Thursday, June 30, 2011

Aku tak tau mana satu yang lagi sial.

Hmmmm. kalau laki buat silap 10 kali, pompuan still boleh maafkan. tapi bila pompuan buat silap 1 kali, laki still susah nak maafkan. so soalan, mana satu yang lagi sial di situ?

Maaf kalau korang kaum adam terasa. Aku bukan saja2 menulis ikut apa yang aku dengar. Maaf. Itu bukan aku. Aku tak ada masa nak membaca atau bergossip tentang hidup orang lalu aku tulis dan hadam. Penulisan aku dalam ni semua ada kaitan dengan hidup aku.


So, sebelum korang nak judge aku jaga tepi kain orang lain, cuba duduk diam dan baca apa aku nak tulis.

Dalam hidup aku, terlalu banyak keburukan kaum laki yang aku tengok dan hadam. Tapi aku tak mampu nak muntahkan semua sebab semua dan sebati dalam organ2 badan aku. Badan2 aku dah terlatih untuk terima semua wayang yang jadi depan mata ialah salah satu exercise untuk badan aku. Tengok badan aku boleh menampung tak bebanan tu semua.

Termasuk akal aku. Kadang2, rasa paru2 aku memberontak. Bila mana aku rasa sesak nafas dan tersekat nak bernafas. Ada jugak masa mata aku dan tak terbentung dengan apa yang aku hadam, dia mula keluarkan air, untuk legakan sedikit apa aku rasa.

Dan kadang2..bila mana otak aku dah malas nak terima data2 tu semua, hati aku lagi laju bertindak dari otak dan akhirnya mulalah tangan aku buat kerja bodoh. Apa kerja bodoh tu, korang jangan tanya. Tak penting untuk korang tau.

Sepanjang tubuh aku cuba mengkebalkan diri, mata aku nampak, yang selalu jadi mangsa ialah kaum aku sendiri. Jadi, tak hairanlah kalau 6 tahun dulu aku pernah jerit depan semua orang yang aku tak percaya LELAKI.


kalau air mata darah sekalipun keluar, belum tentu manusia mahu berubah

Sakit? Ya. Hati korang sakit bila dengar kaum hawa kata macam tu tapi korang tak tau betapa dalam luka yang kaum korang buat pada kaum aku sampai aku dah terluah ayat macam tu.

Hidup ni, ibarat roda roda, sentiasa berputar. Kadang2 kita cukup selesa ada kat atas sampai kita lupa satu hari nanti kita pun akan jatuh ke bawah jugak. Jatuh dalam dua keadaan. Jatuh perlahan2 atau jatuh menjunam. Hukum karma, what you give, you get back.

Bila adam bersenggama dengan kaum hawa yang bukan muhrim, dan hawa yang di panggil sang isteri memaafkan keterlanjuran suami yang bukan sekali, entah Allah sahaja yang tahu berapa kali dan bertahun2, adakah itu sial?

Dan bila mana si suami mendapat tahu isteri telah bersenggama dengan SEORANG lelaki yang bukan muhrimnya, CUMA SEKALI, si suami tidak dapat memaafkan. Yang mana lagi sial?

Derhaka seorang isteri bersenggama dengan bukan suaminya. NERAKA BALASANNYA.

Sial.

Sumpah. Kalau bukan atas dasar hormat semalam, mahu aku tampar mulut yang rasa dirinya suci itu! Isteri yang dulunya taat pada suami. Jujur. Mendengar kata. Patuh.

Tapi, kau mahu tahu bila masa aku lihat kau manusia paling hina??? Pada saat baru beberapa jam kau melafazkan akad nikah pada dia! Jijik!

Mungkin kau ingat minda anak kecil yang mungkin dalam lingkungan masih menyusu tidak memahami apa yang kau dan keluarga hinamu bincangkan! Heh. Allah punya kuasa, kau apa tahu? Mungkin bagimu anak kecil itu tidak faham apa2. Tidak ingat apa2.

Maaf. Allah kurniakan aku ingatan untuk ingat apa yang kau bualkan dulu, di depan mata, telinga aku! Keluarga kau dengan kau, sama2 jijik. Ptuihhh! Tak layak di panggil manusia!

Sungguh, kalau sang ibu dan ayah anak itu masih hidup, mereka tidak kisah anak bongsu kesayangan mereka kau ceraikan dari kau seksa dari dulu hingga sekarang. Anak kesayangan yang tidak pernah kata TIDAK pada suami. Anak yang sudah puas menelan semua apa yang kau dan keluarga kau lakukan.

Cermin muka sendiri, kesilapan kau bukan hanya sekali. Berpuluh kali. Itu yang isterimu tahu, yang dia masih tidak tahu??? Kini, dia ada si sudah ada kumbang yang lebih baik. Memberinya hidup yang selama ini kau tak mampu beri, tapi kenapa kau tak mahu lepaskan? Kenapa kau anggap dia isteri yang derhaka hanya kerana SEKALI tergelincir?

Sial. Entah. Semalam aku tahu semua yang ada perasan wajahku berubah. Bukan mahu menangis. Tapi rasa membunuh manusia itu semakin kuat. Kalau bukan masih tercalit sedikit rasa hormat, memang aku rasa suara aku yang aku simpan ku jerit pada muka kau yang tak tahu malu!

Sudah tiada apa2, mahu KELUARGA SENDIRI pun tak menerima, malah panggilan telefon pun tidak, sekarang sudah mahu naik kepala kami pula? Sungguh. Semalam, hari yang mencabar kesabaran. Rasa muka macam di simbah tahi saja. Ya, bukan aku yang di katanya, tapi manusia yang di katanya itu sudah seperti ibuku!

Sekarang, aku tak tahu samada masih mahu bertandang ke situ. Jijik. Sungguh. Jangan kau ingat, aku sudah maafkan kau dengan apa yang kau pernah buat pada aku dulu. Aku cuba padamkan memori tu tapi parut masih ada.

So, pada korang2 yang berpenis, ingatlah, jangan jadi macam lelaki yang dalam hidup aku ni. Serius, dayus. Tak layak di panggil lelaki. Gunakan kelemahan perempuan nak tegakkan benang yang basah.

And ya, selagi aku tak kenal korang 100%, aku tak cop korang macam laki serupa tak berpenis tu. Jangan risau. Tapi kalau korang panas jugak...nasiblah! hehehe.


...

5 comments:

Anonymous said...

aku faham, kerana ia sentiasa berulang-ulang mampir dalam persekitaran. kalau tiba2 aku hilang, mungkin kerana aku dilontarkan ke lokap atas tuduhan. hehe.

ghost said...

pengaruh SEKS terlalu kuat dalam hal begini aku kira..

Lee Zha said...

mata : kalau ktk dpenjara atas tuduhan membunuh sb membela mak ktk, kmk ttp kawan ktk. jgn riso. :)

ghost : entah. aku tak taulah. seks..harta..kau tau, harta boleh beli kebenaran. boleh tukar salah jadi betol. sial kan?

Sang Gabriel said...

aku ada pandangan yang vice versa pula

Lee Zha said...

gaban : iya? tlg kabarkn pada aku.