Tuesday, July 26, 2011

syaiton pakai topeng

suci bertunang dengan syukor kerna atas dasar cinta. suci percaya, syukor yang datang dari keluarga yang alim itu merupakan calon ideal untuk di jadikan bakal suami. perkenalan singkat di ym membuatkan syukor dengan ikhlasnya melamar lalu menghantar rombongan meminang. lalu termetraikatan pertunangan. 

waima jarak memisahkan mereka, waima mereka perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk syukor menghabiskan pengajian perubatan di jordan, mereka sanggup. kerna 2 hati telah terpahat. 2 hati telah bersatu. dan keluarga masing-masing memberi restu. apa tidaknya, suci juga bukan anak orang biasa-biasa. 

bapanya bergelar haji. keluarganya hidup bersederhana dalam penuh kesyukuran dan taat padaNya. tidak kurang pula keluarga syukor yang ibu bapanya merupakan pendidik malah mempunyai latar belakang agama yang kuat. tidak pernah satu saat keluar dari rumah tanpa songkok dan tudung labuh. 

suci dan syukor membawa haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita. hanya ym dan telefon menjadi penghubung di antara dua jiwa. semakin perhubungan mereka di mamah usia, semakin tampak cacat celanya. yang di tutup, nampak terbuka. yang kabur nampak jelasnya. 

syukor ternyata bukan seperti yang suci angankan. latar bekakang agama yang kuat bukanlah sesuatu yang membentuk syukor menjadi lelaki ideal tetapi menjadikan syukor seorang lelaki yang amat atkjub dengan agama sehingga sewenangnya mengeluarkan fatwa sendiri. 

"baju kurung itu pakaian sondal.."

pernah sekali jawapan itu di beri syukor bila masa suci mula berbicara tentang baju kurung. di mana yang sondalnya? agama tidak pernah menutup pemikiran penganutnya sehingga membuat pengiraan sendiri, sama sekali tidak. 

suci tidak tahan, selama 2 tahun, dia cukup masak dengan syukor. dia cukup masak dengan kata-kata syukor yang hanya bertopikan kopiah tapi hatinya hitam tercalar. mungkin dalam rasa syukor ada rasa yang dia sudah cukup "suci", dan tak mustahil mungkin dia sudah rasa yang namanya tercacat menjadi ahli syurga. 

persiapan perkahwinan yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi di pandang sepi suci. entah, hatinya antara dua. mahu dan tidak mahu. segala persiapan dia buat sendiri. semua wang yang mengalir keluar semuanya duit simpanannya sendiri. tidak satu sen pun di beri syukor.

tapi pedih hatinya bila di tuduh hanya syukor yang beriya-iya mahu menikah dan suci hanya berasa terpaksa untuk menikah. dari sudut dunai manakah dia terfikir perkara itu?

sejak dua menjak ini ada saja perkara menjadi perbalahan. suci di tuduh curang hanya kerana bergambar dengan teman sekerja yang bukan dia seorang saja, hampir 8 orang semuanya di dalam foto. di celah mana kecurangan itu ada? sedangkan lelaki yang dikatakan curang dengan itu duduk jauh darinya. 

tidak tahan. suci harus buat keputusan dan dia berharap keluarga memahami kehendaknya. lebih baik mengelak dari mengubati. andai lelaki itu yang mahu di jadikan suami, suci tidak sanggup merana kemudian hari. 

suci nekad. pertunangan di putuskan. itu kemahuannya. walaupun hatinya masih sangsi dengan keputusannya tapi dia redha dan tekad. sayang macam mana pun, dia tidak mahu kerna sayang dia jadi bodoh. menutup mata dengan perilaku lelaki yang tidak cocok dengan pemakaiaannya. 

suci kira, bila tali pertunangan itu putus, tiada lagi yang perlu di fikirkan tanpa dia sedar dia bakal menghadapi sesuatu yang tak terjangkau pemikirannya...








based on a true story, hanya nama yang di tukar :)...bersambung... hehe (malas nak taip)

6 comments:

PK said...

lebih baik susah hati hari ini daripada susah hati kemudian hari.

kadang-kadang gua tension juga dgn brader-brader tunjuk alim semacam ni. tension bila gua tahu perangai dia pun senget juga biasanya.

mahu ke syurga, tapi jalan ikut neraka.

Lucifer said...

titik kelemahan mereka yang lebih mudah dimanipulasikan syaitan, aku tak tahu macam mana nak hurai, tapi begitulah, di mana once mereka tertunduk, terowong itu bengkok.

Lee Zha said...

PK : and the best part is..'syukor' tu anak cikgu aku'. alhamdulillah mak nya tak mereng seperti anaknya. dumb ass.

luc : bila rasa diri dah suci, macam yalah. macam solat 5x sehari dah rasa dosa hari tok dah d ampunkan.

Penulis Bogel (the naked writer) said...

suci antara 1 dalam seribu yg berani buat keputusan memutuskan sesuatu tanpa menghiraukan bala yg akan dtg....masyarakat kita, biasalah...cakap2 busuk tak lekang...malu keluarga juga penting.

Lee Zha said...

PB : malu tu boleh padam di tiup masa tapi kalau suci menikah dan hidup tak bahagia sampai ke mati merana pun tak guna.

nasib baek famly suci faham. ada sesetngah famly macam kau cakap, ingat malu saja.

Ayu Ikhwani said...

Eh.. citer btul? Haisssyyy.. laki tu tatau ape he will miss