Monday, June 20, 2011

Trend Bunuh Diri Di Miri Part II

dulu aku pernah buat entri ni, korang boleh baca kat SINI. dan gurauan yang aku buat dalam entri 1st nampaknya dah masin.

dan malam tadi, aku lepak rumah member aku. lepas merempit keliling kampung dengan burger lam bakol, kitorang lepak beranda umah dia. entah macam mana, kisa bunuh diri kat Bintang MegaMall terbukak lagi. apa yang paling mengejutkan, macam2 cerita dia bagitau kat aku.

bos member aku ni cina, and dia ada kawan la kat Mall tu. kawan bisnes or apa aku tak surelah sangat. Apa yang aku tau, seorang je yang bunuh diri, korang boleh cek kat entri 1st tu. tak lama lepas tu, ada pulak kes baru..ini aku tau dari news paperlah. budak belasan tahun cuba nak bunuh diri sebab putus cinta, masalah famly dan banyak lagi. tapi tak sempat dia terjun, dah di selamatkan.


baru-baru ni pulak, aku dengar kisah red girl. ada orang nampak hantu pompuan pakai baju merah. aku taklah amek port sangat sebab yang bagitau aku pun, kawan aku. dia tau pun dari adik dia. macam mana adik dia tau, tu aku tak tau.

malam tadi pulak, memang new version punya cerita. fresh dari ladang sebab tak ramai orang tau pun tentang benda ni.

baru2 ni, salah sorang member kitorang, baru balik dari kursus di KL. so, balik dari airport, dia dengan Bf dia teros pegi Mall tu, sebab nak melahap kepci katenye.So, dorang park keta kat basement. Masa park tu, ada sorang pak guard tengok dorang. Lepas kenyang suma, dorang nak balik tros. Sampai je kat tempat parking lot, KETA DAH HILANG!


Gila. kalau aku pun, moto bapak aku hilang, mau aku gegar lutut. So, pak guard yang nampak dorang parking tadi tanyalah, diorang ada bawak keluar tak keta sebab pak guard tu just nampak dorang an keta masa mula2 datang. Memang mustahillahkan dorang alih keta sebab pegi kepsi je pun.  Kecoh suma pak guard cari keta tu. Suma call walkie talkie cari keta tu.

And guess what, keta ada kat parking atas, level 6, tepi dinding. Aku tak surelah kejadian bunuh diri sebelum ini terjadi kat level 6 atau tak tapi ada satu lagi cerita yang ada kaitan dengan  dengan level 6.

Couple cina pulak punya cerita. Amoi ni tengah tunggu balak dia pergi toilet. So tengah tunggu tu dia dapat mesej, Bf dia suroh datang level 6 kat parking tu. Dia pun jalanlah. Kebetulan Bf dia baru keluar dari sana and nampak awek dia jalan. Dia peliklah tapi ikut awek dia dari belakang.

Sampailah Bf dia nampak awek dia nak pergi parking lot tu, terus balak dia tarik tangan awek dia dan tanya, buat apa kat sini? Awek dia katalah, Bf dia jugak yang suroh pergi sana. And yes. Memang Bf dia ada anta mesej kat awek dia, tapi mesej tu mesej KOSONG.

Aku tau bunyi macam tak logik. Takkanlah hantu reti main benda2 teknologi ye dak? Tapi, aku percaya sebab dulu masa kat kampus aku pernah kena. Sial sunggoh. Aku call housemate aku, bunyi callertune phua chu kang dia makin lama makin pelik, then, ada orang angkat, tapi bukan dia yang jawab, suara halus yang menjawab sambil ketawa ngilai. Damn. Sampai rumah, aku diam je tapi terus cek hp dia, sebab manalah tau dia prank aku. Macam aku jangka, langsung tak ada call dari aku.

Selain dari tu. Kedai BATA tak kurang jugak ada kes. Pekerja kedai tu ingat kedai dorang kena rompak sebab bukak je kedai, suma kasut berterabur. So, dorang tengok balik cctv sebab nak cek muka perompak jahanam tu. Hahahaha, last2, bukan perompak yang dorang nampak. Tapi kasut berterbangan tanpa sebab.

Apa yang paling mengejutkan aku, bos kawan aku bagitau, dah dekat 6 kes bunuh diri kat situ dan sebab tu hotel yang tengah dalam pembinaan kat yang di sambung dengan mall tu terkendala. Sebab ramai yang kena gangguan. Cuma, kes ni tak di hebohkan. Yang peliknya kata kawan aku, orang tua pun ada yang mati kat sana.

Kesimpulannya, tempat tu dah tak tenteram sebab dah banyak pertumpahan darah. Malah kata kawan aku, benda tu mintak nyawa sorang laki dan sorang pompuan lagi. Ahh sudah. Setan dah naik kepala. Benda macam ni tak patut di biar macam tu je. Tapi terpulanglah pada tuan empunya Mall samada nak ikut or tak apa setan mintak.

Sebab tu dalam adat melayu, bila kita masuk tempat baru atau buat rumah, kita kena ada buat kenduri doa selamat apa semua. Ini bukan ritual, tapi adab dengan makhluk Allah yang lain yang kita tak nampak, tapi dorang nampak kita. Bukan maksud memuja, tapi dengan cara yang sopan kita menghormati dorang.

2 comments:

hasr_zero said...

huuu...seram..seram....apa-apa pun, benda ghaib nie wujud n jgn pelik klu bnda ghaib ni geti gune teknologi cam kita...dalam MASTIKA bulan 3 ke bulan 4, ade citer psal benda tu..

L said...

hasr : tau xpa. tpt tu dah xtenteram sgt dah. p sy ttp suka g sn an famly. makang pizaaaaaa. haahaha