Tuesday, June 21, 2011

Cigarr~

she is sexy, in her own way. :)
FB. Upload Pic. A girl with Cigar.

Comment.

eiyy..tak elok merokok.

Ehem2.

Aku tak smoke. Aku tak suka bau rokok, sebab kondisi paru-paru aku yang tak berapa nak sihat, aku sesak nafas kalau hidu lama2.

Tapi aku suka gambar pompuan tengah smoke. Dan, aku pernah mintak Alvin Si Raksase Hijau untuk shoot gambar minah pakai baju kurung kain cotton tengah smoke. Bunyi agak gila permintaan aku? Tapi Alvin cuma cakap "Terlalu dalam makna gambar yang kau nak, aku tak janji boleh buat, tapi aku cuba".

Aku siap suruh Alvin cari gadis yang betul2 smoke. Bukan baru turun shoot terus berkepol-kepol asap sampai terbatuk anak dara orang. Bukan. Aku hendak yang asli.

Aku faham, takkan ada yang faham kegilaan aku bila bersenggama dengan kamera. Imaginasi terlalu susah orang nak faham apa yang cuba aku sampaikan. Aku kira, bila aku post gambar gadis berasap, dan ada komen yang mengutuk aku, aku kira sudah berjaya dalam misi. :)

Kalau ikut adat orang melayu yang penuh dengan kesopanan, seorang gadis tak manis malah nampak jahat bila berasap. Nampak jahat? Ya, bukan takat tu. nampak jijik malah hina. Aku pun pernah rasa macam tu dulu. Tapi kemudian aku fikir sesuatu.

Zaman sekarang, hanya dengan rokok, kau dah boleh cop orang hina? Mulia sangat ke diri kau kalau kau tak merokok? Macam tu? Ya. Jawapan yang aku terima tertembak dahi sendiri. Biar. Biar bontot sendiri panas dahulu sebelum bontot orang lain panas.

Simboliknya sebatang rokok pada gadis. Seni. Pemikiran. Bila lihat sesuatu seni, sila fikirkan dahulu kenapa dan mengapa, dan bukannya mengkritik terlebih dahulu. Sebab, kalau kau mengkritik dahulu, jelas terbogel siapa diri kau dia mata orang. :)



waima pelacur pun masuk syurga..kita?...



....

8 comments:

PK said...

gua smoking..

dulu ada sorang gadis, kira junior gua study la..derek dia kata dia plg benci org yang merokok. gua cakap balik, kau jangan benci sangat, kang kau dapat laki yg smoking nnt, padan muka kau...

"yg pastinya aku takkan kawen dgn seorang perokok" itu dia punya kesimpulan..

dua bulan lepas, gua terserempak dia dgn husband dia makan lunch kat kedai...pehh!!! kepul-kepul asap dari mulut laki dia.

komen ni macam panjang entri pulak kan? hahahhaa.

L said...

PK : no hal bro. polis tak tgkp pn. tu la pasal, dlu member kelas aku smoke, aku pndg serong gak la kat dia. but lama2 aku tampa muka sendiri la, mcm agak bodoh bila aku treat org hanya sb dia smoke.

boyfee aku skang pun smoke gk. p aku sroh dia stop. hahaha gila. kang xpsal2 xsempat nikah aku dah mampos sebab hidu asap dia. lol.

HEROICzero said...

gambar minah pakai baju kurung kain cotton tengah smoke.


menarik idea kau. provokasi.

=)

L said...

hero : :D hrp bln 10 ni kg tcapai hasrat nk amek pic tu! :D

RepublicAku said...

itu jujur yg pura2...aku rasa lah..

Lee Zha said...

republic : xfhm bro. yg mana kau rs tu?

aleen aiden said...

i am sexy,in my own way.boleh stetmen aku mcm tu?hahah.masuk bakul angkat sendirik!

Lee Zha said...

aleen : hahaha pkai je nyah...xde mak nak saman2 uolss pon. kahkahkah