Wednesday, October 5, 2011

tak histeria langsung!

"Amannnn!! Masuk dulu! Makan!".

Aman yang sedang bermain guli dengan Amin di depan rumah, di bawah pokok jambu yang redup mengangkat mukanya.

"Mak masak apa???!!".

"Ayam masak kicap yang Aman suka! Cepatlah! Ajak Amin sekali".

Demi terdengar ayam masak kicap, segera Aman menyapu tangannya. Pasir yang melekat pada jari sedikit demi sedikit cuba di hilangkan. Amin masih belum bangun. Duduk mencangkung menguis guli di tanah.

"Amin, jomlah makan dengan aku. Jomlah. Mak aku masak sedappp..kau pun suka ayam masak kicap mak akukan?? Nanti mak aku boleh suapkan kau sekali macam hari tu".

Amin bangun. Di tenung sahabatnya yang tinggi lebih kurang sama dengannya.

"Takpelah. Aku nak balik. Mesti mak aku dah siap masak. Aku suka mak aku masak. Sedap".

"Mak aku masak tak sedap ke?"

"Sedap. Tapi aku nak makan apa yang mak aku masak".

"Oklah. Jom aku temankan kau balik rumah".

Perjalanan yang hanya 10 minit bukanlah jauh tapi perjalanan yang memaksa mereka berdua meredah kebun Pak Majid yang membuatkan perjalanan lambat sampai ke rumah Amin. Kebun luas yang di pagari semak samun itu kelihatan sunyi dan jarang sekali penduduk gunakan.

Hanya mereka berdua sahaja yang gemar menggunakan jalan pintas itu dan hanya mereka berdua saja yang tau di dalam kebun itu banyak lubang jerat di buat oleh Pak Majid bagi menjerat orang kampung mencuri buah duriannya yang jatuh bila tiba musim durian.

Pernah sekali Amin hampir terjatuh, nasib baik Aman sempat menarik tangannya. Lubang yang sedalam 10 kali itu di tutupi daun-daun dan kayu kering.

Melihat saja pintu rumah kayu usang terbuka, Amin segera berlari meninggalkan Aman.

"Makkk!! Amin dah balik!! Amin nak makan!!".

Sunyi.

"Makkkk!!!".

"Mak kau tak ada kot Min", Aman muncul dari tepi.

Ada bunyi derap kaki dari bilik. Muncul seorang wanita yang hanya berkemban kain batik. Rambut sedikit kusut.

Hatinya panas melihat dua budak lelaki di depannya. Mengacau saja!

"Apa kau nak?!". Cekak pinggang.

"Amin lapar...".

"Kalau dah tau lapar pergilah makan! Yang kau menjerit macam orang gila ni kenapa?? Di dapur tu ada meggikan? Kau tak reti-reti nak masak sendiri ke ha??!". Kalau ikutkan rasa hati, mahu di terajangnya budak tu.

"Amin nak nasik...".

"Apa kau!..".

"Sudahlah sayang..kasi je budak tu duit..nanti dia pandai-pandailah beli dekat gerai tepi jalan depan kampung...you bising-bising buang tenaga je...".

Seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek memeluk mak Amin dari belakang. Aman yang melihat aksi lelaki itu hanya tercengang. Setahunya ayah Amin sudah meninggal 3 tahun lepas. Siapa lelaki tu? Ayah baru Amin? Amin tak cerita pun dia ada ayah baru?

Merengus. Dia masuk kedalam lalu mencapai RM10. Di campak duit itu di halaman rumah. Masuk semula ke dalam rumah.

"Sudah! Keluar! Duit kau aku dah bagi. Aku sibuk ni! Pergi!".

Aman yang melihat aksi ibu Amin segera menarik tangan Amin yang seakan patung. Tidak ada apa-apa reaksi pada muka Amin. Masih seperti tadi. Perlahan mereka turun. Berkeriuk tangga usang itu bila kedua-duanya memijak kayu yang entah  tak lama lagi akan reput.

