Tuesday, June 14, 2011

Suci

Aku melangkah pantas ke arah pintu dapur. Nak membuang sisa yang asyik menolak tidak dapat di tahan lagi.


PRAKK!


Bunyi pintu kayu bertembung dengan dinding kayu yang lusuh. 


Terpana. Jeritan seolah-olah tersekat pada kerongkong. Aku terduduk. Air mata mula keluar, tapi esak tangis belum di dengar. 


Di situ..di atas lantai di tepi meja makan...Saifullah terbaring kaku. Matanya terbeliak. Ususnya jelas kelihatan terkeluar dari kantong perut yang selama ini menampungnya. Darah merah memenuhi badannya. Percikan darah merah turut terlihat di pintu bilik mandi yang tidak jauh. 


Alat sulit Saifullah lembik, layu. Dengan darah yang yang pekat, masih kelihatan alat sulit itu tidak seperti asal. kulitnya seperti di hiris nipis-nipis hingga ke dalam isi.


Mulutnya koyak. Pipinya menimbulkan isi-isi yang serupa seperti mulut itu di tarik dari arah atas dan bawah.
Ngeri.


Perlahan-lahan Aku mendekati mayat adik. Raungan belum keluar. Hanya air mata yang tidak mahu berhenti.


Kedengaran bunyi tapak kaki dan orang berbual dari arah luar. Semakin lama semakin jelas. Ibu. Abah.


"Suci..ambilkan abah......".


PRANGGG!! 


Pinggan kaca yang di pegang dari ibunya berderai, terlepas dari tangan tua yang bertindak selari dengan rasa yang tidak percaya.


"Saifullll!!!!!!!!!!!!!! Ya Allah!! Saifulllllllllll!!"


Disitu. Ibu merangkul Saiful yang tidak menjawab panggilan ibu. Ayah. Entah mana hilangnya kegagahan hingga seperti orang lumpuh di muka pintu. bahu abah terhenjut-henjut. Kepala abah tunduk. Kedengaran tangisan jantan yang tak pernah aku dengar dari mulut abah. Abah menangis?.


"Saifulll....siapa yang buat kau macam ni nak....siapa?.....".


Ibu. Masih memeluk jasad tak bernyawa. Ya. Rupa Saiful tidak seperti pagi tadi. Ya. Muka Saiful tidak kurang ajar seperti pagi tadi. Dan ya. Mulut Saiful tidak keluar lagi ayat-ayat mencarut. Dia terbujur kaku. Dengan mata terbeliak. Dengan badan bermadi darah. Dengan perut yang terburai isi. Dengan...Dengan..alat sulit yang...tak serupa seperti dulu. 


Aku bangun perlahan-lahan ke bilik. Baju kurung cottonku penuh darah..ya..darah dari darah dagingku sendiri yang telah terdampar...


Buka pintu. Kunci.  


Perlahan-lahan..air mataku yang terakhir mengalir ke pipi...


Hari itu pagi. Tahun 2005. entah macam mana, lepas kemas rumah aku mengantuk. Tertidur di ruang tamu hanya dengan singklet nipis. Aahh..di rumah. Tiada siapa mahu lihat. Lena. Mata mula pejam.


Mataku terbuka luas!


Ada tangan dari belakang cuba menarik ke atas bajuku. Mahu lihat dada!


Aku berpaling pantas. Oh! Muka manusia sial itu merah.


"Suci, mana remote tv?", nyaring.


Sial! Mencari remote tv, ada aku letak dalam baju aku kah???! Pantas aku bangun, kaki melangkah ke bilik.


Di bilik. otak ku kata jangan. Hatiku kata ya! Aku beranikan diri. Tidak boleh tidak. sudah acap kali aku tertangkap dia mengintai aku semasa mandi! sial!


"Ibu...tadi Saiful cuba tarik baju Suci...dia....". Tak. Ayat itu tak terluah. Air mata itu bukti aku tak menipu. Abah tentu percaya. Aku anak kesayangannya. Dia tahu ak tak berbohong.


"Suci! Apa yang kau merepek ni??!! Tadi Abah sendiri dengar dia mencari remote! Kau ni suka berangan benda yang tak masuk akal! Dia adik kau!". 


"Entah! Kuat sangat berangan! Jangan bercakap macam orang gila Suci!"


Tidak pernah aku lihat Abah marah. Hancur. hati aku hancur!


"Oh! Aku tak pernah cakap tipu! Tapi sampai hati abah marah aku?? Ingat aku buat cerita? Sampai bila mahu percaya cakap aku! Selepas aku dirogol baru mahu percayakah?!


