Thursday, April 14, 2011

Gadis & Politik Sekarang

Tak di nafikan gadis sekarang berhak nak berpolitik sebab kalau bukan kami lagi, takkan masa akan datang nak harap orang tua2 yang dah nak rehat2 main an cucu kan?

tapi persoalan aku skang ialah, layak ke tak?




bukan maksud aku dari segi kelembutan ke apa. tapi politik bukan sesuatu yang ko boleh main serang hendap je babe. politik tu satu tanggungjawab. lebih kurang macam kerja polis, guru, doktor dan tentera. suma tu tanggungjawab. tapi yang beratnya tanggungjawab politik ialah politik penentu nasib masyarakat sesebuah negara.

politik ialah sejarah. sejarah ialah politik. kalau kau rasa nak masok politik sebab kau rasa kau layak memimpin, ko rasa layak ke? sedangkan sejarah kau buat dont know? jangan pandang senteng pada sejarah babe. sebab sejarah tak mungkin berulang kalau kau buta sejarah. sejarah bukan setakat sati fakta yang kau baca dalam buku teks dan kau jawab masa exam.

sejarah mengajar tentang masa silam. tak kisahlah dari segi apa tapi sejarah bukan setakat cerita kisah lalu tapi salah satu pengajaran dan peringatan kepada kita zaman skang. tak guna gebang 1 bandar kalau sejarah bangsa sendiri kau abaikan.

'leceh la sejarah bro..aku nak jadi pemimpin..aku nak buktikan yang aku lagi baik dari pemimpin yang macam sial tu....'..

ehem. jangan terlalu yakin sejarah tu sekadar sampah. dari sejarahlah manusia belajar. dari sejarahlah manusia dapat pelajaran untuk menjadi manusia yang lebih baik. ingat, sejarah tak mungkin berulang. hanya tinggal sejarah tu lagu newboyz. eh, btol ke? hahah aku pun tak ingat dah.

selama aku hidup 23 tahun ni. 2 kali je aku rasa aku pernah borak pasal politik dengan kawan aku. masa 1st time masa aku kat kampus, masa tu pilihan raya Selangor, tak ingat tahun apa. tahun yang membuat BN ternganga sebab kalah teruk dengan parti pembangkang sampai orang buat rombongan ke Putrajaya nak suruh Pak Lah letak jawatan.

kedua, tahun ni. sebelum aku tau yang tahun ni ialah pilihan raya untuk Sarawak. Q. sorang kawan yang aku boleh borak dari kisah Harry Potter ke Politik.

dan aku akui. selama aku hidup, Q sorang je kawan yang betol2 ajar aku tentang politik dan kitorang share opinion masing2 tentang politik di M'sia. kitorang borak dari zaman Tun Hussein merajuk dengan Tun Abdul Rahman sampai la skang ni.

bukan berkamksud kawan2 yang lain tak ada yang borak. ada tu ada. tapi 'ada' tu bila ada isu je yang keluar. dengan Q, asalkan ada topik, semua kami dua bincang.

aku akui anak gadis yang 0 ilmu politik. tentang pilihan raya 5 tahun sekali pun aku tak tahu dan apatah lagi siapa yang layak mengundi. kalau setakat umur layak mengundi pun aku tak sure.

alhamdulillah aku ada Q. aku tak kisah kalau Q rasa soalan yang aku tanya dia bunyi macam bodoh contohnya pesal aku tak layak mengundi skang dan kenapa aku tak boleh daftar mengundi skang?

well buddies, kalau kau nak kira malu kau je, sampai bila pun kau akan bodoh. biar tanya soalan bodoh, asalkan jangan nampak pandai tapi tak tahu apa pun tak guna.

jadi..soalan aku...layak ke gadis skang ni akan join politik masa akan datang kalau dah skang pun jangan kata gadis, kawan lelaki aku pun Q sorang je yang borang betol2 borak sal politik dengan aku.

dan Q akui, dia susah nak cari kawan girls yang nak borak sal politik. ada tu ada, tapi akan ada alasan biasa kawan pompuan bagi.

aku faham. aku pun pompuan. aku tau pemikiran pompuan macam mana. sebab tu aku tanya, layak ke gadis skang gebang pasal politik kalau ilmu politik pun sejengkal je?

tolong gadis, jangan malu tanya kawan laki korang kalau korang betol2 tak tau or tak faham. jangan simpan lam hati konon 'kalau aku tanya laki tu kata aku bodo....'. biarlah bodo sekejap dari kau bodo selamanya. bezakan? nampak pandai tapi tak tahu apa. lagi tak guna, kan?

even tak minat sekalipun, even cita2 korang jadi artis sekalipun, jangan cita2 nak kawen dengan ahli politik je tau yang, tentang politik pun sikit sebanyak ko kene tau. sebab tu penting. tu ilmu. jangan pandang senteng. jangan asyik gebang

'alah parti ni tak  bagos...'