Aman kutip duit kertas merah yang ada di tepi tangga. Di tarik tangan Amin.

"Nah, duit kau. Tak payah beli nasik, simpan. Makan kat rumah aku je. Jom".

Amin masih tak kata apa-apa. Aman terus menarik tangan Amin. Perutnya sudah keriuk mintak isi. Di kepalanya sudah hilang tentang peristiwa tadi, yang ada hanya ayam masak kicap ibunya yang menari-nari menggoda.

Remuk. Remuk duit kertas itu di genggamnya. Di depannya Aman berjalan ke depan tanpa menoleh. Mungkin Aman tidak sedar, di depannya ada lubang yang paling dalam di gali Pak Majid. Amin tau itu sebab semua lubang yang di gali telah di hafalnya.

Dia lebih arif tentang lubang di situ berbanding Aman. Malam tadi hujan lebat. Pasti lubang di penuhi air.

"Aman".

Berhenti. Pusing mengadap Amin.

"Ye?".

"Mak kau nak ke suapkan aku nasik macam dia suap kita dua hari tu?".

Senyum.

"Mestilah, mak aku dah anggap kau macam adik aku Min, jangan risaulah. Macam tak biasa...".

"Ok...".

"Aaaaaaaa!!!!".

BUSHHHHH!!

"Toll...toolllongggg!! Am....ammm...buuu..min toolonggggggg!!!!".

Aman jatuh. Betul sangkaan Amin. Air hujan malam tadi telah bertakung dalam lubang itu. Air sedalam 6 kaki. Tinggi dia dan Aman lebih kurang 3 kaki sahaja. Arif benar dia Aman bukan seorang yang tahu berenang. Tenggelam timbul kepala Aman di lihatnya.

Tangan Aman tak putus-putus menggapai ke atas. Amin cepat berlari ke rumah Aman. Pantas.

"Aminnnnnnnnnnn!!!!". Suara Mak Munah memanggilnya.

"Kemanalah saja kamu dengan Aman ni...dari tadi Mak Munah tunggu nak ajak makan. Aman mana?".

Amin diam. Dadanya masih berombak, lelah berlari tadi. Tangannya di tarik Mak Munah ke dapur. Dia duduk di meja makan yang di depannya terhidang pelbagai lauk. Nampak enak. Nasi masih berasap.

Dia hanya memerhatikan tingkah Mak Munah yang tekun mengambil nasi dan lauk, di letakkan ke dalam pinggan.

"Aman mana Min?? Dia ada bagitau kamu dia ke mana??".

Tangan Mak Munah mula menggaul nasi dengan kuah ayam masak kicap. Mulutnya perlahan-lahan meniup nasi yang masih panas di dalam pinggan.

"Min?? Dengar tak Mak Munah tanya apa?". Matanya merenung budak yang dari tadi hanya diam. Nasi di kepal di jari dengan ayam. Tangannya sudah di angkat.

"Dia tolong Pak Majid kutip buah di kebun...aummm...".

Di kunyah perlahan nasi yang di suap Mak Munah.




Sedap. Kunyah..kunyah...




Senyum.




...

7 comments:

beautiful_rose said...

ketandusan kasih sayang...die cemburu kan orang lain yang punya kasih sayang.sedangkan dia terabai.

HEROICzero said...

niamakahaiii . kecik2 dah saiko ~

Sayid Ann Ima said...

lakukan apa sahaja demi kemahuan diri
niiice...
XD

Ayu Ikhwani said...

Speechless.. ☺ Tp good story, tetibe akak terbyg muke Aman cam Chucky hahahah..

Anonymous said...

best cerita ni :)

Lee Zha said...

rose : yeap. mungkin nampak tak penting, tapi boleh jadi racun kalau di biar. :)

hero : kecik2 cili padi bro. hahaha

sayid : dun judge a human by his age. hahaha

pcs : thanks :)

Lee Zha said...

kak ayu : komen akak slalu spam. haha da cek baru prasan masuk spam. hahaha jangan ngigau sudahlah..