 jam je. Tapi kali ni totally different. 14 jam alone! Maksud alone tu takda saudara atau famlylah.

Aku pergi sana pun sebab ada urusan penting. Sampai Kuching hari Sabtu, pukul 7.15 am. Pukul 4.30 pm aku dah naik bas yang sama dan driver yang sama balik ke Miri semula. dan ya, pagi tadi pukul 6.20am aku baru sampai kat Miri.

Itu cerita perjalanan aku yang gila penat sebab kena duduk dalam bas dalam masa yang panjang dan ya, tak ada apa yang kau boleh buat sangat. Kalau di airport, tunggu 14 jam pun tak apa. Sebab at least kau boleh jalan2.

Aku dah pernah kot tidur kat airport, nak kejar 1st flight punya pasal kat KLIA. Sebab masa tu aku balik dari konvo, dan tak dapat cuti lama. So nak tak nak, aku terpaksa ambik flight 1st day hari yang aku kerja sebab flight MAS masa tu pukul 6.00 am, aku kerja 8.30 am. Kira sempatlah sebab rumah aku dengan airport 5 min je dah sampai.

Kalau di bandingkan antara dua2 yang aku dah rasa ni, aku pilih travel with bus. Hahahaha. Bunyi macam gila. Tapi aku tak pernah tidur selesa gila dalam flight berbanding dalam bas kali ni. Maybe sebab aku bawak comforter dan bantal kecik kot.

Ya! Damn serious aku bawak 2 benda alah tu. Malu? Peduli apa aku. Aku bayar rm90 untuk tiket dan sepanjang 14 jam tu aku nak tidur kesejukan? Kirim salam. Aku bukan nak sombong, tapi selain dari tidur, apa kau boleh buat dalam bas selama 14 jam?

Sah2 kau just boleh tidur kan? So, kalau satu2nya aktiviti yang kau dapat buat tapi kau tak selesa, buang masakan? So, memang aku tidur pulas tapi aku akan terjaga setiap kali bas berhenti. Kebetulan, semalam hari lepas hujan. View petang dekat bukit bukau gunung ganang memang kau tak boleh nak bayar dengan apa2. cantik gila. hilang semua penat.

Aku tak nafikan, bila travel dengan Flight, kau rasa lebih selamat. dan of course kau bebas nak buat apa2 kat airport.shoppinglah, makanlah, online dan macam-macamlah. But once kau dah kat atas Flight, tak banyak benda kau boleh buat. Kalau aku, aku akan baca buku atau main sudoku je. Tak pun tidur.

Walhal, aku manusia yang suka tengok pokok (and ya, aku just reti lukis pokok je. =.='). Bila naek bas, memang aku tak boleh nak membaca sebab aku cepat pening. Untunglah sapa2 yang naik kenderaan masih boleh membaca dengan rileks. untung sangat2.

Part yang paling best bila naik bas, sepanjang jalan ada je benda yang nak di tengok. Kalau sianglah. Kalau malam memang kuranglah selain gelap. Part paling tak boleh blah, masa otw nak ke Kuching hari Jumaat tu aku boleh mimpi sepanjang jalan aku nampak hantu kat hutan. Bullshit. dan part yang tak boleh blah, sampai kat area bandar boleh pulak jumpa hantu Lisa Surihani. Abiiiiiiiiilah sangat! Lisa Surihani tu. hahaha.

Tapi tak semua orang sama. Maybe aku suka naik bas. Ada orang pulak suka naik flight. Masing2 ada hitam putih. Ada lebih ada kurang. Dan kelebihan Flight yang nyata aku tengok ialah ada toilet. Tapi aku memang agak cerewet bab2 toilet. Cerewet yang amat.

Selama aku hidup, masa otw dari KL ke Miri last week, aku masuk toilet dalam flight. Masa tu baru separuh  .44 aku baca (sempat lagi aku promote niii!), niat di hati nak kencing. Tunggu punya turn, aku masuk. Ok, hancing. Damn. Benda 1st yang aku buat, aku main2 semua punat, kepala paip apa jadah dalam tu sebab nak tengok macam mana toilet tu berfungsi.

Dah namanya 1st time noks, mau mak tak try! Lepas aku puas hati, dah tau mana flush, dah tau mana nak cuci tangan, aku keluar. YE, AKU KELUAR TANPA MELUNASKAN HARAPAN. Sebab? Sebab hancing. Sistem perkumbahan aku amat-amat cerewet. Bila masih dalam keadaan terkawallah. Kalau dah memang terdesak, tapi toilet tak memuaskan, maksud aku kotor ke apa, aku cuci kejap, then baru lunaskan.

Ingat aku tak pernah buat?? Toilet KL Sentral jadi saksi masa 1st day aku sampai sana last week. Sampai orang yang tolong tunggu beg aku siap tanya samada aku pegi kencing ke berak. Aku kencing jelah, selebihnya masa aku cuci toilet.

Tapi aku suka sepah bilik. Ye, bilik tidur tak dapat sama layanan macam toilet ok. Nasiblah.

Tips2 masa travel khas untuk gegurl yang pergi sorang2. Pastikan awak tau nak menjerit in case orang yang duduk sebelah awak tu lelaki yang gatal. Kes macam ni selalu jadi dalam bas. Dalam flight JARANG. Sebab takut maybe? Yelah, steward/stewardess buat lalu lintas.

Dan jangan takut nak bagitau driver bas kalau2 awak takut nak menjerit. Mintak tolong tukar seat dan bagitau kisah sebenar. Untong2 si gatal tu di tinggalkan kat tengah2 hutan. Biar insap sikit ye dak? Akhir kata, travellah semasa masih bujang. Dah kawin nanti susah noks...tak panjang langkah.


daaaaaaaaaa~


...


















2 comments:

HEROICzero said...

aku baru tahu dari miri ke kuching ambil masa 14jam . ke aku salah baca ?

Lee Zha said...

memang 14 jam pun by bus :)