'pemimpin tu de skendel...anak dia jahat..tak yah la undi..'.

jangan mudah terpengaruh dengan kata2 o fakta2 yang korang baru denga2 sepintas lalu. cari sumber politik korang. kalau korang jenis pemalas baca sal politik macam aku, diskusi sangat berkesan.

sumber politik aku skang bapak, abang dan Q. abang aku, kalau tanya dari A sampai Z memang dia tau. tapi dia tak la borak an aku..dia borang an bapak n abang ipar aku tapi aku pasang telinga la dengar. ilmu tu! jangan lak ko asyik pasang telinga masa mak ko bergosip dengan jiran je. hahahaha

tak yah nak tipu aku kalau korang kata girls tak suka gossip. hey, aku pompuan, aku pun dengar gossip kot. tapi biar balance. aku tak tau lah kalau ada guys yang rasa girls ni nampak bodoh bila tanya sal politik but bagi aku la...bia nampak bodoh kejap, at least soalan yang ko fikir tu dapat jawapan.


selamat mengundi tuk orang2 sarawak....aku tak mengundi -.-" sebab aku lom daftar.

akhir kata, lau nak undi, biar orang yang kita undi bagi apa yang kita dapat LEPAS pilihan raya...jangan takat bagi JANJI KOSONG....

renung2kan dan selamat mengundi.......... :D



...

15 comments:

Anonymous said...

kita the turning point Malaysia kinek tok,

± said...

aku lebih banyak membaca tentang politik di blog2 dan mendengar. jarang borak kecuali dah mula terjebak..huhu

Kujie said...

Masa umur Kak Jie 17-18 tunggu spm kak jie dah pinham buku politik di perpustakaan awam daerah.

Bila dah tua2 mcm ni - pernah terlibat dgn kerja2 pilihanraya.

Turun secara direct bertemu orang ramai , survey politik dan pernah menjadi polling and counting agent (Paca) dlm bilik mengundi.

Tetapi... memang tak akan menulis atau berbincang hal politik di blog sendiri atau dlm komuniti kerana kebanyakkan yang muda2 mudah emosi. lagi satu - pemahaman mengenai politik akan membuatkan kita tidak menyokong membabi buta atau menentang dengan seimbang.


Tak suka orang guna ' tak suka politik, kotor..bla...bla...'

tak ambil tahu secara betul, dapatkan ilmu , bukan ilmu sesat...hehe

Lee Zha said...

mata : yeap pok. tp ssh nak tga kwn yg ley klaka benda tok WITHOUT emosi.

dark : aku suka borak. tp borak without emosi. borak lbh kpd ilmiah. br nmpk pro, ye dak? :D

kak jie : za pn pnh kuar kn ayat 'tak suka politik' tu kak tp za lbh suka borak sal politik tnp emosi. :D

bdk2 skg, yg umur mcm za la kn, cpt sgt emosi sal politik, cpt sgt pcy apa yg dorg baca tnp mkaji fakta yg btol.

sb tu za suka borak dgn Q, dia byk ajar n emosi amat tdk dgalakkan antra ktorg 2 bila borak sal politik. hehe

Penulis Bogel said...

salam kwn...

ye, mmg aku akui gender pompuan sangat kurang memahami politik atau langsung tak berminat...sapa yg suka kancak tikus2 busuk tukan? lelaki pon sama jgk...

tapi, kalo buku sejarah pon x khatam mcm mana nk serap asakan persoalan orang2 asing?

info tambahan : buku sejarah yg diajar di sekolah2 adalah hasil tulisan penjajah...harusnya dewasa seperti kita ini meneliti dan mengkaji sumber dan kesahihan maklumat yg dipelajari...byk maklumat terpesong kepada barat dan sekularisme...

Lee Zha said...

PB: u rite dude. sb tu aku lebih suka diskusi dan tukar pendapat dan maklumat.

sejarah kita yang tertulis skang ni tak boleh di telab bulat2 sebab terlalu banyak perisa yang di tambah.

Penulis Bogel said...

btw, nape x letak chatbox...kesulitan utk meninggalkan jejak...

Lee Zha said...

PB : aku tak suka org tgl jejak stkt nak sroh bc blog dorg blik la bro..

HEROICzero said...

agreed. perempuan biasa nya x ambil tahu tentang semua ni. jangan kata nak mengundi, daftar pun belum.

last2, bila masa mengundi, tak tahu nak pilih yang mana, ikut saja pilihan adik, abang, kakak, suami.

it is sad, as peratusan perempuan yang layak mengundi dalam pilihanraya Sarawak hampir 50%. quite tinggi, beb. =)

Lee Zha said...

:) perempuan di Swk even makcik2 yg tgl kat rumah pjg pn tau sapa yg layak d undi bro!

dorg tak boleh d beli dgn janji2 kosong mcm yg baru2 jadi ni. im proud of them! yeahhh!

HEROICzero said...

gud. =)

Penulis Bogel said...

ok2, aku fhm...eh, lama tak update...menunggu entry baru kau...hehe

Penulis Bogel said...

salam...
anda dijemput buat review di blog saya...tq~

Kujie said...

lama tak nampak..moga semuanya baik2 saja

take care

Lee Zha said...

PB : salam..hehe..aku jrg on blog da skg. aku dah bc en3 latest kau. sory bro, xda ms nk cek suma. lau da lapang 1 blog aku bc k! :)

kak jie : jrg on9. esok da intervw, doa2kn za dpt k! :D