Friday, July 29, 2011

Kayu ukur susah itu wujud tak?

ada orang.

naik moto tu susah.

ada orang pulak, naik bas pegi skolah sebab bapak tak anta kai kereta tu susah.

dan ada pulak,

yang naik perahu nak pegi mana-mana tu rasa sangat  susah.


manusia ni macam-macam kesusahan dia. tapi, kita ni just nampak benda yang susah bila tengok orang-orang miskin, anak-anak yatim, mangsa gempa bumi dan macam-macam lagi. tapi susah yang kita ambil enteng setiap hari perasan tak?

kita memang selalu lupa. lupa akan kesusahan. kalau dulu kita pernah rasa apa itu susah, kita mula hormat pendapat orang lain bila nak buat sesuatu kerja. sebab kita tau macam mana susahnya hidup dia dan kita dah pernah rasa.

tapi pernah tak kita ingat balik macam mana rasa susah tu bila dah mula rasa senang?

mungkin hari ni kita rasa susah betul hidup pakai motor.

esok lusa kita sudah mampu ada kereta. tapi masih tak kita ingat macam mana rasa susah bila naik motor tiba-tiba hujan lebat turun? masih ingat tak perasaan bila mata hanya mampu pandang kereta yang berbumbung dan tak terkena hujan sedangkan baju kita dari tadi menitik air hujan?

pernah? aku rasa kita cepat lupa dan ya, aku pun jugak pernah lupa.

tapi bak kata lagu ana raffali...tolong ingatkan aku...

tolong ingatkan aku macam mana rasa susah tak ada kenderaan waima motor...

tolong ingatkan aku macam mana rasa susah bila naik motor terkena hujan sebab tak ada kereta...

dan tolong ingatkan aku tentang rasa basah titik hujan bila sudah berkereta..

kenapa aku guna contoh kenderaan? sebab tu paling mudah nak hurai dan paling selalu dan cepat kita lupa dan pandang senteng.

"baru aku tahu macam mana rasa kena hujan bila naik motor...."

ayat yang keluar dari mulut kawan aku bila bonceng motor aku satu malam. masa tu tahap terlalu bosan, so aku decide ajak dia round2 kampung hirup udara malam.

bila dengar saja ayat tu, aku senyum sini, diam. ya, dia gadis. usia 24 tahun.

ayat itu keluar bila mana hujan yang rintik-rintik seperti segan mahu turun. belum tahap hujan-lebat-lebur-sampai-underware-lencun!

24 tahun dia bernafas di bumi Allah, baru sekali itu dia merasa tapi itu pun rasa yang seperti semut gigit saja. susah kalau hidup ni tak pernah susah. itu hati aku kata.

dan orang yang tak pernah susah ni kadang-kadang tanpa sedar sikap sombong diorang keluar juga. memang mungkin ada yang peramah, tapi sombong yang aku maksudkan bila mana kau tak mampu mahu memiliki sesuatu yang ada pada dia.

telefon bimbit jenama-latest-bau-kedai harga RM400.00.

"murahnya!". aku bet, memang itu yang akan keluar.

tapi bila kau kata kau tak mampu mahu beli, jangan terkejut bila soalan ini muncul.

"eh? kau kan kerja? mana gaji kau? aku yang tak kerja pun boleh beli"

"aku tolong bayar bil, tolong famly lagi..."

"aku pun tolong famly jugak bayar bil.."

"bil apa kau bayar?"

"bil astro"

"berapa?"

"RM50 kau tau! aku pun tolong famly apa, tapi masih boleh beli"

heh. kalau takat anak manja yang tak perlu kerja tapi tiap2 bulan ada orang bagi duit, semua keperluan masa shopping tak perlu keluar satu sen, aku pun boleh mewah!

tapi itu yang susah mahu terangkan pada manusia yang otaknya suka menyukat tahap kesusahan orang itu sama saja. dia rasa susah bila mana perlu bayar bil yang hanya RM50 tapi tiap2 bulan dia mewah, tak perlu kerja pun kalau kumpul duit yang di beri hampir 1k.

sebab tu aku malas mahu bungkar lebih tentang apa 'kesusahan' yang aku rasa. muak. bosan. bila manusia itu tak pernah rasa susah dalam hidup, kau kasi tau 100X pun takkan faham jugak.





kecuali kalau tiba-tiba famly dia jatuh bankrap...




...

8 comments:

Paolo Balam said...

aku expert jalan kaki di kaki lima. tidur di situ pun pernah.

aku pandai jugak naik bas. sebab aku selalu tidur kat kaki lima stesen bas.

aku kdg2 sakt hati bila org naik motor berlagak potong kau laju2 tgh jalan kaki.

sekrang, aku dah berjaya miliki motor. baru 2 hari. aku pasti aku akan rindu rasa berjalan kaki berseorangan itu.

dan aku pasti aku akan ditimpa basahan hujan, yg sudah biasa dilalui pabila jalan kaki.

true story, hehe...=)

Anonymous said...

hehehe...tetiba lak teringat waktu ramdhan 7 tahun lepas...balik k.l, dlm poket ade 50sen..berbuka ngan air paip + roti 50sen..hihihi...tpi pikir2, msti ade lagi insan yg lagi teruk dr sy time tu.. :)

Lee Zha said...

PB : syukur. sebab rasa susah tu akan didik diri kita untuk sentiasa tunduk padaNya. :)

hasr : pehhh. saya penah rasa kat kampus camtu tapi at least masa tu saya kat kampus la kan. xmakan, ley tido slesa, p awak kat mana plak masa tu? rumah? kampus?

Anonymous said...

heheh, tersenyym jak kamek maca tok

Lee Zha said...

luc : hehe..senyum2. syukur sebab kita pernah rasa apa erti susah. :D

± said...

kesian sebenarnya pada org2 yg tak pernah faham erti kesusahan

Lee Zha said...

kak dada...blog mana?...grrrr...

Anonymous said...

time tu bukak pose kat stesen bas je...hahaha..setaun pas tu, time pose gak, nak balik swak, bkak pose kt airport senai, duit dlm poket ade rm1.50 je..hihihihi