BUMMM!!


Sengaja ku hentak belakang badan menyandar pada dinding dengan kuat. Aku tunduk. Baju kurung kain kapas ku masih bercorak darah. masih berbau hanyir darah. Ia darah. Darah dari darah dagingku. 


Kepalaku terlanggar benda keras di dinding. Aku toleh. Owh..paku panjang tempat aku menggantung beg.


"Sampai hati siapa yang bunuh Saiful...Saiful anak kesayangan ibu...tak pernah buat salah di mata ibu...."




MIRI, 06 Mei : Sorang gadis berusia 22 tahun di temui mati di dalam bilik tidurnya di percayai luka yang dalam pada belakang kepala yang di percayai terhentak pada paku di biliknya. Dalam kejadian yang sama, adik mangsa, Saifullah Iman,19  telah di jumpai mati di dapur dalam keadaan yang ngeri. Menurut laporan yang di buat oleh bapa mangsa, Iman Rasul, 48, kakak mangsa masih hidup semasa mayat adiknya di jumpai. Dari siasatan yang di lakukan oleh polis, Saifullah telah mati di bunuh oleh kakaknya, Suci Iman berikutan dari penemuan pisau pencukur yang di temui di poket baju kurung beliau dan cap jari yang di temui pada baju mangsa. Turut di sertakan bukti-bukti bertulis dari Hospital Umum bahawa beliau mengalami trauma yang serius akibat dirogol oleh adiknya dari tahun 2001-2003.



p/s: Karya ni, asalnya skrip yang aku buat untuk ujian kelas seni lakon aku masa sem 2 di UiTM. Oleh sebab masa yang amat singkat, aku tak menghayati skrip aku. Tapi aku memang bukan pandai berlakon pun. hahaha..aku postkan karya ni sebab bila tengok Kontrol Histeria. Thanks DarK Half, sebab kau, aku kenal kontrol, dan sebab tu, aku postkan benda ni yang selama ni aku rasa macam tak normal menulis benda2 cenggini. hahaha. tengs bro!


:)

11 comments:

aleen aiden said...

keh3.mase separuh masa pertama baca tadi,memang aku da pikir kontrol histeria.taniah!hu3

Dark Half said...

apsal tak hantar ke KH? serius best. sori zha, aku dah lama tak bw. baru harini perasan entry kau nih. seriously, nice writing. nak tak aku suggestkan pada khairul?

L said...

aleen aiden : hahaha tu ar psal..aku pn xpnh tfikir yg skrip aku dlu tu normal utk budak2 mcm kite2 ajew~ kahkahkah

dark : xyah ssh2 bro..aku bkn penulis hebak pn. ni skrip aku dlu je pun. g pn, rsnya aku xley msok geng2 kontol la bro, segan. aku msh newbie lam dunia blog. xlyk duk sm2 otai.hahaha

ghost writer said...

woah L-zha.tak sangka kau mantap gak dengan citer macam nih..

tapi tak heran kalau dibaca dari penulisanmu sebelum ini.tak jadi masalah untuk kau create satu citer.

L said...

ghost : itu dlu ghost..ms aku msh dip..skg ni aku xyakin nk buat2 citer cm ni dah..sb risau idea basi. huhu

Kontrol Histeria said...

takde thanks untuk kontrol histeria? kehkehkeh.

L said...

KH : hahahaha big bosssss! thanx so much. this best bro~ hahahaha

Ayu Ikhwani said...

Lame dah tak jenguk blog Zha.. aka nye blog pun entry tertangguh punye la bnyk, sekali publish sampai 4-5 entry

Wowwww! Ni Zha yg tulis ke? Seryes bessssss

L said...

kak ayu : hahaha. zha lau dh taip, mls nk simpan lam draf, trus publish. de org bc ke x, janji post. rimas tgk lam draf je kg.

:) yup. amek ckit2 dari sjrh hdp. hehe. btw, thnx kak sb dtg even busy. :D

Ayu Ikhwani said...

Hahah.. akak plak yg selalu jadi kdraft sbb tak abis com[ose.. boley? Pastu ketar nak abiskan entry² berlambak yg tertangguh sbb dah tak ingt ape nak tulis hehe..

Zha, publish la lagik citer camni.. seryes bes!

Lee Zha said...

kak ayu : ye ke? trimas kak! tak sgka cikgu bagi kbenaran anak murid tulis mende2 cenggini. hahahaha

risau kena rotan td. hahaha