Wednesday, July 27, 2011

Ini kisah aku

minggu lepas, crita harry potter keluar. mungkin bagi korang filem tu biasa2 haje. tapi sebagai sorang budak yang agak fanatik, dan serasa seakan-akan dunia HP tu wujud, aku memang amat gila crita tu. bayangkan, aku boleh tengok cd HP6 yang baru aku beli sehari 10x tanpa jemu. gilakan?

dan kebetulan, beberapa hari sebelum HP keluar, sesuatu yang aib jadi kat famly aku. apa yang jadi, aku malas nak hurai. takut salah sorang famly aku baca entri ni dan akan menyinggung hati dorang. aib baii..mau malu kalau pecah.


aku bukan anak yang reti nak mengadu dengan parents. aku pendam apa yang aku rasa tentang apa yang jadi. aku diam. aku pura-pura seperti nothing happens. ya, aku tau. memang famly aku anggap aku tak kisah apa yang jadi sebab aku tak bising tentang perkara tu.

tapi apa yang dorang tak tau, benda tu aku perap dalam jiwa. dalam hati. dalam otak. kawan? ya, aku memang banyak kawan, tapi tak suka cerita hal yang tersangat peribadi pada dorang, macam aku kata, aib. aku cerita pun nanti, malu aku sendiri juga yang dapat.

untuk releasekan tension, aku pergi layan HP& part 2 sorang2. memang tak boleh hilangkan tekanan tu 100%, tapi at least aku rasa ringan sikit. dan ya, sampai skang, tak ada seorang pun aku bagitau tentang tu dan aku malu nak tunjuk muka aku pada orang waima orang tak tau. tapi lambat laut, mulut manusia akan pecah jugak.

tapi apa yang aku terasa, kawan2 buat gurauan tentang aku pergi menonton tanpa ajak dorang. ahh. aku tau dorang bergurau, tapi aku terasa. bagi aku setiap manusia perlu masa sendiri yang dia tak mahu bersama dengan manusia lain.

aku pun macam tu jugak. aku tak kisah pun kalau dorang keluar tengok wayang dengan siapa-siapa pun tapi tak perlu bila aku buat terus nak baut gurau. aku rasa tersindir tahu. tak payah buat muka, aku terasa.

kalau kau kat tempat aku, baru kau faham. tapi macam mana aku nak cerita kalau benda tu aib? tolonglah faham, aku juga ada masa mahu punya masa sendirian. kalau korang tak nak tengok aku betol2 gila, tolong hormat cara aku.

kalau tak suka, jangan sindir-sindir. kalau tak tau apa yang aku rasa, jangan buat kesimpulan sendiri. jangan bila kau lihat aku senyum ketawa, kau fikir everything is ok.

aku berani kerat jari aku, kesusahan dan masalah yang aku hadap sepanjang hidup kau, kau tak pernah rasa. jadi, jangan cuba keluar ayat seperti kau faham rasa yang aku pendam. aku kira, kalau Allah bagi peluang kau merasa menjadi aku, waima 1 minit pun kau takkan sanggup.

jadi tolong, tolong hormati cara aku. itu saja yang aku mintak.

2 comments:

bangun kembali said...

Diorang mmg xkn paham sekalipun kita cuba untuk memberi paham...sebagai sahabat yg baik, sahabat itu cuba untuk paham walaupun x berapa paham dgn kitanyer masalah...soalannyer,ada ke lagi 'sahabat' itu...mmg x paham!

Lee Zha said...

heh...rasanya mmg ssh nak jumpa kawan yang akan faham...tapi senang jumpa kawan yang nak kita faham dia ada masalah..macam dia sorang je ada..