Tuesday, July 19, 2011

aku siput :D

tak kisah lah siput apa pun. waima siput babi. tapi aku rasa aku ada connection an keluarga siput.

bila rasa ada ancaman dan bahaya, siput cepat2 masuk cengkerang. berlindung. di situ jugak dia rasa selamat dan di lindungi. aku pun macam tu. bila aku rasa hidup aku terancam, aku masuk cengkerang aku balik. oh ya, cengkerang aku di sini bermaksud bilik aku yang tak mewah-sangat tu.


even tak mewah, aku rasa selamat terperam dalam tu. bukan jasad je terperam, minda dan rasa pun terperam. memang bila duduk bilik, aku akan on9 dan masuk ke dalam dunia maya. tapi, kawan2 aku akan perasan yang aku seakan hilang, tak jawab mesej. tak jawab call. tak layan ym. tak layan chat fb.

entah. kalau rasa diri macam lemas, lemas dengan apa yang jadi kat sekeliling, aku lebih suka terkurung. duduk tengok tv pun aku malas. malas mahu tunjuk muka depan mak bapak. bukan benci, tidak. tapi aku malas nak tunjuk muka takda mood dan blur.

aku tak suka mak tanya apa masalah aku. aku tak suka bapak tanya kenapa dengan aku? tak suka. sungguh tak suka. lebih suka telan dan hadam sorang-sorang.

aku tahu itu bukan cara nak handle masalah dengan baik. tapi...dah memang MALAS nak tunjuk segala.

dan bila MALAS tu timbul, sampai sedara kawan2 kata aku dan tak hirau dunia orang. aku dengan dunia aku saja. terus cop aku lupa kawan. lupa sedara. ahh sial. aku paling benci orang kata aku lupa kawan atau sedara. rasa macam shit sangat2.

aku tau, ada yang fikir kehilangan aku di sebabkan putus cinta. oh maaf. aku memang manusia normal yang punya hati mahu berkasih tapi putus cinta bukan satu alasan besar untuk aku hilang. aku lebih banyak masalah yang besar.

susah benar kalau sudah biasa senang. minda hanya berfikir takat itu cuma. hanya fikir oh, dia kecewa kerna lelaki. pendeknya pemikiran. tapi susah juga mahu terangkan, pada manusia yang hidupnya tak pernah susah tentu saja dia berfikir hanya soal lelaki yang butuh perhatian dalam kepala aku.

sebab itu dia lebih senang membuat konklusi aku hilang kerna lelaki. heh. mungkin juga telaan dia betul. aku jadi begini kerna lelaki tapi bukan lelaki yang bernama kekasih. tidak. bukan.

"kau tak cerita, macam mana aku nak faham"

hmmm..kalau saja apa yang bakal aku cerita dan luahkan itu hanya aib semata yang akan terpalit kembali ke muka aku kau kira aku mahu cerita? malu. aib. lebih baik kau tahu sendiri dari manusia lain dari kau tahu dari mulut aku. sumpah. aku tak punya keberanian nak bongkar aib aku. aku tak suka mata simpati merenung ke arah aku.

merenung aku dalam keadaan simpati aku rasa seolah-olah kau memerhati aku yang sedang bogel. hina. ya, itu paling tepat. hina rasanya.

aku tak tahu sampai waktu bila boleh bertahan. tapi aku harap, musim bunga raya akan bertukar musim bunga sakura. andai itu rezeki aku. aku mohon Tuhan, bawa jiwa insan ini jauh, mungkin jarak yang memisah boleh menjadi perisai hatinya untuk hidup 10 tahun lagi...kalau itupun Kau izinkan...aminn...




...

4 comments:

Anonymous said...

wah...bes ayat las, bunga raya ke bunga sakura...cantik...tpi, ape2 pun, sy stuju pe yg awk kate, xperlu nk mintak smpati pada org lain...n sy pun same camtu, smpai famili sy sdri kata sy xde perasaan..hebat kan..hihihi

Ayu Ikhwani said...

Zha, akak pun suke sorok dlm umah time² camni. Luckily akak duk sorg so tak yah nak jage muke dpn org.. stay strong k

Lee Zha said...

hasr : hahaha tu la. bttr tnjok muka xda prsaan lg bagos. sy ngah tgu..ne tau de rezki..musim bunga sakura lak smp.. :)

kak : tu la pasal..bek duk diam lam blik je..lau tnjok muka kg org ckp mcm2. kan? thnx kak.. :)

Anonymous said...

wlupun muka cam xde perasaan, tpi dalam ati penuh bunga2 maa..hihihi...xpe2, tunggu la musim bunga sakura tu..tak lama nnti muncul lah tu...berusahalah :)