Saturday, April 30, 2011

Aku dan Politik

terlalu banyak yang nak di luah. terlalu banyak yang nak di muntah dan terlalu banyak yang nak di telan.

2006-2009


orang sarawak duduk dalam rumah panjang semua ke?


korang kat sarawak tak ada bandar langsung ke?


suma orang sarawak duduk dalam hutankan?

2011 - Pilihan Raya


orang sarawak tolol lah..ada ka pilih BN bagi dorang menang. bodoh! makan taik BN!


orang sarawak yang duduk kat rumah panjang tu kita kena g ceramah. biar dorang tau BN tak guna tu! orang duduk lam hutan mana tau apa2 tentang politik! dorang orang2 tua je semua tu. 



ehem. tetiba tahun ni Sarawak jadi selebriti media. yelah, Pilihan Raya Negeri. macam2 ragam manusia aku nampak. iya. aku masih penganggur terhormat tapi tak bermakna aku duduk dalam rumah buat kerja rumah, aku anak dara yang tutup mata dan telinga.

bukan nak berlagak. aku bet, kawan2 pompuan aku yang bekerja dan hari2 lepak keluar pun tak akan tahu banyak berbanding dengan aku.

yelah, bak kata dorang, aku ni ala2 mak2. ala2 kakak2. pemikiran macam orang tua. tapi cikgu mukhali kata aku matang. entah betul entah tidak.

apa yang jelas, aku benci bila Pilihan Raya Negeri Sarawak menjadi topik hangat dari orang LUAR Sarawak. masing2 keluar fatwa. masing2 menyalalak melolong kononnya kami salah, kami bodoh kerna bagi banyak BN menang.

ptuihhh! tak payah melolong lalak kalau tempat kau sendiri wakil rakyat tak ambil kisah pasal korang, hari2 dalam berita buat aduan rakyat dan itu contoh kononnya kamu pengundi yang bijak? heh. kalau sudah babi, jangan rasa diri suci.

aku bukan penyokong handalan BN. dan aku juga bukan berpihak ke haluan pembangkang. tapi aku percaya pada 1 teori.

setiap padang, tanahnya tak sama. contoh paling senang, kalau tanah paya dan tanah pantai, kau boleh kah tanam tanaman yang sama dan hasilnya akan keluar yang sama?

sudah tentu tidak! kalau aku kata aku mewakili parti PBB yang di Barisan Nasional, haruskah anak luar dari Sarawak kata aku BODOH? kenapa?

owh..kerana BN di tanahmu macam sial? salah aku kah itu? kalau aku kata BN di kawasan aku prihatin dengan apa yang kami mahu dan kesatuan itu yang lebih kami utamakan dan itupun kau kata bodoh?

hanya kerana nila setitik..pemikiran yang sungguh sial bagi aku. sama saja seperti salah kau jelas tapi kau menuding pada orang kononnya orang lain yang salah.

aku tahu, ramai yang mempertikaikan nasib anak Sarawak. sepatutnya di dalam Malaysia, kami Sarawak lebih maju dari negeri yang lain kerana kami sumber minyak. seharusnya kami lebih ke hadapan. seharusnya kami lebih dari segala2. tapi kenapa kami ketinggalan? kerna si bangsat itu ambil hak kami? ambil pembangunan kami? ambil itu ini?

ahhh...melalak tak guna kawan kalau kau bukan anak Sarawak. kalau jiwa kau hanya tahu membenci. kalau jiwa kau hanya tahu MAJU MAJU MAJU MAJU MAJU!

kau mahu tahu apa yang orang Sarawak paling dambakan? KEAMANAN. Pembangunan memang kami boleh dapat bila2 masa. bukan menjadi soal. tapi keamanan dapatkan di genggam sekelip mata?

tidak kira hari raya melayu, cina, india, iban, hari raya haji, tahun cina, gawai, xmas, dimana2 BANGSA SARAWAK itu boleh duduk semeja ibarat saudara. ITU YANG KAMI MAHU. pembangunan yang anak2 itu dambakan yang mereka kata kami tolol kerana tak meminta PEMBANGUNAN hanya akan merosakkan hutan kami. hanya akan merosakkan harta kami. dan melahirkan sesuatu di hati anak kami..iaitu...TAMAK.

kau tahu, pembangunan yang rakus melahirkan anak yang TAMAK. aku boleh saja beri kamu satu contoh negeri yang di Tanah Malaya yang amat mendambakan pembangunan tetapi mula hilang kesuciaan di hati anak watan.

terlalu gila akan pembangunan membuatkan anak watan di negeri itu bersepah-sepah di Kota Kuala Lumpur..senang kau cari mereka..di mana? di disko. clubbing. merasakan mereka sudah menjad URBAN, sudah jadi anak KOTA dengan tengukkan dan lenggok kota yang merasakan tanda mereka MAJU. lalu janyut.

kawan, anak Sarawak tak kisah akan pembangunan. anak sarawak tak kisah di caci maki bodoh tolol kerna memilih pemimpin yang orang luar kata kami bodoh hanya kerana kau benci parti tersebut. kerana diam2 kami, kami lagi bijak.

jangan kau sangka orang tua yang tinggal di dalam hutan, di rumah panjang, boleh kau beli dengan janji dan angan2 kau. heh. jangan kau ingat bila huluran wang kertas boleh buat kami mengundi. jangan. hutan kami bukan beerti bodoh. hutan kami bukan beerti buta.

kami mahu pemimpin yang bila di panggil, segera muncul. bukan masa pilihan raya membabi buta datang tanpa di izin lalu menabur janji manis..maaf. kami bukan bodoh. waima dia mak cik berusia 50 tahun pun kau takkan bakal berjaya memperdaya.

kesatuan. kesederhanaan. itu kunci kenapa anak Sarawak di mana2 pun kau campak, dia boleh hidup. pembangunan hanya salah satu cabang rasuah untuk memuas nafsu..rasuah yang kalau kau fikir betul2, hanya akan memakan diri kamu...fikir2kanlah...

kalau mahu bersuara, tinggal di Sarawak 1 tahun dulu, baru bersuara. Jangan bersuara yang hanya akhirnya menampakkan kau anak terpelajar tapi kau bodoh. kenapa aku kata begitu? hanya kerana kau tengok orang cakap, hanya kerana kau dengar apa kata orang, lalu kau telan hidup2 tanpa merasai dengan mata, telinga, hati dan akal fikiran sendiri.

sayang seribu kali sayang. jangan panggil kau anak graduan kalau pemikiran kau serupa anak yang tolol.

5 comments:

Wan Suhail said...

wah luahan anak Sarawak~ salute

HEROICzero said...

scene politik berbeza mengikut tempat.

=)

Lee Zha said...

wan suhail : harus. :)

hero : yeap. p aku tak fhm pesal msh ada yg buat2 tak fhm. damn.

ghost said...

jangan risau..selagi ada anak sarawak yang percaya tanah itu bukan untuk digadaikan sewenangnya,maka ia akan selamat.

Lee Zha said...

ya. diam2 ubi berisi lg bagus dr telur ayam heboh sekpg.