Wednesday, August 3, 2011

bahasa si kaya dan si miskin tak sama

dari dulu lagi, aku asyik tanya soalan ni dalam kepala aku..

"kenapa Allah berikan aku kawan2 dari golongan yang kaya-raya?...yang tak pernah rasa susah?..yang tahu nak complain memanjang?.."


memang soalan tu kurang ajar sangat. aku tau, tapi aku bukan hipokrit nak menafikan apa yang aku pernah fikir. aku tak mahu nafikan kalau soalan tu satu dosa. dan aku tak perlu nak nafikan supaya rasa diri lebih suci. tak perlu.

aku ingat, bila bulan puasa tiba, masing-masing akan ingat pada orang yang tak berkemampuan. tapi aku silap. makin banyak yang cakap besar. tanpa sedar dah macam sombong. pelik aku. kalau nak kata setan hasut, setan dah kena ikat. 

nampaknya tak perlu setan pun manusia dah tunjuk belang. heh. aku memang tak boleh betul jumpa manusia macam ni. tahap kesabaran aku makin nipis je bila jumpa orang-orang yang tak pernah susah ni. 

fade up. memang manusia2 macam ni aku suka ignore habis. tunggu rasa menyampah aku reda, baru aku tunjuk muka. 

pernah jugak aku berdoa supaya bila dah kahwin nanti hidup dorang susah, biar dorang rasa macam mana rasanya jadi orang yang tak mampu. orang macam ni jugak aku tengok nak kita dengar masalah dia je. kalau kita bukak kisah kesusahan kita, kau tengok betul2 muka dia, memang berubah. bukan berubah apa, tapi jelas tak berminat nak dengar. 

orang macam ni memang tamak. Allah uji 1 dugaan, terus rasa macam nak mati. walhal, masalah tu aku rasa taklah besar sangat cuma dorang ni suka ikutkan rasa hati. lara lah konon. p mampos. 

aku memang ngah fade up ni. nak tengok nama manusia tu pun aku malas. nak sound kang takut kecik hati makan hati teros. 

dan skang, aku bersyukur bila aku dah tau jawapan kenapa Allah lahirkan aku dalam keadaan yang tahu apa itu susah. 

Allah sayang aku...sebab tu dia tanak aku kaya, takut aku bongkak...

Allah sayang aku..sebab dia nak aku merasa apa itu susah, supaya aku selalu bertimbang rasa...

Allah sayang aku...sebab tu dia tak nak aku leka..macam mana rasa kesusahan...

Allah sayang aku..sebab tu dia nak aku tahu apa itu susah...supaya aku belajar berdikari untuk dapat aku yang aku tak..tak payah mintak kat mak bapak...

Allah sayang aku lebih..sebab tu dia biar aku rasa susah dulu..supaya aku nampak macam mana mak bapak besarkan aku..supaya aku tak lupa nak senangkan dorang..

semua sebab Allah sayang..bukan sebab dia benci...semua yang terjadi ada hikmah yang kadang2 kita tak nampak..p bila kita dah nampak..sila ucap syukur...





...

5 comments:

(the naked writer) said...

nak hidup susah ke senang atau senang ke susah? itu kerja Tuhan, tapi kite yg usahakannya...oh, aku takut sgt kalau tibe2 jadi senang...mmg aku bongkak nti

Lee Zha said...

doakan kita mampu senangkan orang tua jelah dah cukup. senangkan hati dorang paling penting. kalau kit akaya, tapi tak hirau dorang, tak guna jugak.

PK said...

berusaha je lah beb..dah usaha, susah senang tu tuhan punya kerja.

bangun kembali said...

kaya itu amanah
kaya itu tanggungjawab
kaya itu yang membawa ke neraka atau ke syurga...cuma tergantung kita nk ikut arah mana....
rasa ia milik kita, maka habislah semua..

Lee Zha said...

kaya bukan kunci neraka syurga sayang...tapi keredhaan itu kunci. :)